𝐂 𝐇 𝐀 𝐏 𝐓 𝐄 𝐑 𝟐𝟐

129 4 0
                                    



Tut.. Tut.. Tut..
Bunyi notifikasi di telefon menyedarkannya dari lamunan. Skrin depan telefon di pandang.

- Tina -
"Pandang bawah!"

Pesanan yang baru di hantar membuatkan matanya memandang ke bawah. Tiyana sedang melambai-lambai ke arahnya. Lalu memberi isyarat untuk turun ke bawah.

Dia hanya menjeling dari atas. Malas mahu turun. Langsung dia kembali menongkat dagu di atas meja.

Tiyana yang perasan gadis itu tidak mengendahkannya menghentak kaki.

"Kau tunggu zayra!" Bisik tiyana sendiri sebelum berlalu pergi mencari sesuatu. Entah berapa lama lagi, gadis itu ingin terperap di dalam kelasnya.

Matanya cuba memejam. Malas.

Tut.. Tut.. Tut..
Sekali lagi pesanan masuk di telefonnya.

Matanya kembali terbuka. Apa lagi? Telefon diambil untuk melihat siapa yang menghantar pesanan.

- Tina -
"Sampai hati kau palau aku zayra! Siap kau!"

Zayra memuncungkan bibirnya. Bising betul minah ni! Telefon kembali diletakkan ke atas meja. Mata sekali lagi cuba memejam.

Tut.. Tut.. Tut..
Bunyi notifikasi yang keluar beberapa kali membuat dia rimas.

"Aih! Nak apa lagi?" Telefonnya diambil untuk melihat pesanan yang dihantar.

- Tina -
"Pandang bawah zayra!"

"Kalau kau tak nak turun, aku date dengan dia!"

"Pandang bawah cepat!"

Dengan malas-malas matanya teralih ke bawah. Kelihatan tiyana memegang lengan baju seorang lelaki lalu ditunjuk-tunjuk ke arah lelaki itu.

Mata zayra mengecil sedikit untuk melihat siapa gerangan lelaki yang di bawa kawannya itu. Matanya membulat selepas dapat tangkap siapa gerangan lelaki itu.

Beg duit dan telefon di atas meja diambil sebelum bergegas menuruni tangga menuju ke bawah. Nombor telefon tina di dail. Tak lama kemudian, telefon diangkat.

"Kau tunggu aku tina!" Jerit zayra. Mata pelajar lain yang memandang tidak diendahkan. Tanpa menunggu balasan daripada kawannya itu, terus dia meletak panggilan.

Dengar saja panggilan diletak. Tiyana terus tersenyum sinis.

"Apsal kau tarik aku tiba-tiba ni?" Soal lelaki itu. Bingung. Baru saja dia ingin menyuap kuih kedalam mulut terus tiba-tiba lengan bajunya ditarik hingga ke blok B. Jauh betul dari bloknya.

"Eih.. Sabar la! Nanti kau tahu." Ujar tiyana seraya menunggu ketibaan kawannya.

Lelaki itu hanya diam menunggu jawapannya.

"Anyway, nama kau siapa?" Soal tiyana. Disebabkan dia tidak tahu nama lelaki di sebelahnya, dia menanyakan soalan itu.

"Perlu ke bagitahu." Mendatar sahaja suara lelaki itu. Matanya langsung tidak teralih pada gadis di sebelahnya.

"Tak nak bagitahu pun tak apa. Ingat aku nak tahu sangat ke ha? Tapi, aku pelik la.. macam mana korang boleh rapat, tanpa perempuan tu tahu nama kau erk?" Soal tiyana. Jari diletakkan pada dagu, seperti memikir.

Lelaki itu memandangnya dingin bercampur pelik. Rapat? Rapat dengan siapa?

Tidak lama kemudian, susuk gadis yang ditunggunya tiba.

"K.. kau," termengah-mengah dia ingin keluarkan kata-kata.

"Well, I'm win!" Kata tiyana bersorak gembira. Akhirnya! Tips nya menjadi!

𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️Where stories live. Discover now