𝐂 𝐇 𝐀 𝐏 𝐓 𝐄 𝐑 𝟏𝟓

225 12 0
                                    



           "Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam. Haa sampai pun! Kenapa lambat sangat?"

Fateeh hanya memberi senyuman tawar. Dia gugup sebenarnya.

"Aduh awak.. saya rasa, saya tak boleh la jumpa ibu bapa awak macam ni."

"Aih! Dah janji kan! Kena la tepati! Nanti saya nak cakap apa dekat diorang? Nak cakap lelaki tu lari sebab takut tengok muka bapak saya?" Keluhnya panjang.

Gulp!
     Seseram-seram bapak dia, seram lagi tengok muka anak dara dia. Putih sangat muka tu.. tahu dah pakai foundation. Dah macam tepung gomok.

"Ya la, harap semuanya berjalan lancar.." fateeh menadah tangan meminta kekuatan dari Tuhan.

     "Riana buat apa dekat pintu tu? Mesyuarat pintu?" Tertanya-tanya juga orang tua itu. Entah apa yang dibuat anak daranya yang seorang ini.

"Eh mana ada.. hahaa.... ha, ha ni ha. Lelaki tu dah sampai." Dia pula yang gugup. Bersinar-sinar mata Puan Aleesya mendengar kejutan itu.

Terpaksalah fateeh munculkan diri dahulu. Dia baru sahaja membuat plan untuk terus menyorok disitu. Tapi nasib berkata lain.

"Mai-mai masuk. Biar acik buatkan air sekejap, Riana meh tolong umi dekat dapur." Sempat memberi arahan.

Tiba-tiba..

"Okay! Eh? Ish, apa pegang-pegang ni?" Riana memandang lengan bajunya yang sudah ditarik fateeh.

Fateeh telan liur. Menggeleng-geleng.

"Saya macam mana..?"
     'Jangan cakap perempuan ni nak tinggalkan dia dekat ruang tamu dengan bapak dia pula tu!'

"Awak jantan kan? Pi la dekat ruang tamu, borak-borak dulu. Dont worry, bapak saya tak makan orang paling-paling pun telan aje." Sinis ariana. Dia tahu lelaki itu takut! Semakin takut, semakin sukalah dia menyakat. Hehehe..

Gulp!

      Tegang.. Sunyi.. Seram..

Dia rasa macam nak lari keluar aje sekarang. Pandangan maut milik encik azman tepat memandangnya. Kalaulah pandangan tajam boleh mencucuk jantungnya, ada mati hari ini.

"Jadi awak la fateeh? Hmmm." Azman bermain-main janggutnya. Dari bawah sampai atas dia teliti anak muda di hadapannya.

Gulp!

"Ya, saya encik." Sekadar berbasa basi. Tak nak rasa canggung.

"Betul ke kau boleh jaga anak aku? Hmm?"

"InshaAllah saya cuba yang terbaik." Kenapa tiba-tiba beraku-kau pula ni.. Aku ada salah cakap ke tadi?

"Ish awak ni sayang! Janganlah layan budak tu macam gitu. Nampak gaya dia macam budak baik.. sopan la sikit." Ujar puan Aleesya bersama dulang yang berisi air teh panas. Riana juga turut mengikuti langkah Aleesya.

"Haih.. saya gurau aje. Nak test, mana tahu lepasni dia lari. Kalau dia lari, saya nak cari dia lepastu telan dia. Manalah tahu kan." Gurauannya sama seperti ariana.

Gulp!
      Dah berapa kali harini dia telan liur. Mahu kering air liur lepasni.

"Entah umi nie, abah gurau aje la." Sinis ariana. Dalam hati sudah berhigh five dengan azman.

Puan Aleesya menggeleng-geleng. Tahu perangai siapa.

Fateeh dan Ariana.. mereka sudah mula ada hubungan setelah ariana bagi coklat cadburry dengan kad ucapan. Tahun lepas.  Akhirnya hatinya terbuka juga untuk menyukai seorang perempuan. Sudah hampir lima bulan mereka bersama.

𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️Where stories live. Discover now