Bilik yang tenang tanpa sebarang gangguan. Jejaka yang baru siap mandi keluar dari bilik air. Rambutnya dilap menggunakan kain tuala berwarna putih sementara tangannya yang sebelah lagi mencapai iphone berwarna hitam.Boo! Seseorang mengejutkannya dari belakang namun, jejaka itu sedikit pun tidak terkejut dengan kejutannya.
"Ishh, abang ni tak sportinglahh," bebel gadis itu sendirian. Si suami tidak mengendahkan kata-katanya. "Ish. Abang dengar tak zayra kata apa."
"Hmm." Sepatah sahaja jawapan dari suaminya.
"Ohh. Tak apa, tak apa," tangan gebu si isteri laju mengambil iphone dari tangan suaminya sebelum diangkat tinggi.
"What?"
"Zayra lapar.." zayra memandang wajah suaminya yang bertukar dingin 360 darjah. Mata biru itu tajam menatap wajahnya sebelum air mata gadis itu perlahan-lahan menuruni pipi.
"Ergh.. fine. Jom." Keluh panjang dilepaskan. Apa dia boleh buat lagipun itu isterinya. Harash bangun dari hujung katil sebelum mencapai hoodie berwarna hitam kosong. Jejaka itu merasakan dirinya tidak diikut langsung memandang ke belakang.
Jejaka itu berlari semula ke arah muka pintu bilik sebelum diintai ke dalam. Kelihatan isterinya sudah memuncungkan bibir dengan tangan bersilang.
"Why?" Soal harash. Sungguh matanya sangat berat untuk ditahan namun, isterinya tetap menjadi tanggungjawabnya."Zayra tak suka abang pandang zayra macam tu.. zayra takut.. and zayra tak suka bila abang jawab sepatah dengan zayra." jelas zayra matanya masih memandang ke bawah kerana takut untuk menatap mata dingin suaminya.
Harash mengeluh berat sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Badannya dilabuhkan disebelah isterinya sebelum tangannya menekup kedua-dua pipi isterinya untuk diangkat memandang ke wajahnya. "I'm sorry okay? Abang janji tak buat dah." Jejaka itu cuba untuk tersenyum walaupun dia tidak berapa menyukainya. Demi isterinya sahaja!
Zayra yang pertama kali memandang senyuman jejaka itu mula turut tersenyum menampakkan lesung pipitnya. "Okay!" Tangannya dihulur kepada suaminya sebelum tangannya dicapai untuk berpegangan tangan.
Kereta lamborghini huracan berwarna hitam dipandu dengan sebelah tangan. "Abang." Zayra membuka soalan.
"Hmm?" Mata birunya tidak lari memandang jalan.
"Abang.. kerja apa?" Soal zayra. Sebagai isteri dia sepatutnya tahu tentang hal peribadi suaminya kerana tidak mahu pertelingkahan berlaku. Dia ada hak untuk menanyakan hal tersebut.
"Soldier." Sepatah sahaja dijawabnya.
"Kerja askar pun boleh beli kereta mahal ke?" Soal zayra lagi. Ragu-ragu. Mana tahu suaminya ni kerja perisik ke, manalah tahu kan.
"Sepatutnya tak. Tapi daddy ada sebuah company and hotel dibawah nama abang. But i don't have time to manage it, so I gave it to herina to manage the company when i'm not in malaysia." Jelas harash.
"Ouhh, soo.. abang taknak ke bagi company tu dekat zayra? Mana tahu zayra boleh tolong jagakan?" Zayra memandang ke arah wajah suaminya yang sedang fokus memandu dengan wajah ada peluang. 'Bestnya duduk dalam office! Tak payah belajar.'
"taking care of the company is not an easy thing. Belajar dulu." Jelas harash.
"Alaahhh," zayra mengeluh. Hampir sahaja peluangnya untuk ponteng sekolah berjalan. Harash yang melihat gelagat isterinya terus menggeleng-gelengkan kepala sebelum tali pinggangnya dibuka.
"Dah jom." Ujar harash.
"Eh? Dah sampai ke!?? Laju naww. Ohh lupa suamiku bawa lamborghini." Usik zayra sebelum kedua-dua keningnya diangkat.
"Yes sir?" Datang seorang pelayan lelaki sebelum memandang ke arah dua pasangan baru itu.
"I want a table for two people." Suaranya mula bertukar dingin kembali. Pelayan mengangguk sebelum memanggil seorang lagi pelayan perempuan untuk menunjukkan tempat duduk mereka. Pelayan lelaki itu sempat memandang sekilas ke arah zayra.
Sedang berbual dengan suaminya sementara menunggu pesanan sampai, mata coklatnya teralih ke arah sekumpulan gadis-gadis sekolah yang seumuran dengannya yang sedang memandang ke arah suaminya yang sedang ralit bermain iphone.
Harash yang sedar perangai pelik isterinya langsung cuba untuk memandang ke arah yang sama namun, laju tangan gebu itu menutup mata birunya.
"Abang jangan tengok! Mata cantik abang tu untuk zayra sorang je!" Dengan nada yang agak marah.
"What are you talking about?" Harash mengalih tangan gebu isterinya sebelum..
"ARGHHH HENSEMNYAA!"
"HAAHLAH HENSEM GILAA"
"DIA DAH KAHWIN KE?"
"CANTIKNYA MATA DIA ARGHH"
Jeritan sekumpulan gadis itu membuatkan ramai pelanggan memandang ke arah mereka. Satu demi satu pujian dapat didengari mereka berdua.
"Kan zayra dah cakap!" Marah zayra dengan nada keluh.
"Tch, jeles rupanya." Harash mengangkat sebelah kening untuk mengusik isterinya. Tangan berurat jejaka itu diangkat seperti isyarat memanggil seseorang datang.
"Abang nak buat apa!" Marah zayra lagi apabila melihat tangan berurat suaminya cuba untuk memanggil salah seorang sekumpulan gadis remaja itu. Tangan gebu gadis itu dengan pantas mencapai tangan berurat jejaka itu untuk diturunkan. Harash yang melihatnya sudah tergelak besar. Terlopong mulut isterinya melihat jejaka itu tersenyum lebar buat pertama kalinya.
"Ishh beratnya kau!" Qalish mengeluh panjang sebelum badan zarif dilempar ke atas katil di biliknya. "Dah tahu mengantuk, ajak pergi mamat lagi." Bising qalish.
"Bisinglah kau," zarif memarahi qalish namun, masih dalam mood mamai.
"Kau mamai, mamai pun masih boleh perli aku eh." Perli qalish pula. Matanya memandang sekilas ke arah jam, sebelum baju t shirt berwarna putih dicapai. "It's the time." Bisik jejaka itu sebelum melangkah masuk ke bilik air.
"You know what you need to do right. So go get them." Ujar bibir nipis jejaka itu. Seperti biasa dia menayangkan muka dinginnya yang mengalahkan ais kutuh. Panggilan dimatikan.
"Abang cakap dengan siapa?" Mana mungkin gadis seperti zayra tidak akan mengintip senyap-senyap perbualan orang. Come on lah di el zayra lah. Semua perbualan akan ditanyanya. Bangga.
"My employee." Sepatah sahaja yang dijawabnya membuatkan isterinya memuncungkan bibirnya buat sekian kalinya. Semalam dah janji taknak balas sepatah harini buat lagi.
"Employee? Dekat company abang tu ke?" Dengan wajah seperti ingin tahu. Mata gadis itu hanya memandang sisi belakang suaminya yang sedang fokus memasak. Ni suami aku ke? Hensemnyaa, macam ala-ala jejaka novel dah aku tengok. Eeeee hensem!
"Iye zayra. Dah, jom makan." Tangan berurat itu meletakkan sepinggan nasi goreng ke atas meja sebelum dia menuang secawan teh panas lalu menolak ke arah isterinya. Tahu, isterinya tidak pandai memasak.
"Thank you, mio marito," ujar zayra. Kedua-dua keningnya terangkat setelah merasa hidangan hasil masakan suaminya sendiri. Sedap!
"Hmm." Sekali lagi. Sepatah.
Zayra menghentak sudu di dalam pinggan hingga terangkat kedua-dua belah bahu jejaka itu. Bunyi itu menarik perhatiannya, baru sahaja dia ingin mencuci sisa pinggan yang berada di dalam sinki.
"W.. what?" Tergagap-gagap jejaka itu. Tidak faham dengan perangai isterinya, sekejap jadi kucing sekejap jadi singa.
"Dahlah. Aku tak ada mood nak makan." Hilang sudah panggilan 'abang' di mulutnya. Zayra menolak pinggan yang berisi nasi goreng itu ke arah suaminya semula. Sebelum langkahnya diambil menuju ke ruang tamu.
"Did I make a mistake?" Bingung harash. Jam tangan dipandang sekilas, sudah hampir pukul 10 namun, isterinya masih belum mandi.
YOU ARE READING
𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️
RandomSiapa kata jejaka melayu mix turki tak menawan? 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 - Atau code namenya 'fox.' Mengapa fox? Kerana kelicikkannya dalam melakukan sesuatu. Harash hayder atau nama panjangnya Harash Hayder bin Akash Hayder merupakan campuran tur...