Kereta diparking di kawasan hospital. Mereka mendapat berita baik yang lelaki itu sudah pun sedar dari koma. Apa lagi, Zayra terus menyuruh Fateeh untuk pusing kembali menuju ke hospital.Krakk..
Pintu bilik pesakit ditolak kuat.Matanya meluas melihat lelaki yang sangat dikenalinya berada di atas katil pesakit. Dia terus berjalan laju bersama perut yang besar mendekati lelaki itu.
"Abangg!!" Tanpa dia berfikir panjang dia terus memeluk erat tubuh tegap Harash. Mata mata yang melihatnya termasuk Fateeh tidak diendah.
Air mata sedikit demi sedikit menitis di atas baju yang dipakai Harash. "Abang.. kenapa abang diam.." perlahan lahan dia mengangkat kepala untuk melihat wajah lelaki itu.
Dahi Zayra berkerut selepas menatap wajah Harash. Dia pelik? Takut? Dia sendiri pintidak pasti apakah perasaan ini. Namun, wajah ini sangat dia kenali sewaktu kem bina diri dijalankan..
"Kau siapa?" Dua patah perkataan yang baru keluar dari mulut lelaki itu membuatkan mukanya semakin berkerut.
"Abang.. ni Zayralah.." t.. tak mungkin. Jangan cakap dia.. Zayra mengalih pandangan memandang orang sekeliling yang berada di dalam bilik tersebut.
Tidak sempat apa apa Harash melepaskan pelukan perempuan itu. "Jangan sentuh aku," sepatah perkataan itu mampu membuat mata Zayra bertakung.
"Ab.."
"Laos bawak dia keluar, aku tak kenal dia siapa. Jangan bagi dia ganggu aku. Aku nak rehat," Harash menghalau isterinya sendiri.
Fateeh hanya menunduk sebelum membawa Zayra keluar secara baik.
"Rash biarlah dia nak melawat kamu. Tak baik kamu buat pelawat yang datang niat yang ikhlas tapi kamu halau," kata Hellena.
"Mummy.. rash sakit kepalalah tolong jangan tambahkan lagi sakit kepala rash," setelah itu Zayra tidak dapat mendengar apa apa lagi kerana dibawa keluar dari bilik tersebut.
"Fateeh.. kenapa dia tak ingat aku.. d.. dia dah berbeza. Mana suami aku yang dulu fateeh!" Dia mula menangis di kerusi luar bilik pesakit.
Fateeh mati kata.
"D.. dia janji dengan Zayra dia tak nak tinggalkan Zayra lagi.. kenapa dia pergi, dia mungkir janji dia Fateeh! Ini semua sebab Zayra! Zayra yang salah! Zayra ego!" Dia menumbuk dadanya sendiri bersama esakan.
"Hey.. hey! Ini semua bukan salah kau Zayra! Tiada sesiapa yang salah sekarang termasuk aku! Kau kena kuat untuk kandungan kau Zayra," Fateeh cuba menyalurkan kekuatan semampu yang boleh.
"Tak.. aku dah penat Fateeh.. aku tak nak anak ni Fateeh. Anak ni pembawa malang dalam family Zayra.."
"Zayra! Apa cakap macam itu! Kandungan kau pun tak salah! Aku dah cakap tak ada sesiapa yang salah, ini semua takdir tuhan Zayra! Tak ada sesiapa boleh melawan takdir tuhan!"
"Kau kuat Zayra, malah lebih kuat daripada aku! Kalau lawan dengan perempuan pun aku kalah Zayra! Aku buatlah body besar gajah pun. Hati ini tetap kalah dengan tangisan perempuan."
"Satu je yang pasti! Kau kuat! Kau mesti boleh! Harash dah taruh harapan yang tinggi pada kau untuk jaga kandungan itu sampai dia jadi budak yang baik."
"Tolong.. beri sedikit aje masa lagi," kata kata Fateeh berjaya membuatkan perempuan itu menangis kerana terharu mungkin. Kalau boleh mahu sahaja dia memeluk perempuan itu untuk menyalurkan lebih banyak kekuatan. Namun dia tidak boleh.
YOU ARE READING
𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️
AléatoireSiapa kata jejaka melayu mix turki tak menawan? 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 - Atau code namenya 'fox.' Mengapa fox? Kerana kelicikkannya dalam melakukan sesuatu. Harash hayder atau nama panjangnya Harash Hayder bin Akash Hayder merupakan campuran tur...