Latif memeluk tubuh memandang lelaki di hadapannya."Sekarang ni aku nak kau explain apa yang terjadi," mendatar sahaja suara Rais. Kecik besar aje dia tengok lelaki ini.
Lelaki itu meraup wajahnya seketika. "Aku terpaksa buat semua ini. Untuk keluarga aku dan untuk hayd's family," Harash menunduk.
"Habis Zayra yang tengah sarat mengandung itu? Kau nak biarkan dia macam itu aje? Kau tahu kan sekarang ini sepatutnya kau ada dengan dia, beri dia semangat! Bukannya tipu dia!" Rais dan yang lain memandang lelaki itu tajam.
"Aku terpaksa rais," cuma itu kata kata yang dia mampu ungkapkan.
"TERPAKSA APA!" Rais yang sudah hampir gila sempat ditahan Dzakwan.
"Oi oi oi! Sabar! Kau nak mati awal ke," Dzakwan menarik tubuh Rais menjauh dari lelaki itu sebelum muka lelaki itu lebam.
"aku nak tanya kau," giliran Latif menyoal. "Apa yang kau terpaksa sangat? Sampai kau takut nak duduk dekat dengan family kau?" Soalan Latif berjaya buat Harash mengangkat muka memandang sepupunya.
Flashback
"Laos aku nak kau tolong jaga Zayra dekat rumah sekejap," tangan kirinya memegang stereng kereta manakala sebelah tangan lagi memegang telefon.
Matanya meluas melihat sebuah lori treler berwarna putih melalui jalan melawan arah. Harash memusingkan stereng kereta ke kiri untuk tidak bertembung.
Namun, keretanya terlanggar beberapa tong yang entah sejak bila ada menyebabkan keretanya terbalik.
Dalam keadaan yang tidak berapa stabil, matanya yang kabur. Dia melihat seseorang keluar dari lori treler tersebut lalu menuju mendekati keretanya.
Harash menanggalkan tali pinggang keledar lalu cuba mencapai pistol yang berada di dalam laci dashboard. Namun, peluang tidak berpihak padanya laci tersebut tidak mampu dibuka.
Darah yang menitis dari kepala dibiarkan. Sedaya upaya dia mencuba untuk membuka laci tersebut.
Klak!
Laci tersebut terbuka kerana ditumbuk beberapa kali oleh lelaki itu.Pintu kereta ditendang sehingga melayang, sebelum dia keluar bersama pistol glock 34 ditangan.
Lelaki itu mengangkat tangan separas bahu melihat pistol ditangan Harash.
"Maafkan saya.. saya tak sengaja. Saya betul betul minta maaf. Lori ini tiba tiba keluar dari radar," lelaki itu gerun melihat pistol ditangan lelaki itu.
"I'm not that stupid," pistol masih dituju ke arah lelaki pembawa treler tadi.
"I know you are his subordinate don't make me look so stupid," dingin suaranya. Tiba tiba lelaki itu ketawa.
"Kau sama macam dulu Harash Hayder. Not change anything," sinis lelaki itu berkata kata walaupun dia memakai mask yang menutupi mulutnya.
Klak
Bunyi pistol ditarik."Woo! Woo! Relaxlah, aku datang ni sebab arahan daripada bos aku sendiri. Dia tak nak aku bunuh kau dulu," katanya sambil tangan kembali diangkat ke paras bahu.
"So what for," matanya tajam menatap lelaki di hadapannya. Tidak berperasaan.
"For threats," lelaki itu senyum disebalik pelitup muka. Disebabkan Harash kelihatan begitu bingung dia mengeluarkan satu sampul dari poket.
"This yours, Sir Harash Hayder," dia meletakkan sampul itu di lantai lalu pergi begitu sahaja.
Harash mengeluarkan sampul itu lalu dilempar ke atas meja di hadapan mereka. Latif tidak menunggu lama lalu diambil sampul itu dan terus dibuka.
YOU ARE READING
𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️
SonstigesSiapa kata jejaka melayu mix turki tak menawan? 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 - Atau code namenya 'fox.' Mengapa fox? Kerana kelicikkannya dalam melakukan sesuatu. Harash hayder atau nama panjangnya Harash Hayder bin Akash Hayder merupakan campuran tur...