BANG! BANG!"Shoot!" Arahan diberi melalui alat pendengar.
"Baik!" Jawab zarif sebelum melepaskan beberapa das tembakan dari atas.
BANG!
Hari ini merupakan hari terakhir mereka untuk menyelesaikan misi sebelum kembali ke markas untuk melaporkan diri.
"Dua tumbang!" Lapor farid di alat pendengar.
"Tiga tumbang!" Lapor zarif pula.
"Depan clear, tuan!" Lapor qalish pula.
"Good job." Ujar harash.
Mereka semua berkumpul untuk double check kawasan tersebut, jika-jika ada yang masih hidup. Sehinggalah langkah kapten mereka berhenti.
"I think this is what we've been looking for." Terlihat sebuah rumah dua tingkat yang sudah lama dari atas.
Semasa ketiadaan harash, zayra kini akan berulang alik dengan menumpang fateeh untuk ke sekolah atas arahan harash sendiri. Tiada lagi overthinking cuma kadang-kadang rasa rindu itu adalah.
"Kau ingat amir?" Buka ariana.
"Haa, kenapa?" Sambil mengunyah.
"Kau tahu tak, sekarang ni dia dah tak sambung belajar sebab nak tolong parents dia jaga kedai dekat seberang jalan tu." Serius dia bercerita. Kalau bab bab gosip memang laju sampai ke pengetahuan kawan aku ni.
"So? Baguslah dia berhenti sambung belajar cause nak tolong family dia. Apa masalahnya?" Yang bukan-bukan ajelah kawan aku ni, dah molek orang tu berhenti belajar sebab nak tolong family dia. Biorleh.
"Ish! Tulah kau tak tahu, si amir tu tak sambung belajar bukan sebab family dia. Tapi... aku dengar orang cakap dia dah terlanjur dengan sorang perempuan! Then, bila dah tersebar baru mula dia malu nak bersemuka dengan orang." Serius ariana bercerita.
"Banyak kau punya terlanjur! Mana engkau tahu dia pernah terlanjur dengan mana-mana perempuan? Mulut ke mulut? Ada bukti ke nak cakap macam tu, aku taknak timbul fitnah."
Iyelah kan? Kalau timbul fitnah macam mana. Iya iya je kawan aku ni, mahu terajang tapi mujur sayang.
"Iya gak eh."
"Eh ni aku nak tanya, hmm.." mata ariana dikecilkan sedikit. Suspicious.
"Engkau.. ada sorokkan something ke dari aku?" Sambungnya lagi.
Tiba-tiba fitnah aku ni apasal pulak.. aku ada buat jenayah ke?
"Sorokkan apa? Kau jangan nak mengarut!" Mendatar sahaja suaraku.
"Tak adalah, aku perasan kau selalu balik dengan lelaki mana tah! Aku tanya ni bukan apa, aku taknak timbul fitnah pula cakap dekat kau yang bukan-bukan. Tapi hensem jugak dia!" Jelas ariana lagi. Ni nak syak ke nak temu bual ntah.
"Lelaki mana? Hensem?" Adakah yang dimaksudkannya.. fateeh? Tak mustahil! Fateeh memang hensem tak dinafikan lagi. Tapi takkanlah dia nampak..
"Haah, aku pun selalu perasan kalau kau balik, kau mesti balik lalu belakang sekolah. Bila aku check.. uiihhh, ada jejaka rupawan sedang menunggu. Kau.. dah ada boyfriend ke!?" Soal ariana. Teruja. Sah dia nampak!
"Ish! Kepala bapak kau boyfriend, buat cari nahas dengan mak aku kalau tahu aku ada boyfriend dalam diam."
Tak pasal-pasal pergi sekolah ada bekas kuali dekat pipi. Uih.. cari maut!
YOU ARE READING
𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️
RandomSiapa kata jejaka melayu mix turki tak menawan? 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 - Atau code namenya 'fox.' Mengapa fox? Kerana kelicikkannya dalam melakukan sesuatu. Harash hayder atau nama panjangnya Harash Hayder bin Akash Hayder merupakan campuran tur...