Seorang wanita separuh umur yang berada di hadapannya ditatap pelik."Cik siapa, ya?" Soal zayra sambil tangan suaminya yang masih berada di atas katil hospital dipegang erat.
"Aku? Patutnya, aku yang tanya kau dulu. Siapa kau?" Soal wanita separuh umur itu.
"Saya zayra, isteri tuan harash." Jawab zayra sambil dahinya berkerut.
"Isteri? Kau jangan nak menipu ye. Anak aku tak ada pun bagitahu aku yang dia kawin." Sinis wanita tua itu.
"Anak? Bukan ke.."
"Biar aku perkenalkan diri aku pula. Aku ibu tiri kepada lelaki yang kau panggil suami tu. Kau boleh panggil aku, aunty Sofia ye." wanita tua itu melangkah mendekati zayra sebelum menolak gadis itu hingga ketepi sedikit. "Tepi sikit."
"Kenapa sampai jadi macam ni, anak mama.." sofea mengusap-usap rambut anaknya yang sudah berbalut itu.
"Apa masalah aunty sekarang ni? Kenapa tolak saya!" Nada zayra sedikit naik. Ya, dia marah.
Puan sofea memalingkan pandangan kearah gadis di dibelakangnya.
"Tch, kau yang halang jalan aunty. Aunty pula yang disalahkan?" Sinis puan sofea berkata. Dia ketawa kecil sebelum menolak bahu zayra beberapa kali sehingga terduduk.
"Argh." Zayra menjerit sedikit apabila ditolak. Dia memegang perutnya yang sedikit membuncit. Kelakuan gadis itu menarik perhatian puan sofea.
"Kau mengandung? Anak siapa kau kandungkan ni?" Soal puan sofea. Terkejut.
Zayra diam. Apa yang dia nak balas? Anak suaminya? Atau anak ni, anak orang luar?
"Eh, aku tanya kau ni perempuan." Puan sofea menunduk memandang zayra sebelum ditolak sekali lagi bahu zayra beberapa kali.
"Ya Allah, zayra!" Fateeh yang baru masuk ke dalam wad pesakit terus menjerit ke arah zayra yang sudah terduduk.
Fateeh melangkah menuju ke arah mereka. Puan sofea kembali berdiri.
"Oh fateeh."
"Apa jadi ni puan?" Soal fateeh sebelum menolong zayra untuk bangun.
Puan sofea terdiam.
"Tak ada apa.. saya cuma terjatuh tadi. Puan sofea nak tolong tapi belum sempat dia tolong, awak terlebih dulu datang." Beritahu zayra tanpa menunggu balasan dari puan sofea.
Fateeh mengangguk. Dia hanya membawa zayra pergi dari situ. Tidak mahu berlama-lama di dalam wad pesakit itu.
Setelah susuk mereka berdua menghilang, dia terus menapak ke arah anak lelakinya.
Diusap rambut anak lelakinya perlahan-lahan.
"Mama, risaukan harash.. mama dah janji kan nak jaga harash. Kalau kamu kawin mesti kamu dah bagitahu mama kan?" Tanyanya sendiri.
Badan kecil milik isteri tuannya diletak di atas kerusi hospital di bahagian luar wad pesakit. Dia melutut untuk melihat kaki isteri tuannya sebelum mata dialih memandang zayra.
"Kau okay?" Soal fateeh berbaur risau.
"Okay je.." dia memberi senyuman tawar. Dia diam sejenak. "Be.. betul ke dia mak tiri suami zayra?" Sambungnya.
Fateeh mengerut dahi. Pasti wanita tua itu memperkenalkan dirinya. Fateeh mengeluh sejenak sebelum mengangguk.
"Be.."
"Ya, dia mak tiri Kau jugak. Kenapa? Terkejut?" Datang seorang lelaki menyampuk perbualan antara mereka berdua.
Kata-kata itu menarik perhatian mereka berdua.
YOU ARE READING
𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️
AcakSiapa kata jejaka melayu mix turki tak menawan? 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 - Atau code namenya 'fox.' Mengapa fox? Kerana kelicikkannya dalam melakukan sesuatu. Harash hayder atau nama panjangnya Harash Hayder bin Akash Hayder merupakan campuran tur...