𝐂 𝐇 𝐀 𝐏 𝐓 𝐄 𝐑 𝟐𝟕

341 5 1
                                    


Keluar dari sahaja dari bilik pemeriksaan. Dia membawa isterinya ke sebuah restoran. Disebabkan doktor kata bahawa isterinya tidak mencukupi zat makanan.

"Terima kasih.." satu ungkapan di mulut Harash mampu menghentikan pergerakan perempuan itu.

Zayra memanggung kepala memandang wajah suaminya. Dia begitu terlihat menawan, bersama kulitnya yang gelap mungkin disebabkan main panas. Mata biru lelaki itu yang pernah menarik hatinya untuk menyukai lelaki itu masih bersinar. Wajahnya yang tampan walau ada sedikit kesan kesan luka. Masih tidak mencacatkan wajah tampan lelaki itu.

"Terima kasih dah jaga Harith untuk abang.." senyuman ikhlas diberi.

"H.. Harith..?" Dia terlihat pegun.

Harash mengangguk.

Mereka sudah mengenalpasti jantina kandungannya. Ya.. dia lelaki dan sangat sihat! Terlebih sihat dari jangkaan!

"His name is Harith sayang," dia mencapai tangan Zayra sebelum ditekup kedua dua belah tapak tangan.

"Dan abang minta maaf sebab kita tak boleh dekat dekat selalu. Abang minta maaf semua yang terjadi, abang gagal jadi suami dan ayah yang baik kan?" Dia senyum kelat.

Zayra menggeleng geleng.

"Abang dah buat yang terbaik untuk Zayra! Jangan salahkan diri sendiri. Abang adalah lelaki dan ayah yang terbaik untuk Zayra dengan Harith! Jangan minta maaf lagi.."

Harash menyelak helaian rambut yang menghalang wajah bersih perempuan itu ke belakang telinga. Dia memerhati setiap sisi wajah perempuan itu dari cuping telinga, rambut, bibir, mata dan diakhiri tangan.

"Abang tak tahu apa akan jadi lepasni. Jadi abang nak minta maaf awal awal pada Zayra. Dosa abang dari sekolah menengah sampailah sekarang. Lepas lahirnya Harith cahaya mata kita, abang perlu laksanakan janji abang pada Zayra. You're the best mother for Harith, I trust you boleh jaga dia tanpa abang disisi. Abang doakan semua perjalanan isteri dan anak abang sentiasa dipermudahkan."

Air mata perempuan itu berjurai turun. Ibu jari lelaki itu mendekati sebelum disapu semua air mata yang turun. "Tak baik menangis depan makanan, makan cepat. Abang temankan," dia tersenyum senang.

Selesai makan dan bayar pesanan yang dibuat. Harash terus menghilang dengan meninggalkan satu kertas yang terlipat rapi di atas meja tempat mereka makan sebentar tadi.

Dia faham.. lelaki itu perlu selesaikan sesuatu. Walaupun dia rapuh dia tetap cuba untuk kembali bersemangat. Dia perlu berpura pura menganggap lelaki itu sudah hilang ingatan tentang dirinya.

      Namun, sesuatu yang tidak diingini terjadi selepas 5 minggu mereka berjumpa. Dia mendapat berita suaminya sudah tiada. Lelaki itu sudah balik ke pangkuan penciptanya.

Memang sedih mendengar berita itu. Tapi dia perlu kuat demi anak dalam kandungannya jadi dia menerima pemergian tersebut dan cuba kembali bersemangat seperti biasa.

Beberapa bulan kemudian lahirlah permata pertama mereka. Yang diberi nama Harith Hayder bin Harash Hayder.

Walaupun anak itu bukan daripada suaminya. Tapi Allah sudah memberi dia ubat yang mampu melepaskan rindu pada lelaki itu. Dari bibir Harith, warna rambutnya dan matanya terlihat serupa dengan arwah Harash. Walau bukan dari daging lelaki itu sendiri.. Begitu besar kuasa tuhan..

Beberapa tahun kemudian..

"Blerk! Papa tak akan dapat tangkap Harith punya!" Harith menonggeng punggungnya ke arah seorang lelaki itu. Menganjing.

𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️Where stories live. Discover now