"KORANG FAHAM TAK APA YANG AKU CAKAP!" Jerit seorang lelaki berseragam."F.. FAHAM TUAN!" Jawab kesemua pelajar di hadapannya. Takut.
"KALAU KORANG RASA NAK KELUAR DARI KEM BINA DIRI NI DIPERSILAKAN! TAPI KORANG KENA INGAT. KEM BINA DIRI INI MELIBATKAN MARKAH SPM KAMU SEMUA. NAK MARKAH TAKK!" Jerit lelaki itu lagi.
"NAK!"
Baru sahaja lelaki berseragam tadi ingin memberi arahan bahunya di tepuk perlahan. Dia menoleh ke belakang kelihatan harash sedang menghulurkan sehelai kertas kearahnya. Mata-mata pelajar perempuan bercahaya terang melihat ke arah harash. 'Penyelamat mereka.'
"Apa benda ni?" Soal Rizal. Dia mengambil kertas yang dihulurkan oleh harash. Matanya fokus membaca nama-nama yang tertulis di kertas tersebut.
"That is the list of group 2 names, for those whose names are not on the list will be included in group 4." Jelas harash. Matanya memandang ke arah beberapa orang di hadapannya. Mereka yang sedar diperhati oleh mata dingin harash menunduk. Takut.
Setelah nama-nama yang berada di dalam list disebut, kelihatan 3 orang sahaja namanya yang tiada di dalam senarai. Mereka ialah zayra dan ahli 'geng-geng kawad kaki,' iaitu lyana dan yasmin. Zayra yang melihat aksi gedik mereka mula membuat memek muka menyampah.
"All right, you two come with me." Jerit harash kearah mereka.
"B.. Berdua!?" Bisik lyana kepada diri sendiri namun masih dapat didengari zayra. Zayra tersenyum halus mendengar perkataan 'berdua' dari mulut lelaki tersebut. Entah kenapa, dia seperti mengenali muka dingin lelaki itu.
"Siapa yang kau maksudkan?" Soal rizal kebingungan.
"I don't know what their names are, but I want those two girls. One wears a ribbon and another woman is crossing her arms." Mata harash tidak berpaling ke arah rizal.
"LYANA! YASMIN!" Jerit rizal memanggil mereka berdua. Zayra yang mendengar nama dua beruk tu terus memandang mereka tidak percaya. "SERIUSLY?" Zayra memandang ke arah mereka berdua yang melangkah pergi dengan riak muka bangga.
"Hek eleh berlagak konon. Hmph." Zayra berpeluk tubuh lalu membuat memek muka menyampah.
"Both of you will be transferred in group 4." Terang rizal kepada bekas anak buahnya. Anak buahnya hanya mengangguk faham sebelum mata mereka berdua menghala kembali ke arah harash yang sedang berpeluk tubuh memandang ke arah zayra.
Harash yang sedar akan dua orang gadis memandang ke arahnya terus menatap dua gadis itu kembali membuatkan mereka bertembung mata.
"You two did not follow me but her." Harash mempersilakan mereka seperti seorang puteri sebelum menghalanya ke arah seorang perempuan untuk memperlihatkan pelatih mereka. Kelihatan airis yang sedang membaiki sarung tangannya yang berwarna hitam dari jauh sedang berborak.
Lyana dan yasmin ternganga luas sebelum kembali memandang harash yang sudah tersengih melihat riaksi terkejut mereka. "T.. Tapi.. Bu.. Bukan ke kami?" Belum habis percakapannya, mereka semua dikejutkan dengan airis yang sudah menarik mereka berdua.
Harash melambai-lambai tangannya ke arah dua gadis sebelum menuding jari ke arah seorang gadis yang sedang berdiri memeluk tubuh.
"I chose her." Beritahu harash kepada rizal.
"Maksud kau? Zayra?" Soal rizal. Terkejut juga apabila mendengar harash memilih budak perempuan tu. Apatah lagi bila dia perempuan. Dua kali dia terkejut hari ni. Mujur saja tak ada penyakit sakit jantung.
BARIS SEDIA! DUM! Bunyi tapak kaki dihentak serentak.
SENANG DIRI! DUM!
Pak, pak, pak. Kedengaran bunyi seseorang tepuk tangan membuatkan mereka semua mengalih pandangan ke arah seorang lelaki dan seorang pelajar perempuan?
YOU ARE READING
𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️
De TodoSiapa kata jejaka melayu mix turki tak menawan? 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 - Atau code namenya 'fox.' Mengapa fox? Kerana kelicikkannya dalam melakukan sesuatu. Harash hayder atau nama panjangnya Harash Hayder bin Akash Hayder merupakan campuran tur...