𝐂 𝐇 𝐀 𝐏 𝐓 𝐄 𝐑 𝟏𝟗

283 15 0
                                    



Jam tangan di pakai sambil-sambil kaki melangkah ke hulur ke hilir tidak berhenti. Diambil beg galas. Kembali menuju ke bilik. Double check. Kasut but dipakai.

"Hazine, abang kena pergi kem sekejap ni. Ada nak diurus. zayra tunggu dekat rumah ye." Kasut but nya diikat kemas. Sempat dikucup dahi gadis itu dengan perutnya.

"Ha ye, hati-hati bawa kereta. Jangan laju-laju!" Jeritannya semakin kuat apabila lelaki itu semakin menjauh.

Setelah kereta milik suaminya hilang, matanya teralih pada fateeh yang berada di sebelah pintu.

"Duduk luar aje ke?" Matanya tajam memandang lelaki itu.

"Saya duduk luar aje la. Takkan nak duduk dekat tepi longkang sana." Ujar fateeh sambil menuding jari ke arah longkang berdekatan.

"Hari ni panas. Nak terbakar ke duduk luar? Kalau nak terbakar, baik saya bakar kau pakai api terus." Garang nadanya.

Gulp!

Sejak akhir-akhir ni, semakin menjadi-jadi pula amukan gadis ini. Mungkin ragam perempuan mengandung. Makin sensitif pula, lagi-lagi bila ada yang salah cakap. Itupun, hanya harash seorang sahaja yang mampu menenangkan gadis itu.

"Urgh.." dia menggosok belakang tengkuknya.

Zayra menjongket kening.

"Kejap saya ambil pemetik api." Cuba untuk berlalu masuk.

"Eh.. eh. Saya masuk, saya masuk." Laju fateeh membuka kasutnya. Tanpa memberi gadis itu masuk dahulu, dia terlebih dahulu masuk.

Zayra berdecit. Pintu rumah ditutup rapat.

Kereta chevy camaro berhenti di hadapan kem tentera. Keluar dari kereta, dia terus menuju ke tempat latihan dimana terletaknya ujian yang akan diatasi perajurit muda tentera muda bagi tahun baru.

"Lambatnya? Tak pernah-pernah kau lambat. Macam mana boleh lambat? Jeneral dah tunggu kau dekat padang." Qalish menuding jari ke arah padang. Walaupun terhalang dinding tapi masih dapat tahu ia menuding ke arah sana.

Tanpa membalas kata-kata qalish, dia terus berlari ke arah padang. Qalish hanya menggeleng kepala.

Sampai di hadapan jeneral rasyid, dia terus menabik. Perajurit yang sedang membuat lari setempat mula memandang mereka.

"Teruskan latihan!" Jerit jeneral rasyid apabila sedar beberapa mata memandang. Semua mengalih pandangan dan terus fokus kepada latihan. Matanya kembali memandang lelaki di hadapannya.

"Saya nak kamu jadi penjaga untuk latihan tahun ini." Jeneral rasyid menggenggam tangan di belakang punggung. Matanya memandang perajurit-perajurit masa hadapan itu.

"Saya nak tengok mereka berjaya macam kamu suatu hari nanti. Jadi, latihlah mereka semampu yang kamu boleh. Saya harapkan kamu seorang sahaja. Kamu ingat bukan, semasa kamu mula-mula masuk kesini? Begitulah saya mahu. Boleh ke tidak?" Soal jeneral rasyid lagi. Matanya terarah pada lelaki di sebelahnya.

"Boleh tuan!" Dia mentabik sekali. Bahunya ditepuk-tepuk oleh jeneral rasyid sebelum berlalu pergi begitu sahaja.

Kawalan jauh ditekan-tekan menukar siaran. Badannya disandar pada sofa. Puas.

"Laparnya.." bisiknya seorang diri. Nak masak, terasa malaslah pula. Satu idea keluar dari kepalanya.

Badannya kembali ditegakkan, matanya teralih pada fateeh yang sedang berdiri sambil memandang televisyen. Apabila sedar ada seseorang memandangnya, automatik matanya teralih sama.

𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️Where stories live. Discover now