'Apa pula kerja dia kali ni.'Harash menuju ke ruang tamu untuk melihat apa yang dilakukan isterinya sebelum langkahnya terhenti setelah melihat isterinya menonto tv dari jauh. Tangannya naik mengurut kepala. Apalah masalah isteri aku pagi-pagi ni."Nour el zayra, pergi mandi." Jerit lelaki itu dari jauh
Namun, gadis itu langsung tidak berganjak untuk menuju ke bilik air. Akhirnya, kaki panjang jejaka itu melangkah laju ke arah isterinya dengan hanya beberapa langkah sebelum badan kecik isterinya diangkat mudah.
"Apa ni!" Terkejut dia dibuatnya. Tiba-tiba je kena angkat.
"I already said, go take your shower. Zayra." Jejaka itu memandangnya kosong.
"Ish! Zayra taknak!"
Jejaka itu hanya diam.
"Lepaslah!" Badan gadis itu meronta-ronta di atas tangan jejaka itu, ingin melepaskan diri. Namun, tangan jejaka itu begitu kuat. Kalau terlepas pun mahu patah pinggangnya akibat jatuh dari genggaman lelaki itu. Terlalu tinggi. Jadi zayra akhirnya berhenti meronta..
Air di dalam tab mandi dibuka. Dengan hanya menggunakan sebelah tangan dia mampu menarik satu tuala berwarna biru yang berada di dalam almari.
Butang baju tidur isterinya dibuka satu persatu. "Harash!" Lelaki itu hanya diam tanpa balasan. Setelah baju isterinya dibuka semua, dia melempar kain tuala berwarna biru itu ke atas badan isterinya yang gebu, putih itu. Tergoda? Tiada istilah tergoda bagi lelaki dingin ini. Okay actually sikit.
Suhu air di dalam tab mandi dicek, sebelum meletakkan badan isterinya ke dalam tab mandi perlahan-lahan. Muka zayra sudah mula memerah, badannya seperti mengikut sahaja kemahuan suaminya.
"Ab.. ab-" panggilan abang tidak dapat disebutnya kerana terlalu malu dengan keadaannya sekarang.
"Aduhh." Kepala isterinya dijentik manja.
"If I tell you to go take a shower, just go take it. Do not try not to listen." Ujar harash dengan suara mendatar. Tangan berurat jejaka itu mengambil sabun dari salah satu rak yang berada di dalam bilik air tersebut sebelum diletakkan sedikit di atas tangannya.
"Ab.. abang nak buat apa!?" Seperti biasa, tiada jawapan diberi.
"Pusing." Mata biru suaminya ditatap lama.
"Hah?" Bingung.
"I'll not repeat it twice. Pusing."
Zayra seperti terpukau dengan mata birunya, tanpa disedari badannya berpusing membelakangi suaminya. Sebelum tangan berurat jejaka itu menggosok belakangnya dengan sabun.
Rambutnya dilap menggunakan kain tuala. Setelah itu bajunya pula dipakai. Badan gadis itu diangkat menuruni tangga menuju ke ruang tamu.
"Stay here."
Zayra hanya mengangguk walaupun dia tidak faham apa yang terjadi.
Dari jauh, kelihatan suaminya berjalan menuju ke arahnya dengan membawa sepinggan nasi goreng ditangan. Badan suaminya dilabuhkan di sebelah isterinya sebelum sudu yang berisi nasi dihulur ke arahnya.
"Hmph! Taknak!" Masih lagi berkeras. Geramnya dengan perangai dingin suaminya, padahal semalam dah janji taknak jawab sepatah, tapi harini dia buat lagi.
"What you want..?" Dahinya berkerut.
"Abang dah janji dengan zayra! Abang taknak balas sepatah dengan zayra lagi. Sekarang tengoklah, abang sendiri mungkir janji! Zayra bukan mintak banyak pun, zayra mintak abang layan zayra baik je.." Marah zayra. Dalam satu masa, air matanya bertakung di tubir mata, siap sedia untuk membasahi pipi.
Jejaka itu mengeluh berat sebelum dia meletakkan pinggan ditangannya ke atas meja yang berada di hadapan mereka. Badan tegap itu berdiri sebelum dihulurkan tangannya ke arah isteri mudanya.
Tangan gebu gadis itu was-was ingin menyambut tangan berurat itu ataupun tidak.
Tanpa berfikir lama, harash menarik tangan gebu isterinya sebelum badan isterinya terjatuh di atas dadanya.
"Do you know about dancing in the rain?" Mata bertembung mata. Lelaki itu mengangkat sebelah kening ke arahnya. Namun, gadis itu hanya menggeleng tidak tahu.
"Let I teach you."
Langkah dimulakan dengan tangan isterinya ditarik kedepan dan kebelakang, badan sekali mengikut rentak, buat beberapa kali. Seterusnya disambung dengan pusingan, tangan berurat itu melepasi atas kepala isterinya membuatkan badan gadis itu berpusing seperti dalam drama. Tangan digerakkan ke belakang dan kedepan buat kali keduanya. Disambung pula, jejaka bermata biru itu meletakkan tangannya ke pinggang gadis itu dengan sebelah tangan lagi memegang tangan kanan zayra.
Terangkat bahu zayra apabila pingganya disentuh, dalam masa yang sama mukanya memerah. Matanya terpukau dengan cara tarian suaminya. Tambah-tambah lagi mata cantik berwarna biru itu memandang tepat ke dalam anak matanya.
Tiba-tiba, kakinya terpijak sesuatu membuatkan dia hampir terjatuh. Namun, sempat ditangkap harash. Badan tegap itu menunduk sedikit ke arah zayra, manakala separuh badan zayra pula sudah hampir tersentuh lantai namun, sempat satu tangan menahan pinggangnya. Membuatkan posisi mereka seperti pasangan penari yang baru sahaja habis menari.
"Astaghfirullahalazim." Satu suara garau datang dari arah pintu membuatkan zayra laju menolak dada bidang suaminya.
"Urgh.." zayra hanya memandang ke arah lelaki di muka pintu tersebut. Tidak kenal.
"Nial?" Katanya sepatah. Lelaki di muka pintu itu menunduk sedikit ke arah mereka berdua. Sopan.
"Wait outside." Arahan diberi kepada lelaki bernama Nail itu. Membuatkan dia menunduk buat sekian kalinya sebelum menutup pintu semula. Sempat senyuman penuh usik diberi kearah zayra.
"Stay inside, I'll come back." Sempat ciuman nipis diberi ke dahi isterinya. Rambut perang isterinya diselit ke belakang telinga sebelum beredar.
"Oi bangun! Dah pukul 11 dah ni!" Badan zarif digoyang- goyangkan beberapa kali. Namun, sedikit pun tiada tanda-tanda lelaki itu ingin bangun. Inilah abang zarif kita, tiada siapa dapat mengejutnya bila dia berada dalam dunia indahnya. Itupun semasa bertugas selalunya dia dikejutkan dengan wisel milik komandonya. Harash.
"Ohh, taknak bangun eh. Kau tunggu!" Tubuhnya berdiri sebelum melangkah ke bilik air. Dibawa sebesen baldi yang berisi air. Penuh.
"Bismillah." Senyuman diukir senget sebelum baldi ditangannya dibalikkan sedikit.
"Arghh!! Banjir! Banjir! Mana!? Mana!" Jerit zarif seorang diri mengundang tawa qalish. Ketawanya sehingga keluar air mata.
"Ish! Kacau gila." Marahnya.
"Dah, dah. Kita ada meeting sikit dekat markas pagi ni," terang qalish.
"Pukul berapa?."
"Pukul 5 petang nanti." Hatinya berasa lega. Mujur bukan pukul 1. Bolehlah dia sambung tidur.
"Kau jangan ingat, kau boleh sambung tidur eh." Tahu sangat perangai suka tidur kawannya. "Jom siap, pergi rumah harash," sambungnya lagi.
"Buat apa?" Dengan nada malas. Masa-masa cuti macam ni lah, elok nak tidur. Nanti dah masuk kerja tak boleh dah.
"Melawatlah. Tu pun kena bagitahu ke? Dah cepat pergi mandi!" Halaunya.
"Fine." Mendatar sahaja suaranya memberi jawapan. Malas.
"bu rapor (ini laporannya)," lelaki itu menghulurkan fail berwarna hitam kepada harash.
"düne ne dersin? (Macam mana semalam?)"
"Üzgünüm efendim.. saldırıya uğradık (Maaf tuan kami diserang)" danial hanya mampu menunduk ke arah tuannya.
"Shit." Mendatar sahaja suaranya.
"How many?" Sambungnya lagi.
"sadece bir (hanya seorang)." Kepala lelaki itu masih menunduk ke bawah, tidak mampu menatap wajah seram lelaki dihadapannya.
"Seriusly?" Senyuman sinis diberi. Tidak percaya.
"B.. betul tuan."
"Aku sendiri kena turun padang nampaknya." Tiada siapa akan terlepas ditangannya kali ini.
YOU ARE READING
𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️
DiversosSiapa kata jejaka melayu mix turki tak menawan? 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 - Atau code namenya 'fox.' Mengapa fox? Kerana kelicikkannya dalam melakukan sesuatu. Harash hayder atau nama panjangnya Harash Hayder bin Akash Hayder merupakan campuran tur...