| 𝙋𝙧𝙤𝙡𝙤𝙜 |

139 9 0
                                    

"khurr... khurr... " suara Amiera bergema di dalam kelas itu . kawan kawan yang lain sedang berehat , sedangkan dia tidak . Amiera
mahu mengumpul duit untuk 'barang peribadinya' .

Sedang lena Amiera itu , tiada angin tiada ribut .. " PANGGGG !!!! ". pintu kelas yang dari tadi hanya tertutup tiba tiba terbuka dengan kasar .

Aqilah Farhana....

Aqilah Farhana dikenali sebagai 'diva' ataupun 'pembuli' disebabkan ayah dia banyak menyumbangkan uang kepada sekolah .. maknanya ramai lah yang patut tunduk dengan dia . Tapi , Seorang perempuan yang bernama  Amiera tidak pernah tunduk pada dia . Itu yang membuatkan Aqilah sangat ...

Marah.

"Hmm" Disebabkan Amiera malas mahu melayan perangai benak Aqilah ni .. dia hanya diam dalam pelukan tidurnya . Kelakuan berselamba Amiera makin menaikkan amarah Aqilah . tiba tiba rambut Amiera yang lurus dan wangi tu dijambak oleh Aqilah.

"Hoi ! Kau buat buat tak dengar je kan ? dasar perempuan bodoh ! " Aqilah menatap kasar muka Amiera . Tona suaranya dinaikkan kerana sifat marahnya mengekuasi situasi tersebut.

"Hmm.." meleret suara Amiera . Dia bukan tak nak layan , cuma .. dia penat . Orang tengah berehat ni , tak nampak ke ? Korek biji mata kang .. lagipun apa yang perempuan ni nak ?

"Kau nak apa sebenarnya ?" Amiera melontarkan kata katanya dengan kasar . Dia nak defend diri sendiri , takut dianaiya.

"pftt- tak tahu ? Bak la duit kau ! Tak rehat kan ? Takyah la simpan simpan duit tu , tak bawak kemana pun " sinis suara perempuan itu . Dah lama pendam agaknya .

Rambut Amiera yang dijambak tadi belum dilepas .. tapi semakin pedih kerana Aqilah menguatkan tarikannya . Pedih .. pedih teramat yang dia rasakan sekarang ni .

Tanpa sesiapa sedar, ada sosok tubuh lelaki dari tadi menyandarkan badannya ke pintu kelas . Melihat situasi kejam tersebut. Dia sebenarnya tunggu masa je nak masuk line haha.

" PIAP!!" tiba tiba satu lemparan kasar dilepaskan ke arah pipi bulat Aqilah itu . Terus dilepasnya rambut Amiera itu . Kusut .. kusut rambut Amiera sekarang . " Kau dah kusutkan rambut aku , pastu tangan kau yang kena kari busuk tu jambak rambut aku , Habis aku kena shampoo balik nanti ! . Lagipun siapa je nak dengar suara daripada mulut serupa longkang kau ni ?!? HAH ?! Jawab la !! Berani sangat kan ?! " Bidas Amiera dengan penuh amarah .

Apa yang Aqilah tidak tahu , Amiera ialah seorang yang keras kepala . Tak mahu orang pijak kepalanya . Mulutnya juga pedas bak cili hijau . Sangat pedas .

"That's my girl" gumam mulut lelaki tadi sambil melontarkan senyuman sinis . Suaranya cukuplah hanya dia sahaja yang dengar . Tanpa basa basi , sosok tubuh lelaki tadi terus masuk ke kelas dengan jalan mendadanya.

"CUTTT !!!!" jerit lelaki itu bersahaja . Dia nak tamatkan drama tv3 ni . Taksuka . Cringe . Dia memang benci orang buat drama depan dia . Cukuplah drama tadi buat dia meluat dengan Aqilah . Suka sangat buli orang tak bersalah.

Melopong mulut Aqilah melihat lelaki tadi berselamba dengan jalan mendadanya berhujah macamtu . " Apa kau ingat kitaorang berlakon ke macam mana ? Lawak ke ?! " bantah Aqilah . Dia terasa panas dek kata kata lelaki itu tadi .

"Cukuplah ! Aku dah penat !" Muka Aqilah memerah disebabkan menahan amarah yang teramat . Dia terus berlari keluar kelas itu .

DR TYPO [HOLD]Where stories live. Discover now