AMIERA mengambil keputusan untuk 'homeschool' disebabkan selalu dibuli . Kalau Alieff ada , tak ada lah dia selalu kena buli . Dah dah , jangan tunjukkan yang kau bergantung dengan Alieff tu ! Cukup .
"Kakak ? Makan lah mak buat makanan kat bawah . Janganlah asyik duduk dalam bilik aje . Nanti tak makan .." maknya bercakap disebalik pintu kamarnya . Amiera tak mahu keluar kerana nak masa lapang . Apa yang lapangnya ? Haihh..
"Hmm nanti lah mak .. nak siapkan online quiz" malas jawabnya . Sejak Amiera mengambil homeschool , dia selalu duduk di dalam bilik . Nak siapkan quiz dengan tenang . Tiada gangguan .
"Okay , nanti kalau lapar turunlah . Kesian mak masak lauk tapi kakak tak nak makan .." pujuk maknya .
"Ya , mak " kata Amiera lembut sambil matanya melihat komputer . Tengah curi curi search jawapan lah tu ..
AMIERA mahu keluar . Maknya menyuruh Amiera untuk menyiram bunga bunga diluar . Untuk menghilangkan stress katanya . Amiera menghirup udara luar."Hmm !! What a great day . No school , no bully !!" Sorak Amiera . Entah kenapa dia rasa seperti ada orang sedang memerhati dia . Cepat cepat dia berlari ke arah pokok bunga di garden nya .
Amiera memulakan kerjanya dengan basmalah . "Bismillah." Katanya lalu menyiram pokok -pokok di garden nya . "Seronoknya hidup macam ni . Pagi pagi orang pergi kerja . Tapi aku siram pokok ! Yay !" bebelnya .
Sedang seronok Amiera menyiram pokok sambil mengukir senyuman , tiba tiba dia disapa oleh suara yang jarang dia dengari.
"Assalamualaikum" suara garau itu memenuhi gegendang telinganya . Amiera kaku lalu memusingkan badannya kearah bunyi itu .
"AHH ! Tekejod mak ! Siapa pulak ni ?" Serunya sambil mengetuk ngetuk helmet yang dipakai lelaki itu . Buat terkejut aje ! Sakit jantung dibuatnya .
"Waalaikumsalam nya di mana cik adik ?" Tanya dia sambil membuka visor helmetnya . Terlihat mata coklatnya yang terpampang dibawah matahari. "Waalaikumsalam" balas Amiera
Amiera membuat muka pelik .Macam kenal lah .. siapa e- ARYASH ! Apa lagi dia nak ni ! Buat suspen aje .
"Aryash Amien ? " tanya Amiera sambil mencucuk cucuk pipinya . Alah comel betul .
"Pandainya main teka teki ! Mana kau tahu nama aku ni ? " Aryash membuka helmetnya lalu menggosok gosok rambutnya sehingga menjadi serabai. Amiera mengangkat keningnya mencabar . Tergoda ke nyah ?
"Hmm what if i say i'm a good stalker ?" Amiera mengukir senyuman sinis. Aryash juga turut mengukir senyuman sinis . Nak buat contest siapa kelip mata dulu ke ? .
"Hmm good stalker ya.." Kata lelaki itu .
"Ekhem ! Okay dah boleh masuk topik asal kita tadi ya.." Amiera memotong sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal .
"Oh ya , boleh boleh . Haa , mana eh ? Eh mana pulak barangnya ?" Aryash berpusing pusing di sekitar laman rumah Amiera . Cari apa ? Takde lah !
"Cuba kau cari kat motor kau ! Apa lah yang berpusing pusing kat garden rumah aku ni macam orang gila " Amiera mencekak pinggangnya . Berfikiran logic lah sikit ..
"Oh iya ! Terima kasih do bagi tahu . Kalau tak aku berpusing aje kat sini sejam " katanya sambil berlari kearah motornya . Amiera tergelak kecil . Macam kelakuan Alieff . Dua kali lima aje .
Beberapa minit kemudian , Aryash datang dengan sejambak bunga . "Nah ! Haa ini Alieff bagi . " hulurnya sambil tersenyum manis .
Haritu hantar kek batik dengan kad ucapan , harini bunga ? Apa yang dia maksudkan ni ? tak faham betul!
"Pelik . Dia takde kat sini . Macam mana boleh bagi ?" Amiera membelek belek bunga itu . Ditatap lama bunga tersebut .
"Em .. i have to go . Bye ! See you soon or maybe not !" Aryash berlari kearah motornya yang berjenama ducati dan memecut laju motornya .
Suspicious ?...
Amiera berlari anak ke arah biliknya . Terus dia duduk di atas kerusi belajarnya dan membelek belek bunga tersebut . Tiba tiba dia ternampak satu lagi kad . Amiera mencapai kad tersebut .
Setelah membaca kad tersebut . Amiera tertawa . "Apa lagi ni ? Haritu benda lain , harini ? Apa maksudnya ?" Kata Amiera .
Aryash menuju kearah 'tempatnya' . "Dah ke ? Apa katanya ??" Kata seorang lelaki di tempatnya itu. "Hmm .. tak sempat lah .. aku malu pastu aku cabut aje " kata Aryash .
Apa pulak ini ? Semalam punya kes pun tak expose lagi . Ini ada rahsia baru pulak ? 😟
YOU ARE READING
DR TYPO [HOLD]
Romance|TEMA LAGU| ~ ENCHANTED ~ Muhammad Alieff Irwan Amiera Ar Raysha Aryash Amien Amiera selalu dibuli oleh Aqilah . Tapi ada lelaki yang sanggup tolong pertahankan Amiera . Alieff . Mereka fikir mereka hanyalah kawan rapat . Tapi perasaan...