𝑺𝑬𝑱𝑨𝑲 daripada kelakuan lelaki 'polos' itu , Amiera dan lelaki itu mula berkawan . "Alieff Irwan" lelaki muda itu memperkenalkan diri .
"Amiera Ar Raysha" balas Amiera dengan lembut . Dia terharu kerana tak sangka ada orang nak tolong dia .. ingatkan semua berpihak pada yang salah . Dan dia sudah pun dapat kawan baru .
"mieraaaaaaa...." meleret suara manja alieff memanggil Amiera . Taktahu la lelaki ni nak bodek apa dekat dia . Bukannya dia ada pegang 'iphone' kat sini . Dah kenapa ?"eeee manja manja dah kenapa ni ? gatal sangat . Jentik dahi tu karang" Amiera bergurau kasar . Tak dinafikan memang dia selesa dengan Alieff . Sangat selesa . Alieff juga begitu . Sekarang , ramai kawan kawan sekolah selalu panggil mereka 'favourite couple' .
"emm .. saya sebenarnya nak mintak dekat awak ....." dia kedipkan matanya berkali kali . Perangai macam perempuan . Gedik .
"apa ?" Amiera balas dengan nada yang tak boleh dibaca . Sedih ke ? Marah ke ? Biasa biasa je .
"Sayaa..... hehe.. sayaaa" Alieff cuba main tarik tali . Dia kekok , sebab mereka berkawan pun tak sampai dua bulan . Tapi sebenarnya , ramai orang yang tengah perhatikan mereka . Muka Amiera memerah akibat terlampau malu . Alieff ni ! Haish .
"PEK!" bunyi jentikan kuat daripada jari jemari Amiera ke dahi alieff . Geram betul lah ! Sekarang ni dia dah tak pikir apa ii pun sebab malu sangat orang tengok !! .
"MAKKK" kata Alieff . Aduhhh ... sakitnya .. perempuan ni makan apa ? tebal sangat jentikkannya . Dia yang jantan ni pun rasa macam dia ni bapuk . Kena jentik dengan perempuan pun melalak macam kucing tak dapat whiskas .
"haaa sakitkan Muhammad Alieff Irwan ??" Amiera mengejek Alieff . Alieff paling tak suka bila Amiera mula mengejek dia menggunakan nama panjang Alieff . Nampak terlalu formal . Dah macam nak buat akad nikah pulak nak main sebut sebut nama panjang .
"sakitlah !! Heish .. saya sebenarnya nak mintak buatkan cheesekut !!, teringin " sambil matanya dikedip ii tanggan kirinya pula mula mencucuk cucuk tangan kanan. Mintak simpati betul !!
"LAHHHHH CAKAP JELA AWAL AWAL . Malu saya tauuuu !!!" Nada Amiera dinaikkan sedikit . Dia geramm sangat sangat . Mintak jelah dari tadi . Nak jugak manja manja . Kan dah dapat pipi tomato kat dia ni ha . Eeyyy !
"Bolehhh !!!" Amiera mengangkat keningnya . Tapi adalah tu something dia nak buat . Hek .
Melopong mulut alieff . Tak sangka !! Amiera Ar Raysha . Murid paling berdisiplin di sekolah ! Nak buatkan dia cheesekut !!! "Seriusss lahhh !!!!" Alieff bersorak gembira . Suka lah tu orang buatkan .
"Meh duit" suara Amiera mendatar . Amboiiii . Ingat senang senang je dia nak bagi cheesekut tu dekat mamat ni ? Hampehhh .
Alieff seakan akan kena panahan petir . Langsung Alieff meletakkan tangan di dadanya . Sentap ke ? Tak bagi ayat pedas pun rasanya . Over betul ! . " Awak suka bagi saya fakehope ...." sambil matanya ditutup . Menghayati character la konon ! .
"Nak kena jentik lagi ke Muhammad si botak Alieff ?" Amiera tersenyum menyindir . Alieff terus membukak matanya luas luas . Apa Amiera panggil aku ?!!?! SI BOTAK ?!?!
"Heyy !! You dont play play with me eyyhh!! Ai can call you makcik jemah kalau you panggil ai si botak ! Saya bantah serapat rapatnya !!!" Suara alieff agak sama dengan budak budak yang sedang berebut cekelat . Kata tak suka drama . Tapi dia yang buat drama ? Hish ...
"Diam Muhammad Alieff . Diam " kata Amiera mendatar . Malas dah layan drama dia ni . Bising betul mulut . Akhirnya , dua dua pun senyap sepi sambil menunggu ibu bapa mengambil mereka berdua .
"PIN PIN !!" mereka tersedar dari dunia tipu tipu mereka dek kerana hon kereta yang berbunyi dari tadi . Rupa rupanya itu abangnya si Alieff . "Bye Makcik jemah Amiera !! Balikk duluu !!" Alieff melambai . Perangainya macam budak budak lah .. Amiera malas layan
Hemph , malas layan pun dari tadi muka dia dah memerah kan ?? hahahaha .
YOU ARE READING
DR TYPO [HOLD]
Romance|TEMA LAGU| ~ ENCHANTED ~ Muhammad Alieff Irwan Amiera Ar Raysha Aryash Amien Amiera selalu dibuli oleh Aqilah . Tapi ada lelaki yang sanggup tolong pertahankan Amiera . Alieff . Mereka fikir mereka hanyalah kawan rapat . Tapi perasaan...