"AIH bang , kata tak gatal . Ni apa tidur dengan 'bakal tunang' ? bukan main ya .." Qhaleef mengejutkan dua manusia kerdil yang baru bangun tidur itu . Dia juga menekan kan perkataan ' bakal tunang' tu . Dia sebenarnya datang untuk memberi hadiah kepada Amiera dek kerana hal hari lepas .
"Eh ni kak mimi .. Qhaleef ada bawakkan bunga baby breath untuk akak . Tanda minta maaf dengan kejadian hari hari lepas . Saya memang tak sengaja . Hari tu ada manusia bodoh cari pasal dengan saya . Saya pun tumbuk la dia . Tiba tiba dia bawak geng . Saya pun takda tempat lain dah nak pergi . Saya minta maaf sangat sangat . Kak mimi ?"Rayu Qhaleef . Amiera menayangkan muka pelik . Bangun bangun dah dapat hadiah ?
Amiera dah maafkan perbuatan lepas lepas Qhaleef itu . Cuma dia tak boleh keluarkan kata katanya . Dia takut dia guriskan hati Qhaleef . Yelah .. kan bakal adik ipar . "Kak Mimi dah maafkan lama dah Qhaleef ." Amiera mengatur langkah kearah Qhaleef . Disambutnya bunga itu perlahan .
Tiba tiba bunga ditangannya dirampas . "Terima kasih ya Qhaleef adik kesayangan aku . Boleh keluar ya ?" Aryash mencelah . Ingatkan tidur ! Rupanya dah bangun dari tadi !
"Jangan buat macam macam ya kat bakal kakak ipar aku ni ! Rosak dia tahu la kau aku kerjakan . By the way , thank you kak Mimi ." Kata kata amaran dilontarkan kepada abangnya . Sayang betul kat kakak ipar ya ? Aryash mengangguk kecil . Dia faham maksud 'rosak' yang dimaksudkan adiknya .
Dedaun pintu ditutup perlahan . "Awak . Sini meh duduk tepi saya kejap . Nak cakap ." Panggil Aryash .
Amiera terus mengambil tempat duduk disebelah lelaki itu . Dahi nya berkerut . Pelik . Pagi pagi ni dia nak bagi ayat apa ? Puitis ?
"Saya tak suka lah awak dekat dekat dengan lelaki lain walaupun dia adik ipar awak sekali pun . Ni macam nak ngorat awak aje ! Mintak maaf pakai lah cara orang dulu dulu .. cakap face to face ! Saya cemburu lah awak ! " Aryash memuncungkan bibirnya sambil tangannya disilang . Tersengih Amiera . Macam pujuk anak .
"Awak ,mana tahu dia tadi tak sempat nak cakap face to face dengan saya ? Awak kena bersangka baik tau . Dah dah tak baik merajuk merajuk ni . " balas Amiera . Takkan lah badan tegap macam ni perangai childish ! Hahahaha ...
"Takmo friend !" Bebel Aryash seorang diri . Terkeluar apple cheek Amiera . Kenapa comel sangat ni ?
Aryash meleraikan silangan tangannya tadi dan menyandarkan badannya di sofa itu . "Kalaulah kita tengah kahwin sekarang ni kan , boleh lah awak kiss saya sebagai pujukan . Tapi tak boleh lagi . Macam mana awak nak pujuk saya ni sayang ?" Sambung Aryash .
Amiera mengangguk kecil . Dia mencuit hujung baju Aryash lalu membuat flying kiss . Tercetus tawa dari bibir kedua dua pihak . "saya sambut eh ! ... eh eh ! Dah terbang ... nak lagi satuu sayangg " usik Aryash .
"Lagi satu ? " Tanya Amiera . Aryash mengangguk kecil . Sekali lagi Amiera membuat flying kiss ke Aryash . Disambutnya cepat cepat lalu diletakkan didadanya .
"aahh ! Ni dah masuk dalam ni " Aryash merunding jarinya kearah dadanya . Mereka tergelak sakan didalam kamar itu . Suka betul bila dapat free time macam ni . Boleh berkenalan juga .eh , ni berkenalan ke ? Ni sweet sweet ni ..
YOU ARE READING
DR TYPO [HOLD]
Romance|TEMA LAGU| ~ ENCHANTED ~ Muhammad Alieff Irwan Amiera Ar Raysha Aryash Amien Amiera selalu dibuli oleh Aqilah . Tapi ada lelaki yang sanggup tolong pertahankan Amiera . Alieff . Mereka fikir mereka hanyalah kawan rapat . Tapi perasaan...