|𝐂𝐡𝐚𝐩 11|

45 8 0
                                    

"KENAPA kita tak tunang dulu ?" Tanya Amiera perlahan di dalam kereta . Dia betul betul tak ready! . Kalau bertunang dulu kan dia boleh bersiap sedia dulu . Lagipun , dia dah minta izin ke dengan ayah ibunya ? Hm...

"Kalau awak nak tunang dulu pun tak apa . Saya terlepas cakap tadi . Takut awak tak ready . " Aryash menenangkan Amiera . Supaya tidak akward , dia kena lah tunggu bila masanya wanita ditepi dia sekarang ini jadi miliknya .

" kalau macam tu , kita tunang dulu lah . Baru lah sempat saya nak ready . Ya ? " jawab Amiera . Dia mengelipkan kelopak matanya beberapa kali sebelum membuka handphone nya . Handphone lagi penting dari Aryash kot .

"Bila awak nak tunang ? Dua minggu depan boleh ? " Tanya Aryash lagi . Excited nampak! . Dari tadi Aryash mengukir senyuman yang tak pernah Amiera lihat . Senyuman penuh keikhlasan . Sungguh .

"Boleh aje , tak perlu lah tambah tambah dosa ." Amiera menjawab . Tapi otaknya masih terfikir . Bagaimana dengan ibu bapanya ? Sukakah mereka dengan Aryash ? Lagi lagi ayah yang di Italy . Ayah memang duduk di Italy sekarang disebabkan nenek Amiera yang sedang sakit .

" Kalau awak terfikir kenapa saya tak datang meminang dulu , jawapannya sudah . Saya dah pergi dua minggu lepas . Ayah awak jugak saya dah tanya . Saya pergi Italy semata mata untuk itu tau ." Sambung Aryash bersahaja .

Amiera terasa bagaikan tercekik angin . Tersekat kata katanya . Apa ?! Boleh aje kan video call ! Dah kenapa kena pergi jauh jauh ? Patutlah Puan Airis dari hari itu selalu menatap muka Aryash di sosial media ! Kenapa dia tak tahu semua ni ?! Apakah ?!

"Lepas tu , dinner ni ??? Aqilah tu ?? " tanya Amiera dengan muka yang penuh pertanyaan di kepalanya . Memang dia tekejut . Yang amat . Mengapa tiada seorang pun yang mahu bocorkan semua ni ?! Kenapa rahsia ?!

"Saya tipu . Aqilah Farhana is my cousin ." Kata Aryash berselamba . Tiada kata kata keluar dari mulut Amiera . Sumpah . Dia taktahu nak cakap apa . Semua ni .. tipu ? Serasa di betray .

"Awak marah ke ? " sambung Aryash lagi . Ya ! Dia marah sebab rahsia kan semua ni ! Kenapa tak bagi tahu awal awal ! Dia dah pudarkan rasa cintanya terhadap Aryash disebabkan kononnya dijodohkan dengan Aqilah . Tapi baru sekarang nak bagi tahu ?! Dia pun terkejut kerana baru tahu Aqilah saudara kepada Aryash . Wah ..

"Marah lah ! Kenapa tak bagitahu awal awal ?! Jahat lah !" Bebel Amiera . Tercetus tawa yang dari tadi ditahan oleh Aryash . Dia memang suka lihat Amiera macam ni . Comel . Macam teletubies . Hihihi .

"Kenapa awak gelak ??!!" Sambung Amiera sambil menepuk nepuk handphonenya di atas pehanya . Tantrum ? Pastinya . Lagi kuat tawa Aryash . Macam kartun !

                "MAKKKKK! Kenapa tak pernah bagitahu pasal Aryash masuk meminang ?! " Bebel Amiera memandangkan dia sudah pulang kerumah dengan selamatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                "MAKKKKK! Kenapa tak pernah bagitahu pasal Aryash masuk meminang ?! " Bebel Amiera memandangkan dia sudah pulang kerumah dengan selamatnya . Alhamdulillah ..

DR TYPO [HOLD]Where stories live. Discover now