"SILAKAN masuk Amiera Ar Raysha . " jemput Alieff . Mesra bunyinya. First time Amiera dijemput masuk dengan mesra . Oleh Alieff pulak tu . Lucky girl ke ? hehe
"Terima kasih Tuan Muda Alieff Irwan" balas Amiera . Tak tahu la ni menyindir ke apa ? . Mereka berdua masuk ke rumah Alieff . Megah rumahnya bak istana .
"HAPPY BIRTHDAY TUYUL ! HAPPY BIRTHDAY TUYUL !! HAPPY BIRTHDAY... TUYUL !!" Nyanyi Aryash . Aryash kawan baik Alieff dari kecil . Cuma sekarang ni mereka berpisah sekolah . Nasib baik lah satu taman . Boleh jumpa kalau rindu ." to you lah ! Bukan tuyul ! HAMBEK KAU " tamparan tangan alieff kepada belakang leher Aryash . Aryash mencebik . Nak gurau pun takboleh . Taknak friend la !
"Nasib baik harini birthday kau , kalau tidak memang kaki ni naik kat pipi kau " senyuman sinis dilempar . Kalau boleh sekarang ni Aryash nak campak je dia kat kolam belakang rumah Alieff ni . Tapi harini dia nak jadi kawan yang paling baik sempena birthday Alieff.
Amiera yang tadi melihat gelagat dua 'sahabat semati' itu tiba tiba tersengih . Rasa geli hati . Suka tengok dia orang happy happy macam ni .
"Potong keknya Aisyah." Kata Aryash . Alieff melemparkan muka pelik ke Aryash . Aisyah mana ni ? Pelik lah .. " ha ye ye nak potong lah ni , sabar sikit " balas Alieff mendatar . Sepak kang .
Amiera yang dari tadi termenung dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya . Alieff .
"Haih .. termenung apa tu ? Dah sedar dari dunia tipu tipu dah ?" Sindir Alieff . Dari tadi dia lihat Amiera termenung di garden rumahnya . Nak tengok bintang ke ? Memang bintang kat rumput pun eh ?"Hah ? Eh takde apa apa , terfikir macam mana lah ..." Amiera diam . Suspen betul ! Alieff mengankat keningnya . Menunggu sambungan dari Amiera ..... tiada .
"Macam mana apa ? Kau dah nak mati ke ? Aku book kan batu nisan ! Nak warna apa ? Pink ? " Alieff menyindir . Tapi Alieff memang betul betul nak tahu kenapa Amiera dari tadi macam tiada ekpresi ? ..
" Aku terfikir , macam mana lah kalau aku jadi Ultraman ! Mesti bergegar bumi kan! aku lawan dengan monster tu ! Huah ! Huah ! " Amiera menggenggam penumbuknya dan menumbuk angin . Melopong mulut Alieff . Ingatkan benda serius ! Kacau betul .
"Kau memang nak makan kaki eh sumpah aku tanya ni ." Suara Alieff berubah mendatar . Baru nak feeling feeling 'mr motivator' kena game pulak ! Alieff duduk di kerusi yang terletak di tepi Amiera . Mukanya yang tadi muka bergurau bertukar muka serius . Macam nak cakap something je .
Amiera mula ada rasa tidak sedap hati . Kenapa Alieff tiba tiba macam ni ? Ada something yang dia perlu tahu ke ? Janganlah yang buruk buruk ...
Alieff mendongak . Melihat bintang ii yang terpapar di langit itu . Sangat indah . Begitu juga Amiera . Dia mengikuti apa yang dilakukan Alieff . Nampak macam Alieff nak sampaikan sesuatu . Amiera sudah sedia mendengar apa pun . Tangannya diletakkan di atas pehanya . Menunggu apa yang mahu dilontarkan dari mulut Alieff .
"Hmm .. kalau kau dah besar .. dah berjaya .. kau cari aku tau .. find me . Im here , for you . Only you . Amiera Ar Raysha ." Sayu bunyinya . Kali ini dia tidak bergurau . Alieff ada rahsia yang dia simpankan dari Amiera . Cukup lama sebenarnya . Dia rasa serba salah .
Amiera kaku . Apa yang dia perlu buat ? Mukanya sudah mula membahang . Tiba tiba angin yang sejuk tidak dirasakan lagi . Panas ! Amiera melihat Alieff . "Maksudnya ? Apa yang kau cuba sampai kan ?" Tanya Amiera . Dia cukup pelik dengan sifat Alieff kebelakangan ini . Makin manja dan gedik .
Alieff merubahkan posisi badannya menghadap ke Amiera . " Mungkin malam ni malam terakhir aku berjumpa dengan kau ? Manalah tahu kan hahaha.." kekok gelaknya . Macam memberi klu kepada isinya . Amiera masih tidak faham apa yang dia mahu sampaikan ?
"K- kau nak pergi mana ?" Mata Amiera mula berair . Dia terkejut . Kaku . Pelik . Marah . Sedih . Waktu Amiera sudah jatuh hati kepada Alieff , Alieff buat dia sebegini ? Dia nak pergi mana ?
"Sorry my princess , but i have to go soon " katanya sambil mengelap air matanya yang mula jatuh . Jantan mana boleh menangis kan ? Hahaha.
"Thank you for being my best friend . Jikalau kita ada rezeki untuk berjumpa semula , kita berkawan lagi ya ? Terima kasih sudi datang harini . Ingat ya kata kata aku ? Kalau kau dah besar .. cari aku ya ?" Kata Alieff mendesak . Kenapa ni ? Alieff nak pergi mana ?
Amiera kaku .
YOU ARE READING
DR TYPO [HOLD]
Romance|TEMA LAGU| ~ ENCHANTED ~ Muhammad Alieff Irwan Amiera Ar Raysha Aryash Amien Amiera selalu dibuli oleh Aqilah . Tapi ada lelaki yang sanggup tolong pertahankan Amiera . Alieff . Mereka fikir mereka hanyalah kawan rapat . Tapi perasaan...