"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯♤
♤
♤Waktu masuk Subuh hampir menjelang. Natasya masih lagi tertidur dengan selimut tebal yang hampir menutup seluruh tubuhnya. Selesa punya pasal! Kemudian dia mengeliat kecil sebelum dia berbaring mengiring menghadap suaminya itu. Mata perlahan dibuka dan secara langsung wajah kacak Zafriel menghiasi mata indahnya
Jejaka itu tersenyum kerang busuk memandangnya yang baru bangun tidur. Dia terlebih dahulu bangun dan memerhatikan wajah cantik jelita isterinya. Kepalanya ditongkatkan dengan tangan. Hal itu membuatkan Natasya bertindak menutup wajahnya dengan selimut tebal itu. Zafriel tersenyum nakal
"Morning hun" ucapnya memberikan selamat pagi. Tangan gatal menyelak selimut yang menutup wajahnya
"Argh! abang! Mata Sya masuk habuk!" adunya sambil ingin mengosok matanya namun ditahan oleh Zafriel. Zafriel juga turut berubah panik. Pantas dia meniup mata isterinya
"Sakit lagi?" soalnya tatkala Natasya sudah bertenang. Kepala digeleng tanda dia baik-baik sahaja
"Sudah, bangun mandi waji-"
PAP!
Dada bidang kekar Zafriel yang tidak berlapik apa-apa ditampar. Berkerut wajah Zafriel menahan sakit. Sudahlah langsung tidak berlapik sebarang kain!
"Sakitlah hun. Aku cakap benda betul. Nanti yang lain tunggu kita pula dekat bawah untuk solat berjemaah" katanya sambil mengusap bekas tamparan Natasya tadi. Timbul rasa bersalah pula Natasya. Tangannya naik mengusap dada Zafriel dan tersengih. Otak Zafriel tiba-tiba terfikir tentang sesuatu. Dia senyum nakal
"Sekarang kau pecaya tak aku work-up ada hasi-"
PAP!
Sekali lagi dada Zafriel ditampar. Kalini dengan lebih kuat. Setelah itu Natasya terus bingkas bangun dan meninggalkan Zafriel seorang diri di atas katil. Jejaka itu tersenyum nakal memerhati wajah Natasya yang sudah memerah dan tersipu malu
Zafriel bingkas bangun dari katil untuk mengemas tempat tidur. Dia tersenyum kerana ada noda merah yang melekat di atas cadar berwarna kelabu. Ternyata mahkota isterinya telah menjadi miliknya sebelum orang lain
How it could be? Entah, Zafriel juga tidak tahu kerana dia sendiri yang mendengar cerita Natasya
Mungkin wanita itu tidak menceritakan hal yang sebenarnya berlaku sampai habis? Ataupun dia sengaja mahu menyembunyikan hal itu?
╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯Pasangan pengantin itu adalah orang yang terakhir turun dari atas. Natasya menghampiri Zafiera dan langsung mengambil tempat di samping gadis itu. Zafiera memandang kakak iparnya dengan penuh makna. Dia mendekatkan dirinya pada Natasya untuk berbisik
"Akak asal lambat turun bawah? Tidur lambat ke sebab keringkan rambut lepas mandi wajib?" bisiknya lalu mendapatkan tepukan dari pendengaran, Natasya
Abang adik sama aje! Kuat menyakat!
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
Random"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...