𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟒𝟗

171 10 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



Tubuh kaku Zafriel dipandang lama oleh Natasya. Setelah melewati masa pembedahan selama berjam-jam siang semalam, lelaki ini masih lagi belum sedar. Kerana impak dari darah yang hilang.

Namun alunan doa dan juga zikir tidak berhenti meniti di bibir Natasya. Dia mengucapkan kata syukur pada yang Esa kerana suaminya tidak sampai ke tahap kritikal.

Wajah pucat yang sedang terpejam matanya ditatap lekat enggan dilepaskan. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasa hatinya ketika ini.

Seketika tangan yang mengusap rambut si suami dibawa pula ke jari-jemari lelaki itu pula. Cincin yang berada di jari lelaki itu dimainkan olehnya.

Terasa mati semakin memberat memandangkan sudah terlalu larut malam akhirnya Natasya terlelap dengan posisi kepala di atas katil.

Dia lelah memikirkan semua ini. Sampaikan dia juga tidak tahu caranya ingin memberitahu juga kepada keluarga mertuanya

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

Natasya terjaga dari tidurnya setelah dirasakan benda asing yang berada di sekitar kepalanya. Kepala dia angkat dan hal pertama yang dapat dia lihat adalah senyuman hangat milik suaminya.

Dirinya yang masih mamai kerana baru bangun tidur serta-merta mendadak segar.

"Abang!" serunya dan kemudian pantas saja memeluk tubuh lelaki itu.

"Yes dear?" sahutnya dengan suara yang masih serak basah meskipun sudah lama terbangun. Saja dia tidak mahu mengusik lena sang isteri.

"Abang bila bangun... Tak cakap." soalnya seraya tubuh lelaki itu masih erat didakap.

"Baru aje, hun. Aku tak nak kacau kau sebab aku tahu kau penat. Tapi aku tahu kau rindu muka aku yang kacak ni jadi jangan peluk macam nak tamatkan terus nafas aku." ujarnya yang masih sempat angkat bakul sendiri.

Lalu cepat Natasya lepaskan pelukan. Tangannya hinggap di perut berotot lelaki itu kemudian tamparan diberikan di sana. Sempat lelaki itu meringis kesakitan dek kerana tamparan berasap.

"Abang cakap macam itu sukalah kan? Nanti masuk syurga dapat kahwin dengan bidadari dekat sana." katanya dengan nada yang seakan merajuk.

Zafriel mencubit lembut pipi Natasya.

"Ey... Awat cakap lagu tu? Hang tu isteri aku tau. Selamanya."

"Sudah, jangan lama-lama merajuk. Aku tak boleh." dia merendahkan egonya dan jarinya bermain di jari milik Natasya.

"Hurm, yelah." Natasya akur kemudian disalamnya dan dikecup tapak tangan si suami. Habis itu dia menoleh ke arah jam dan bingkas bangun dari kerusi membuatkan Zafriel mengerutkan hati bingung.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now