𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟒𝟒

164 10 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



Zafriel berdiri menghadap ayahnya yang duduk di kerusi. Sudah hampir dua jam masa yang diambil oleh dua orang beranak ini berbincang. Namun tidak kunjung selesai.

"Betul nak masukkan Darisha dalam kerja tu?" soal Ustaz Zaquan.

Zafriel mengangguk.

"Riel tahu dia boleh buat. Lagipun dia dah tahu kan selok-belok dari sebelum ni." katanya ingin menyakinkan ayahnya. Ustaz Zaquan mengangguk tanda dia percaya kepada anak keduanya.

"Berapa lama lagi masa yang diperlukan?"

"Around 1 month. Sebab identiti Raz Indigo masih belum jatuh ke tangan Oragon." sahutnya. Ustaz Zaquan sekali lagi mengangguk.

Tapi disebalik perbualan itu, Natasya sudah dari awal terdengar sejak nama Darisha keluar dari mulut bapa mertuanya.

Otaknya semakin terhasut dengan banyak pemikiran negatif. Tetapi di tolak sebaik mungkin kerana dia percaya dengan suaminya itu.

Setelah lama berdiam, Natasya mengambil nafas dalam dan menghembusnya kasar. Dia cuba menenangkan hatinya walau hakikat banyak persoalan yang bermain di fikiran.

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk perlahan tanpa berniat untuk masuk ke dalam. Ini membuatkan dua insan yang di dalam itu menghentikan perbualan mereka.

"Ayah, abang. Umi panggil dekat bawah makan." ujar Natasya menyampaikan pesanan dari Puan Aaira.

Zafriel keluar terlebih dahulu. Terus senyuman manis yang Natasya tayangkan pada suaminya soalah tiada apa-apa.

Tanpa melengahkan masa pasangan sejoli ini turun dengan berpegangnya tangan ke bawah membuatkan Zafran yang menjadi nyamuk di belakang hanya mampu bersabar.

"Umi masak apa harini?" soal Zafran lalu mengampiri Puan Aaira yang menyusun pinggan di meja.

Kepala adiknya yang berdiri sedang membuat air sengaja dia letakkan tangan di atas memandang ketinggian Zafiera itu yang agak pendek.

Zafiera sempat menjeling abang sulungnya. Cawan kecil milik Zafiera diambil lalu dihirup air di dalam itu.

"Umi masak semua makanan favaurite koranglah. Nanti Ran dah kahwin umi masak makananan favourite memantu umi pula." Puan Aaira hanya berloyar buruk.

Zafran hampir saja tersedak.

"Umi ni tak pernah-pernah buka topik kahwin dekat Ran. Ni tiba buka pula? Nak ganti nenek ke?" soalnya juga hanya sekadar bermain-main.

Puan Aaira tertawa kecil. Tidak dinafikan dia juga tidak terlalu tahan dengan mulut mertuanya itu.

"Ran ni tak baik." katanya dan Zafran tersengih.

"Umi, kalau Fiera nak kahwin lepas SPM umi bagi tak?" bisiknya berharap hanya uminya sahaja yang mendengar.

Tetapi gadis itu lupa bahawa pendengaran abang ngah tajam. Zafriel tertawa kecil dengan pertanyaan adiknya itu.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now