"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯♤
♤
♤Pantai Bagan Lalang menjadi pilihan untuk satu keluarga besar Hans ini untuk beriadah meluangkan masa bersama. Mertua Zafriel juga turut ikut bersama. Bilangan mereka kira-kira dalam 20 orang dengan konvoi kereta dalam 6 buah
Ramai! Lagi ramai lagi meriah. Apatahlagi Puan Aaira dan juga Puan Elise Arin yang rapat semacam. Besan kan? Natasya memakai gaun pantai yang labuh bercorak bunga-bunga daisy yang kecil. Topi dan juga cermin mata hitam juga dipakai olehnya
Ini semua cadangan Budak Zafiera itu. Dia mahu mereka tiga sepupu matching. Nak buat Tik Tok dengan OOTD katanya. Anak muda! Zafriel hanya memerhatikan isterinya yang bersama dengan Zafiera
"Aku yang abang kandung kau ni dah tak layan ya Hani Zafiera?" gumamnya tersenyum kecil memandang gelagat adiknya. Sekilas bahunya terasa ditepuk oleh seseorang dari samping. Zafran
"Kau tengok apa? Healing? Hurm, tak akanlah healing" sakat Zafran lalu mengambil tempat untuk duduk di samping Zafriel yang duduk di dahan pokok yang tumbang itu
Dengan memakai kemeja pantai dan seluar slack berwarna khaki lalu dikenakan juga dengan cermin mata hitam. Tiga butang kemeja dibiarkan terbuka. Sampai menyerlahkan dada bidang yang menawan itu
Semut! Gigit dia! Siapa yang suruh dia hensem sangat ni!. Eh?
"Mana ada healing. Kau yang patut healing kut... Tu, kau tengok adik kau long, dia dah lupa abang dia sejak ada kakak ipar ni" adunya lalu menyuruh Zafran memandang ke arah dua wanita dan juga seorang gadis yang seronok sakan itu. Zafran mengukir senyuman yang manis. Dia bingkas bangun lalu Zafriel menahannya
"Long, kau nak pergi mana?" soalnya sambil menahan seluar kaki abangnya itu
"Aku nak ambilkan gambar adik akulah. Kau? Duduk sini kalau tak nak ikut" katanya lalu beredar. Zafriel terus membuat poker face
Aku pun adik kau!
Tengku Safiqe yang melihat tempat kosong di samping Zafriel lalu dia memutuskan diri untuk mengambil tempat dia sebelah jejaka itu. Dia mahu menyoal siasat adik iparnya layaknya seorang abang yang protektif. Tapi walaupun kadangnya sangatlah menjengkelkan
"Kau macam mana dengan Sya? Dia ada buat hal tak dengan kau?" soalnya tanpa basa-basi. Safiqe ini berterus terang orangnya. Eh?
"Uih... Okay aje. Dia isteri yang solehah, tak buat hal" dia memuji isterinya. Lega hati Safiqe. Bukan apa, kalau di rumah, Natasya lah terpaling buat hal
Tapi bukan dia ke? Erm... Member mana sedar kan?
"Bang, kau tahu tak anything pasal Calvin Arian?" tanpa segan silu Zafriel membuka topik mengenai Calvin. Mana tahu jika ada maklumat yang dia boleh terima?
"Kau dah tahulah ni?" Safiqe menyoal terlebih dahulu sebelum menyahut. Zafriel mengangguk
"Malangnya aku tak tahu apa-apa selain daripada Calvin itu adalah kawan baik kepada arwah Raft dulu. Sya dia tak nak bagitahu sesiapa masa dia dalam PTSD dulu. Kami tak mahu menekan dia akhirnya sampai sekarang kami tak pernah buka topik tu lagi" ujarnya. Zafriel mengerutkan kening setelah dia mendapatkan tahu sesuatu tentang Natasya

YOU ARE READING
[𝐂]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
Romance"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan di Korea. Di Malaysia niatnya ingin meneruskan minat sebagai pencinta motor t...