"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯♤
♤
♤Mata Natasya memandang Zafriel yang sedang terbaring tidak sedarkan diri. Perasaannya berbelah bagi.
Tiba-tiba dia terfikir akan apa yang Zafiera katakan padanya ketika mereka pulang ke kampung sewaktu menyambut ulang tahun Haji Rusdi dulu.
"Akak suka ke kahwin dengan abang Riel? Akak tahu tak yang abang Riel tu sayang... Sangat! Cinta... Sangat! Dekat akak? Dan dia akan buat apa-apa lebih dari jangkaan akak?"
Natasya angguk.
"Akak tahu dia sayang akak dan dari kitorang zaman universiti lagi? Maksud Fiera macam mana tu?"
"Oh, baguslah kalau akak percaya. Tapi jangan tinggal abang Riel tau. Dan jangan percaya dengan apa yang orang cakap pasal dia walau apapun yang jadi. Fiera nak balik dulu"
Natasya sedar dari memori lamanya. Dia mengambil nafas dalam. Lalu menghembusnya.
"Ya Natasya, suami kau tak khianati kau. Dua orang betina itu hanyalah rancangan Calvin!" dia memberikan semangat kepada dirinya dalam hati.
Kemudian kepala Natasya mendonggak dan memandang ke sekeliling bilik. Matanya tertancap pada lampu yang berkelip merah.
Ya, CCTV.
Matanya tajam mencerlung ke arah CCTV itu. Kemudian dia mendekatkan diri.
"You think you can ruin my marriage life? No way!" ujarnya.
Di samping itu, mata-mata yang memerhatikannya mengepalkan tangan. Rancangan mereka gagal!
"Kalau kau berani sangat, datanglah. Aku tak takut." gertak Natasya lagi. Dia sudah tidar boleh bersabar lagi dengan ancaman Calvin.
Lelaki itu tersenyum sinis. Kemudian dia memadang rakan sekutunya yang berada di sebelahnya.
"I think this is the time to show?" Calvin bersuara pada rakan sekutunya.
"I guess so." sahutnya kemudian mereka turun ke bilik di mana Zafriel dan Natasya berada.
Tidak sampai beberapa minit, dua sosok tinggi yang berpakaian serba hitam hitam serta bertopeng tengkorak muncul di balik pintu.
Hati Natasya sudah berdebar dikala dua sosok itu semakin menghampirinya. Ketinggian tidak jauh beza. Dapat Natasya teka hanya berbeza dalam 2 ke 3 cm.
Serentak sosok itu berjalan ke arahnya. Semakin mereka mendekat, semakin kerdil diri Natasya.
"Hi Erine." serentak dua perkataan itu terpancul dari mulut dua jejaka tinggi lampai itu. Sampai terdonggak sedikit Natasya memandang mereka.
Suara mereka.
Bentuk mereka.
Ketinggian mereka.
Memang hampri serupa dengan...
Raft Danial.
Air liur yang ditelan terasa kelat. Mereka berdua yang melihat reaksi Natasya yang jelas gugup itu tertawa jahat.
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
Casuale"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...