𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟒𝟔

179 8 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



Mata indah Natasya tidak berhenti melilau ke kiri dan juga kanan. Seketika dia merasa merinding kerana gambar dan juga maklumat tentang dirinya tidak terkira di dalam bilik rahsia milik Zafriel ini.

Gambar yang diambil bermula dari lebih kurang dalam lima tahun lepas hingga ke detik hari ini.

Zafriel memegang lengan Natasya lembut buat menghentikan lamunan isterinya itu yang entah ke mana perginya.

"I know kau akan fikir aku psycho but the fact is this is me. The one who obses with you." katanya dengan suara yang garau dan mampu membuatkan seorang Natasya merinding.

Natasya telan liur. Dia sedaya-upaya beriak bersahaja tetapi expresi tubuhnya berkata lain.

Dia menolak lembut tubuh Zafriel yang mendekatinya. Kemudian dia berjalan selangkah demi selangkah meneroka bilik itu.

Dia terpana dengan potret lukisan dirinya di canvas. Menawan sekali senyuman dicoret di situ.

"Abang upah siapa yang lukis ni? Cantik." komennya dengan nada suara yang ceria. Tiada lagi ketakutan.

"Upah? Hell no... Aku tak akan upah seseorang untuk lukis gambar kau."

Dahi Natasya berkerut pelik. Dia membalikkan semula badannya dan memandang Zafriel.

"Why?" soalnya.

"Sebab if aku upah orang untuk lukis, diorang akan jatuh cinta dengan senyuman kau. Jadi lebih baik aku belajar melukis dan buat sendiri." katanya dengan selamba. Natasya terlopong selepas mencerna perkataan Zafriel.

"What? Abang belajar melukis?"

Zafriel terus buat muka bangga. Konfiden itu penting!

"Yup... Ambil masa dua tahun juga aku pro." katanya.

"Wah... Tapi kan... Still cacat lukisan ni." seloroh Natasya. Zafriel yang tadinya bangga diri dan mendonggak ke atas sedikit terus memegang kedua bahu Natasya.

"Serious ke? Part mana yang cacat?" soalnya dengan sepantas kilat. Natasya tertawa.

"Yelah... Cacat sebab tak ada lukisan abang pun kat sini. Kita kahwin dah setengah tahun kot.."

Zafriel melepaskan pegangan di bahu Natasya.

"Kau ni.. Buat panik aku aje."

Natasya tersengih.

"Abang." panggilnya.

"Hm?" sahut Zafriel dengan lembut.

"Abang tak bosan ke jatuh cinta dengan orang macam Sya? Tak bosan ke hari-hari tengok muka Sya? Lepas tu tak bosan-"

"Tak! Tak akan pernah." pintasnya cepat.

"Mulut kau ni selalu cakap bukan-bukan. Kau jangan sampai aku..." percakapan digantung.

"Aku apa?" soal Natasya dengan polos.

"Aku..." Zafriel menapak semakin mendekat ke arah Natasya.

Hingga dapat Natasya rasakan belakang badannya terbentur lembut pada dinding.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now