"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯ɪ ᴡᴀɴɴᴀ ʙᴇ ʏᴏᴜʀs
♤
♤
♤Mereka berenam tiba di Langkawi untuk melaksanakan Trio Date. Begitu juga dengan Zafriel dan Natasya memenuhi kehendak orang tua untuk honeymoon dekat sana
"Dear kita dah sam-"
"Lah? Tidur? Lama-lama aku tengok isteri aku ni, geram je. Dahlah comel, pendek paras dagu" tutur Zafriel perlahan sambil memerhatikan Natasya sedang memeluk patung Ice Bear
Isteri aku ni, aku perhatikan kalau tidur tak peluk benda memang tak boleh lelap. Sebab tu kadang-kadang rasa geram nak naik katil peluk dia!
"Kalau aku keluar, bahaya dia duduk sini tidur sesorang. Tapi nanti lambat pula diorang yang lain tu tunggu"
Kemudian, Zafriel menjenguk ke arah luar tingkap dan melihat apa yang dibualkan dua pasangan
"Wah! Sampai juga kita dekat Pulau Langkawi. Sakit punggung aku dari tadi nonstop duduk" tutur Izwan sambil keluar dari kereta
"Yaya, biarlah I yang angkatkan. I tahu beg You mesti berat kan? Kenal sangat, beg You ni beg Doraemon. Apa-apa ada dalam tu" tawar Izwan. Walaupun tak kenal lama, tapi dia dah cukul masak dengan perangai tunang dia
Alya apa lagi, mestilah dia setuju sebab bagasi dia pun dah macam berat satu tan batu bata. Make-up, kasut, baju, beg, makanan ringan and more. Sampaikan sudu garfu dengan pencuci pinggan pun dia bawak sekali. Persediaan...
Aniq yang tak mahu kalah sweet, dia memalingkan kepala ke arah Auni yang sedang mengangkut keluar bagasi dari kereta. Aniq dan Izwan datang satu kereta, begitu juga dengan Alya dan Auni.
Auni yang cukup alim tak ingin berdua-duaan dengan Aniq di dalam kereta walaupun tunang. Masih tak sah lagi kan? Jadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini, dia menolak untuk berdua dengan Aniq
Selama dating pun ada adik Auni yang temankan. Sangat-sangat menjaga batas dan nama baik yer Auni. Material Wife!
Alya dan Izwan pula? Izwan yang degil kalau orang nak teman-teman, katanya kacau daun. Jadi bila keluar, diorang keluar di tempat yang ramai orang nak naik kereta asing
"Nini, nak Aniq tolong apa-apa tak? Tolong Nini pergi hantar bagasi ni dekat pekerja ke? Or else?" Aniq bertanya lembut kepada Auni
"Tak apa lah, lagipun pekerja hotel ni dah ada datang sini. Tengok"
"Erm, okaylah. Kalau macam tu, nanti-nanti Nini ada benda yang diperlukan, panggil je Aniq"
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
De Todo"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...