"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯♤
♤
♤Sosok Darisha yang cuba melepaskan diri dipandang Natasya tidak percaya. Wanita itu mendekatkan dirinya pada Natasya. Keadaannya sama juga seperti Natasya.
Kedua-dua mereka bergelut untuk mendekati satu sama lain hinggalah sampai lebih kurang 5 minit masa diambil, akhirnya dapat juga mengurangkan jarak di antara masing-masing.
Natasya mengisyaratkan Darisha agar membuka salotep yang menempel di mulut. Wanita itu faham lalu mengikut apa yang disyaratkan Nataysa.
Kemudian salotep milik Darisha pula Natasya buka.
"Macam mana Darisha boleh ada dekat sini?" soalnya dengan separa berbisik kerana khawatir ada orang mendengar di luar.
"Panjang cerita dia Sya. Sekarang awak tolong saya buka ikatan dekat belakang ni." katanya lalu memusingkan tubuhnya.
Tidak langsung Natasya kerjakan. sebaliknya dia meliarkan mata memandang topeng kulit yang iras dengan Isaac Choi.
Maka terungkaplah bahawa selama ini lelaki itu memalsukan identitinya mengunakan topeng. Dan yang paling menyeramkan adalah dia ada selalu di sekitar mereka.
Tetapi apa motif sebenarnya Raz bekerjasama dengan orang yang membunuh kembarnya sendiri?
Tidak lama, pintu bilik kedengaran dibuka menggunakan kunci dari luar membuatkan dua wanita itu panik.
Sudahlah belum sempat mahu berbuat apa-apa, manusia itu datang lebih awal. Seolah tahu-tahu saja.
Muncul sosok Calvin datang dengan wajah tegang manakala Raz dengan riak yang seakan mengejek dua wanita itu.
Calvin mengambil tempat di single sofa kemudian rokok dihidupkan sebelum disedut. Keluar kepulan asap tebal daripada mulut lelaki itu.
Raz pula berdiri di depan Darisha yang menekur ke lantai tidak mahu memandangnya. Dirinya sudah tertangkap.
"Why baby? Kenapa you macam takut dengan I aje?" soalnya. Dagu Darisha diangkat supaya mata wanita tu bertentangan dengannya.
Darisha tidak menyahut sebaliknya dia memalingkan wajahnya ke sisi. Tetapi semakin kuat cengkaman yang di terima.
"Dah tahu kan diri tu bersalah. Sebab tu you langsung tak nak bertentangan dengan I."
Natasya mengerutkan dahinya. Dia langsung tidak faham dengan apa yang Raz katakan. Bukankah hubungan dia dengan Darisha sebagai Isaac baik-baik sahaja sebelum ini?
Dagu Darisha yang dicengkam kemudian dilepaskan kasar oleh Raz. Dia memandang Natasya pula.
Calvin langsung tidak ambil peduli. Dia lebih memilih untuk menikmati rokok mahalnya itu.
"Dah berjam you ada dekat sini. Tapi suami you tak datang pun. Entah-entah dia saja nak lengahkan masa sebab malas nak cari you." ujarnya saja mahu memanipulasi fikiran Natasya.
Tangan jijiknya cuba membelai wajah Natasya tetapi wanita itu melarikan wajahnya.
Raz tersenyum sinis.
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
Random"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...