"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯♤
♤
♤"Abang!" jeritan kuat suara Natasya yang terdengar dari luar menyentakkan Puan Elise.
Niatnya mahu kebilik tetapi terdengar pula jeritan anak perempuannya itu. Dia berjalan di depan pintu kemudian mengetuk bilik anak menantunya itu.
"Sya? Riel? Kenapa tu?" soalnya dari luar.
Natasya yang mendengar mahu menjerit meminta tolong tetapi mulutnya ditekup oleh Zafriel.
"No way for you to run my dear honey." ujar Zafriel kemudian dia memusing kepalanya kebelakang.
"Oh... Mummy tadi Sya dia... Dia ternampak cicak!" Zafriel menyahut dari dalam dan terpaksa menipu ibu mertuanya. Natasya masih dikunci pergerakan olehnya.
"Oh... Okay, ada cicak mungkin sebab lama tak ada orang duduk bilik itu. Nanti kalau ada apa-apa, panggil mummy atau bibik terus okey?" kata Puan Elise dari luar bilik.
"Baik, mummy!"
Beberapa saat, suasana sunyi. Zafriel melepaskan tekupan pada mulut isterinya itu. Natasya cuba memberikan muka meminta belas kasihan.
"Abang..." serunya dengan lembut.
"No, hun. Kau dah cabar aku." tegas suaranya.
"Abang... Sya gurau aje." lembut suara memujuk. Muka Zafriel yang ketat dipandang lama.
"Fine." Zafriel mengalah kemudian dia baring semula di sisi tidak mahu menghadap Natasya.
Natasya tersenyum sinis. Dalam hati sudah tertawa jahat.
Jarinya perlahan berlari di atas lengan Zafriel.
"Merajuk ke Tuan Buayaku yang ucuk?" soalnya dengan mengusik pula telinga jejaka itu.
"Erine..." seru Zafriel dengan tegas.
"Betul ni abang merajuk? Tak menyesal?" soalnya lagi.
Halkum Zafriel sudah bergerak-gerak. Mata lelaki itu terpejam.
Dia membalikkan badannya menghadap isterinya yang nakal itu. Mata bertentangan dengan mata.
"There is no way to turn back, hun."
╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯Natasya meregangkan otot-ototnya yang terasa pegal. Terus dia ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Zafriel yang masih tertidur dipandang sekilas sebelum dia turun ke bawah. Masih ada masa sebelum masuk waktu subuh.
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
Random"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...