"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯♤
♤
♤Kerusi yang terbalut dengan kain satin berwarna merah ditarik oleh Zafriel supaya dapat Natasya labuhkan punggung di atasnya.
Senyuman tidak lekang di bibir jejaka itu. Begitu juga dengan Natasya yang juga tersenyum kerana tingkah suaminya itu.
Tambah lagi tampan sungguh suaminya itu malam ini yang memakai kemeja berlengan panjang yang dilipat ke paras siku berwarna putih.
Seluar slack hitam, jam tangan kulit berwarna biru tua dan tidak lupa dua butang teratas bajunya sengaja dibiarkan terbuka.
Argh! Handsome sungguh Tuan Buaya!
Terasa sesuai pula dengan gaun labuh putih yang Natasya kenakan.
Indah, keadaan sekeliling berserta dengan langit malam indah ciptaan Maha Esa diperhatikan Natasya.
Hanya mereka berdua saja bertemankan dengan angin yang berpuput dan lagu yang menenangkan jiwa.
Lama waktu bersilih-ganti tetapi tidak ada satu percakapan pun daripada kedua pasangan sejoli ini hinggalah Zafriel yang mengambil keputusan untuk memecahkan keheningan.
"Kenapa kau pandang aku macam ini? Tak nak makan ke?" soal jejaka itu dengan sebelah alisnya terangkat.
"Em.. Tak, Sya cuma terfikir. Abang ke rancang semua benda ni?"
Zafriel tertawa kecil.
"Semestinya akulah yang buat,"
"Kenapa? Kau terharu sangat ke sampai tak tahu nak cakap apa? Hm? My dear?"
"Ih... Abang ni. Confident lebih kan?" Natasya menepis sangkaan seratus-peratus salah Zafriel.
"Mestilah. Aku kan Hans Zafriel." ujarnya dengan berbangga diri.
Natasya tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.
"Iyalah." dia mengiyakan lalu menyuap speghetti yang terhidang.
"Sedap bukan?" soal Zafriel saat melihat Natasya cukup menikmati makan malamnya.
"Sedap, sedap." sahut Natasya membuatkan Zafriel tersenyum lega.
╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯Setelah berborak panjang mengimbau kenangan lama dan perjalanan suka duka kisah perjodohan mereka, akhirnya Zafriel bangkit dari duduknya.
Perkara itu tentunya membuatkan Natasya pelik dengan tindakan suaminya itu.
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
Random"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...