𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟑𝟔

174 10 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



Natasya, Zafiera dan Mia berada di dapur untuk memulakan aktiviti memasak mereka. Alang-alang sudah menjelang petang, mereka bertiga bercadang untuk membuat cucur pisang. Villa Hans ni memang sentiasa ada pisang. Sebabnya keluarga ni memang gemar makan pisang

Sebab itulah perangai Zafriel ni serupa monyet. Eh?

"Kak Sya, Abang Zaf suka cucur ni. Dulu kalau zaman dia belum kahwin kalau boleh hari-hari abang minta umi buatkan" Zafiera membuka topik sambil mengupas kulit pisang menggunakan pisau

Kulit pisang melekat dekat pisang tu!

"Ya?"

Tiba-tiba Natasya terbayangkan Zafriel terlompat-lompat meminta dibuatkan cucur. Tidak ubah seperti monyet

Mama kami sudah pulang mana janjinya? Cucur pisang goreng yang enak. Eh?

"Hi" sapa seseorang dari belakang yang baru masuk ke dapur

Lantas mereka bertiga yang lain menoleh ke arah sumber suara tersebut. Darisha. Natasya cuma tersenyum tipis pada Darisha. Daripada tidak balas langsung? Nanti ada yang kena cop sombong

"Kak Darisha turun pun. Ingat nak duduk aje dalam bilik itu" kata Fiera dengan cukup perlahan tapi masih lagi boleh didengari oleh mereka semua yang berada di dapur itu. Bukan apa, awal daripada datang sini Si Darisha tidak keluar bilik. Tak manis apabila semua orang berkumpul di bawah dan hanya dia seorang aje di atas

Darisha tidak membalas apa-apa sebaliknya dia duduk mengahadap mereka bertiga di meja dapur. Tak tahu nak tolong apa kerana tugasan sudah diambil masing-masing. Akhirnya bunyi notifikasi daripada telefonnya menyentakkan Darisha dan membalas mesej dari buah hatinya. Natasya mengerling sekilas pada Darisha sebelum dia fokus kembali pada kerjanya

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

Pisang goreng dan juga air dihidangkan di atas meja yang berada di ruang tamu. Baru saja mahu pergi semula ke dapur untuk mengemas barang di sana, lengan Natasya sudah ditarik oleh Zafriel yang menyebab wanita itu terduduk di riba lelaki itu beberapa saat sebelum dia bangun kembali lalu pantas menampar dada bidang jejaka itu. Gatal!

Zafriel mengaduh sakit akibat terkena tamparan Natasya tadi. Nasib baiklah tiada yang melihat aksi mereka itu. Kalau tidak sudah pasti menjadi bualan keluarga besar itu. Natasya memandang ke arah Zafriel yang tersengih kerang busuk memandangnya. Natasya menjeling suaminya itu lalu dia mendekati Puan Aaira

Pandang-pandang! Ada yang kena lepuk nanti kang!

"Ibu, Sya naik atas dulu nak kemas baju" pamit Natasya pada ibu mertuanya. Takut kalau-kalau orang tua itu tercari dimana dia berada. Puan Aaira mengangguk dan tersenyum manis pada menantunya satu-satunya itu

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now