"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯♤
♤
♤Natasya merenung nota yang dia terima di Korea minggu lepas. Banyak persoalan yang bermain di benak fikirannya semenjak hari kejadian.
Akhirnya dia mengeluh dan keluar dari bilik. Dia mengambil keputusan untuk ke dapur memandangkan Zafriel akan pulang tidak lama lagi.
"Hm... Kita nak masak apa ya hari ini?" soalnya pada diri sendiri.
Kemudian otaknya terimbas apa yang dikatakan oleh ibu mertuanya sewaktu di Kedah beberapa bulan lepas.
"Kita buat ayam masak merahlah." katanya dengan semangat dan mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan.
"Let's go! Bismillah..."
╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯pukul tujuh malam Land Rover milik Zafriel terparkir dengan sempurna di halaman rumahnya. Lelaki itu mematikan enjinnya dan meregangkan ototnya pula selepas itu.
Dia keluar daripada kereta dan memberikan salam buat isterinya. Tidak sampai satu minit pintu rumah dibuka dan dia disambut dengan senyuman lebar.
"Waalaikumusalam." sahut Natasya sambil menyalam tangan suaminya.
Beg kerja diambil dan diletakkan di atas sofa. Masuk aje ke dalam rumah Zafriel tercium bau lauk kegemarannya.
"Hm... Macam sedap aje." komennya memandang isterinya itu.
"Mestilah, kan isteri Hans Zafriel yang masak." menyempat Natasya mengangkat bakul sendiri.
Maklum, belajar dari suami sendiri... Awaknya tak ada. Eh?
"Jom makan, Sya dah sediakan semua untuk abang,"
"Lagipun mesti abang penat. Sebab itulah balik lewat. Kan?"
Zafriel tersenyum dan mengangguk tanda mengiyakan apa yang dikatakan oleh isterinya.
Pasangan itu terus menuju ke meja makan. Meskipun berdua, suasana meja makan tetap harmonis dengan saling berbalas gelak tawa dan gurau senda.
╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯Losyen badan disapu Natasya pada tangannya. Terus kembang senyuman Natasya saat terasa kulitnya yang mulus.
Siapa aje yang tidak suka kulitnya mulus? Terlebih lagi apabila si suami juga suka. Hehe!
"Hesy... Manalah abang ni? Dah pukul sepuluh lebih dah ni tak masuk bilik,"
"Apa yang banyak sangat kerja dia tu?" rungut Natasya.
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
Random"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...