"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯ᴘʀᴏᴛᴇᴄᴛᴏʀ
♤
♤
♤Sekarang Natasya baru aje selesai makan malam yang dimasak oleh Natasya petang tadi. Natasya yang dilarang oleh zafriel untuk melakukan kerja rumah kecuali memasak disuruh Zafriel untuk naik ke atas. Manakala zafriel pula yang mengemas meja dan mencuci pinggan. Bagi Zafriel, Natasya hanya layak menjadi pemaisuri di dalam rumahnya ini
So,so material husband!
Oleh itu, dia sanggup mengupah pembantu rumah harian yang akan datang ke rumah mereka seawal 8 pagi dan pulang 5 petang untuk mengemas dan melakukan apa yang patut. Tidak lupa juga ada pengawal yang berjaga di sekitar rumah tanpa pengetahuan Natasya. Dia tidak mahu isteri itu berasa kurang selesa dengan para pengawal. Ini selepas kejadian Natasya di gelanggang badminton seminggu yang lepas, Zafriel mengerahkan seramai lebih kurang 20 orang pengawal untuk berjaga-jaga
Bukan setakat itu sahaja, sepanjang mereka berada di rumah Ustaz Zaquan tempoh hari. Zafriel mengarah orang supaya memasang CCTV di setiap sudut rumahnya termasuk di dalam bilik dan tandas. Cuma untuk privasi Natasya, CCTV di dalam tandas itu akan di off nya. Semua yang dilakukan oleh jejaka itu tanpa pengetahuan Natasya. Dan yang pasti juga Natasya belum tahu lagi rahsia terbesar Keluarga Hans
Seusai zafriel mencuci pinggan, dia bergegas ke biliknya untuk bersiap menemui sahabatnya seperti yang dijanjikan siang tadi. Masuk sahaja di dalam bilik tidurnya dengan Natasya, susuk Natasya yang sedang mengaji ditangkap oleh anak matanya. Suara isterinya yang sedang mengaji diteliti betapa merdunya. Dia duduk di birai katil untuk menunggu isterinya iu selesai mengaji kerana dia ingin mempamitkan dirinya pada isteri tercintanya
Beberapa minit kemudian, Natasya selesai mengaji dan menyimpan kembali Al-Quran yang menjadi mas kahwinnya dengan Zafriel 4 bulan yang lalu. Natasya memandang ke arah Zafriel yang termenung. Dia binggung dengan suaminya itu
"Tuan?" dia melambai-lambai tangan mungilnya di hadapan wajah kacak Zafriel
"Sedap suara kau mengaji dear" pujinya padahal ini bukanlah kali pertama dia mendengarnya. Sebelum ini Zafriel ada mendengarnya tapi di bilik sebelah. Ini kerana Natasya malu untuk memperlihatkan dirinya pada Zafriel ketika mengaji. Macam-macamlah ulah isterinya ini
"Dear, start from tomorrow until forever... Aku nak kita mengaji sama-sama lepas makan. No Excuse melainkan kau haid. Understood?" ujarnya sambil memandang Natasya. Natasya tersenyum lalu mengangguk
Kemudian Zafriel bangun dari katil lalu berjalan ke arah almari pakaiannya dan mengambil T-shirt putih tiada corak dan jaket kulit berwarna hitam. T-shirt polos berwarna hitamnya dibuka dihadapan Natasya, secara automtik Natasya melarikan pandangannya
"Ish dia ni, kut ya pun nak tukar baju janganlah buka dekat depan orang" gumam Natasya yang hanya dapat didengari olehnya. Selama mereka berkahwin, tidak pernah sekalipun dia berani memandang tubuh lelaki itu meski yang disajikan itu tidak haram. Entah lelaki itu berotot atau tak pun dia tidak tahu dan tidak mahu tahu. Pelik sungguh!
"Kau kenapa tunduk dear?" soal Zafriel hairan dengan Natasya yang tertunduk sambil kaki panjangnya menapak ke arah meja yang menempatkan jam tangannya. Natasya terdongak
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
Random"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...