"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯♤
♤
♤"ABANG!" Natasya berlari ke arah suaminya yang sedang mengerang kesakitan akibat daripada peluru yang menembusinya
"Abang" panggil Natasya sekali lagi dikala dia sudahpun duduk melutut memegang bahu suaminya. Jarinya bergetar saat dia menyentuh bahu Zafriel yang berdarah
"Sakit hun" lirih jejaka itu membuatkan air mata bertakung di pelupuk mata cantik Natasya
"Abang. Kita pergi hospital sekarang" rayunya dengan mengangkat lengan suaminya itu namun ditegah oleh Zafriel
"Jaga diri kau hun. Aku mungkin dah tak lam-"
PAP!
Bahu Zafriel ditampar kuat hingga dahi jejaka itu tambah lagi berkerut
"Abang! Jangan bergurau macam ni! Tak lawak tau!" katanya. Mulut memang garang tapi tidak dengan air matanya yang mengalir laju
Zafriel tayang senyuman dan mengusap pipi mulus isterinya sayang dan menyeka air mata yang membanjiri pipi cantik itu.
Dia mendudukan dirinya menghadap wajah Natasya yang sembab. Jari jemari runcing dipegang dan disulam dengan jarinya yang berurat
"Aku cakap benda real hun. Mungkin keadaan kita dari hari demi hari akan jadi lebih bahaya. Jadi kalau benda ni terjadi nanti, sekurang-kurangnya aku dah pernah berpesan dengan kau" katanya lembut
"Don't cry sayang. Setakat peluru tembus di bahu Helang, sebelum ni lebih daripada itu yang dia pernah kena. Kau kena bersiap sedia awal untuk mental kau"
"Abang janganlah cakap macam tu"
"Aww, hun... Sayang juga kau dekat aku ya?" rambut wanita itu diusap
"Walaupun sekarang mungkin aku tengah prank, but not in future. Dah, tolong aku pergi bilik rawatan" arahnya. Natasya mengangguk
"Eh... Sya nak tukar baju dulu. Abang tunggu sekejap" ujarnya. Zafriel mengangguk dan dengan segera Natasya bangkit untuk menukar baju
Zafriel memegang bahunya yang pedih dan menekan luka itu agar darahnya tidak terlalu banyak mengalir keluar. Wajahnya semakin pucat
╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯Bergetar tangan Natasya apabila dia sendiri menyaksikan bagaimana Zafriel dirawat dangan dibedah di depan matanya. Mereka tidak pergi ke hospital luar tetapi bilik rawatan yang ada di markas Oragon itu
"Aku dah suruh kau keluar kan huh? Kenapa degil sangat ni?" ujar Zafriel sambil menahan rasa sakit. Doktor itu sedang berusaha untuk mengeluarkan peluru dari bahunya
"Abang diam!" marah Natasya membuatkan Zafriel tergelak kecil
Sempat lagi marah
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
Random"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...