"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯♤
♤
♤Zafriel memeluk Natasya yang sudah menangis berceritakan tentang kisah silamnya yang kembali datang menghantu. Zafriel tidak lagi sanggup mendengar cerita wanita itu. Hatinya sakit. Tetapi bukan kerana apa yang terjadi pada Natasya. Namun dia sakit hati kerana perbuatan Calvin terhadap Natasya
Mata Zafriel terpancang dengan dendam yang membara. Mata helangnya menikam tajam bayang wajah Calvin Arian di hadapan. Bukan dia tidak kenal siapa Calvin Arian tu memandangkan mereka sama tempat pengajian dulu
Tangannya dia bawa untuk mengusap rambut Natasya. Dia menangkup kedua belah pipi Natasya supaya mata wanita itu memandang ke arahnya. Zafriel tersenyum
"It's okay dear, kau still sunflower aku" katanya. Jari wanita itu pula yang dia genggam dan diletakkan di atas ribanya
"Abang" panggil Natasya dengan lembut sekali lalu menyentakkan Zafriel. Suara wanita itu lembut sekali apabila dia mengeluarkan satu perkataan itu tanpa rasa ragu atau sangsi. Zafriel terkedu. Dia memandang Natasya
"Sekarang abang dah tahu saya bukanlah wanita sesuci seperti yang abang nampak. Abang akan tinggalkan saya?" soal Natasya dengan pandangan mata polos pada jejaka itu
Zafriel seolah tidak dapat mencerna apa yang Natasya katakan. Hatinya marah, sakit dan sedikit kecewa apabila Natasya berkata begitu. How could she say like that to me?
"Jika kau menganggap aku demikian, jadi dengarlah baik-baik tentang apa yang aku akan keluarkan daripada mulut aku. Akuta akan ulang semula" katanya serius. Tiada riak di wajahnya
"Semua benda yang terjadi Tuhan ada perancangannya sendiri. Biarlah sekotor atau sehina mana isteri aku ni dulu. Kalau dia adalah Erine Natasya Kim binti Safie Nazzuan milik mutlak selamanya Hans Zafriel, aku tak akan tinggalkan atau buang dia. Aku mencintai kau bukan kerana nafsu semata-mata. Tapi kerana aku mendapat tahu jawapan yang disampaikan oleh-Nya dia setiap solat aku..."
Zafriel terhenti setelah dia berkata panjang lebar. Seiring dengan itu, Natasya menanti jawapan Zafriel dengan hati yang berdebar
"Kau adalah bidadari darpada-Nya yang telah dikurniakan kepada aku. Buktinya, daripada pertama kali aku jatuh cinta pada kau. Nama kau tidak pernah terlepas sekalipun dalam setiap doa aku dan juga solat aku. Meskipun aku ditolak oleh kau, hati aku tetap didiri teguh oleh-Nya. Rasa putus asa bukan tidak pernah aku rasa. Namun aku bangkit dan meminta petunjuk daripadanya. Jawapan yang sama. Sama ada cepat atau lambat"
"I just wanna be yours forever" katanya dengan memegang kedua belah bahu Natasya. Dia menikam dalam mata Natasya sampaikan Natasya sendiri dapat rasa cinta yang mendalam itu
Diam
"Hans Zafriel milik Erine Natasya" akhirnya Natasya membuka suara. Zafriel mengeluh lalu mengangguk
"Yes! My shiny sunflower, dear honey milik Hans Zafriel. Dan sayang milik Helang. Tiada yang berubah kecuali bukan atas izin-Nya" tulus. Sangat tulus kedengaran semua bait bicara jejaka itu
YOU ARE READING
[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀
De Todo"𝐻𝑖𝑠 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑒𝑟 𝑡ℎ𝑎𝑛 𝐴𝑡𝑙𝑎𝑛𝑡𝑖𝑐" 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐞 𝐍𝐚𝐭𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐊𝐢𝐦 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐍𝐚𝐳𝐳𝐮𝐚𝐧, gadis kacukan Korea Selatan yang sudah bosan dikawal oleh keluarganya juga ingin menjauhi diri daripada makcik-makcik yang...