"Elisya ! awak ok ke tak ?" Soal Ariff. Aku menganguk kepalaku. Tapi hati berkata tidak
"Shit ! Banyaknya luka.." Kata Ariff, aku kembali menundukkan kepalaku. Tak nak dia tengok luka luka yang ada kat muka aku
"Sya..awak ikut aku balik je lah" sambungnya. Aku menggeleng kepalaku. Aku tak nak orang lain tahu kondisi aku sekarang ! Aku tak nak buat Aiman nampak jahat
"Kak..akak masih lagi nak bela lelaki banjingan tu ke ? Akak tak nampak ke apa dia buat kat akak ?" Kata Hanan. Mataku terus membulat. Macam tak percaya aje Hanan kata abang dia lelaki banjingan
"Hanan..tak baik cakap macam tu..dia masih lagi abang Hanan" Balasku. Hanan memandang tepat kedalam mataku yang berwarna coklat muda. Aku tak ada mix apa apa. Jadi mata aku warna coklat aje lah
"Hanan tahu akak terseksa duduk sana..akak duduk aje lah dengan Hanan" Ujarnya lagi. Tiba tiba Aiman datang kearah kami
""Kau ikut aku sekarang ! siapa yang kasi kau keluar?" Kata Aiman sambil menarik tanganku. Aku sudah mencuba untuk melepaskan tangan aku daru genggamannya, tapi aku ni perempuan. Kudrat aku tak sekuat lelaki
"Lepaskan tangan kotor kau dari dia !" Kata Ariff. Dia memegang tangan Aiman
"Kau siapa nak halang aku ? Dia isteri aku ! Dia hak aku !" Balas Aiman sebelum dia melepaskan tangannya dari dipegang oleh Ariff
"Isteri? Hak? Kau merepek apa ni? Kau layan dia macam binatang. Kau cakap dia hak kau? Kau jangan buat lawak lah Aiman. Sekarang ni aku dah tak ada rasa hormat kat kau. Orang macam kau tak layak dihormati" Ujar Ariff. Aku tak pernah tengok Ariff marah sampai macam ni sekali
"Pandai lah aku uruskan urusan rumah tangga aku. Orang macam korang takkan faham. Korang tak ada kat tempat aku." Aiman membawa ku pergi dari situ
Selepas sudah pergi jauh dari mereka. Dia menolak tubuhku sampai lah rapat di dinding
"Kau jangan ingat aku pergi sini amik kau sebab aku risaukan kau ! Aku pergi sini amik kau balik, sebab aku takut diorang bawak kau jumpa mommy !" Ujarnya. Dia berdiri betul betul di hadapanku. Nak aje aku tolak dia kebelakang sikit ! Tak selesa kalau rapat rapat sangat
"kau tu perempuan kotor ! lelaki mana aje yang nak perempuan macam kau ! jalang !" Sambungnya. Tanpa aku sedar air mataku turun dengan sendirinya
"Saya tak minta pun semua benda ni..awak ingat saya nak ke kena rogol ? Sedapnya mulut awak bercakap" balasku. Dia menghadiahkan aku senyuman sinis
"Kau nangis banyak mana pun aku tak kesah lah perempuan ! Air mata kau tu bukannya berharga pun !" Dia terus berjalan meninggalkan aku
"Saya tak suruh pun awak kesah kan saya. Saya..cuma nak awak layan saya seperti manusia yang ada hati. Tolong lah Aiman. Buka lah mata awak. Kenapa awak nampak saya ni Hina sangat? Apa yang saya dah buat kat awak?"
"Baik kau diam. Aku tak akan kesahkan kau. Kalau kau bagi aku karangan sekali pun. Aku takkan kesah. Perempuan macam kau ni. Darjat dia bawah tapak kaki aku je.
"Apalah nasib aku kahwin dengan orang otak senget.." Kataku sendirian. Selepas kata begitu aku terus melihat sekeliling. Fuh, nasib takde Hans. Lega hati ni. Tiba tiba satu notification keluar di skrin telephoneku
Ting.
"Siapa yang kau kata otak senget ?"
-??"Hah ? Ni siapa ? Ey jangan suka suka nak chat nombor saya eh ! Ni siapa ?!"
-Elisya"Aku siapa ? Takkan lah suami sendiri pun tak kenal ?"
-??"Suami ? Bila masa saya ada suami ? Maaf, encik salah nombor ni..saya single"
-Elisya"Patutlah senang jadi mangsa, ada suami cakap diri single. Murah"
-??"Iye lah, masalah sekarang ni, awak anggap saya isteri ke ?"
-Elisya"Never. Tak mungkin."
-??"Kalau macam tu jangan chat nombor saya sesuka hati !"
-Elisya*Block
"Dia ingat aku ni lemah sangat ke ? Cih ! Nyenyenye, murah,murah,murah ! Dia ingat dia mahal sangat ke ? Girlfriend pun tak cukup kain !" Kataku sendirian. Tanpa aku sedar Hans sedang mendengar percakapan ku
Tiba tiba aku terdengar suara orang berjalan dari belakang. Terus aku memusingkan badanku. Hans ke ? Ke hantu ? Jangan main main ! Aku ni dah lah penakut !
"Hans ! Awak ke tu ?" Soalku ketakutan. Tak ada jawapan. Astagfirullah اللهوما باريكلانا فيمانرازاكتانا واكينا ازابانار. Aku terus kembali memandang ke hadapan
"Baa !" Kata Aiman yang tiba tiba berada dihadapanku. Sikit lagi nak terjatuh ! Nasib baik dia sambut tangan aku
"Awak ni kenapa ? Dah gila ke ? Jangan kacau saya ! Pergi !" Kataku. Sekali lagi dia menggenggam tanganku. Auch ! Pedih
"Kau ingat aku tak dengar apa yang kau cakap tadi ? Cih !" Dia membaling tanganku. Aku terus memegang tempat yang digenggam. Sakit..
"Kau pergi masuk tidur sekarang ! Ni rumah aku ! Jangan kau buat suka hati mak bapak kau aje !" Aku terus berjalan meninggalkan tempat itu. Malas nak bertengkar dengan dia !
"Eh sekejap." Dia menarik lenganku
"Apa lagi?!" Soalku dengan nada yang agak tinggi dan kasar.
"Pergi buat kan aku kopi" Ucapnya. Langsung tak terkesan dengan nada kekerasan aku
Langkah di atur kedapur. Mug yang bergambar angry bird terus dicapai. Ha! Sesuai dengan muka Aiman yang macam jantan period!
Tanpa membuang masa aku terus membuatkan air untuknya
Bersambung..
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
De TodoSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...