"Awak, Bangun. Solat subuh" aku menggoncangkan lengan Aiman dengan perlahan. Berharap agar dia membuka matanya
"Hm?" Dia kini meletakkan wajahnya dibahuku
"Bangun..pergi solat. Dah lambat. Jangan lambat lambatkan solat" Ujarku sekali lagi. Aiman perlahan lahan membuka matanya
"Sekarang pukul berapa?" Matanya kembali dipejam
"6:20. Pergilah solat" Balasku sambil menolak bahu Aiman dengan perlahan.
"Sekejap lah.." dia kembali meletakkan wajahnya dibahuku. Mata dipejam rapat.
"Habis waktu nanti..awak solat lah dulu, lepastu baru tidur balik" Ujarku sekali lagi
Dia menghela nafas panjang sebelum dia bangun dari katil lalu bergerak ke kamar mandi
Tiga minit aku tunggu kat katil. Dia masih belum keluar dari bilik air. Entah apa yang dia buat aku pun tak tahu. Aku terus berjalan kehadapan pintu bilik air sebelum aku ketuk pintu itu
"Man? Buat apa lama lama tu? Mandi ke apa?" Pintu diketuk beberapa kali. Masih diam. Tiada satupun suara
Disebabkan rasa risau. Aku buat keputusan untuk membuka pintu itu sendiri. Air liur diteguk sebelum pintu dibuka
Aku mencari kelibat Aiman. Kosong. Tak ada orang. Pintu dibuka lebih luas
"Auch" Kedengaran suara dari belakang pintu. Aku melihat kearah belakang pintu Dan melihat Aiman sedang duduk disitu. Mata perlahan lahan dibuka
"Ya Allah! Awak buat apa dekat belakang pintu ni? Dah biul ke apa?" Soalku. Dia menggaru kepalanya
"Penat lah" Balasnya ringkas sebelum mata kembali dipejam
"Ni..dah ke solat belum?" Sekali lagi aku menyoal. Tiada balasan dari dia
Aku mencubit lengannya dengan perlahan
"Auch!" Dia terus membuka matanya sebelum melihat kearahku
"Sya tanya ni. Dah solat ke belum? Awak tahu tak apa hukum tinggalkan solat? Awak nak masuk neraka ke?" Bebelku. Aiman terus bangun
"Ye..nak solat lah ni" dia berjalan kearah paip untuk mengambil wudhuk
Aku terus keluar daripada bilik air itu. Aku berjalan kearah katil
Beberapa minit kemudian Aiman keluar daripada bilik air dengan baju yang basah. Nak marah. Tapi kena sabarr
"Astagfirullah..mandi ke?" Soalku. Aiman terus membentang sejadah dihadapan ya
"Jangan kacau orang nak solat" balasnya. Aku hanya tergelak kecil sebelum kembali diam
"Kacaknya suami sya ni..awak tak penat ke hari hari buat saya tergoda macam ni?" Satu tawa kecil dilepaskan. Aiman menjulingkan matanya keatas
"Aku siku kan kau karang.." Balasnya
"Eleh. jual mahal. Dah, pergi solat. Nanti lambat pulak"
Aku memejamkan mata manakala Aiman mula menunaikan solat subuh
"Sya" mataku masih terpejam rapat
"Tengku Elisya Amani." Dengar saja nama penuh disebut. Mataku perlahan lahan dibuka
"Hmm? Kenapa?" Soalku. Aiman hanya melihat kearahku dengan pandangan kosong
"Dah pagi, takkan kau nak tidur sampai esok kut? Baik mati je" Balas Aiman sebelum bangun dari katil
"Suka hati saya lah nak tidur sampai bila. Awak nak apa bising bising ni?" Sekali lagi aku menyoal. Geram bila orang kacau aku tidur
"Pergi lah bangun. Masak. Kau nak bagi laki kau mati kebulur ke?" Ujarnya
Nak makan baru dia gelar dia suami aku
"Pi lah suruh Aleesya tu masak. Jangan kacau saya" mata kembali dipejam
"Aku ketuk kepala kau karang!" Balas Aiman. Dia kembali jalan kearahku
"Man. Saya nak rehat sekejap..awak jangan lah kacau saya!"
"Bangun lah. Kita dah nak balik. Kau tidur memang aku tinggalkan kau" Ucapan Aiman membuatkan mataku terbuka luas
"Huarghh..nak mandi. Tepi sikit" Aku bangun dari katil sebelum mencapai tuala yang tergantung di almari
"Eh tak ada tak ada, aku mandi dulu. Kau pergi lah buat breakfast ke apa dulu" Dia mencapai tuala dari tanganku sebelum berjalan menuju kebilik air
"Nasib laki sendiri..kalau tak memang aku hempuk pakai batu bata" aku membetulkan tudung yang dipakai. Sejak aku kahwin dengan Aiman. Memang tak pernah cabut tudung ni
Kaki diatur keluar bilik. Pintu ditutup rapat sebelum aku turun dari tangga
Sedapnya bau..Bau itu datang dari dapur. Terus aku berjalan kesana
"Ibu? Ibu masak apa?" Aku mendekati sosok ibuku yang sedang memasak
"Masak bihun goreng je. Awal bangun?" Soalnya. Aku tersenyum seperti kerang busuk
"Saja nak tolong ibu masak..ibu nak sya tolong apa apa ke?" Balasku ringkas
"Kamu boleh tolong apa je?"
"Masak air boleh" dia menjulingkan matanya keatas saat mendengar jawapanku
"Pergi lah..buatkan air teh" kepala diangguk sebelum aku mengambil sebuah teko yang tersusun diatas meja
Aku terus membuat air teh yang disuruh oleh ibu. Setelah selesai membuat air. Aku kembali naik keatas
Pintu bilik diketuk sebelum dibuka dari luar. Aku melihat Aiman sedang berbaring diatas katil sambil memegang telephone miliknya
"Man. Sarapan dah siap, awak pergi lah makan. Saya nak mandi sekejap" ujarku. Tuala di ambil sebelum melangkah masuk kedalam bilik air
Baru berapa saat aku masuk kedalam bilik air. Pintu diketuk dari luar
TOK TOK TOK
"Sabar!" Tudung kembali di sarungkan dikepala sebelum membuka pintu itu
"Ye nak apa?" Aku membuka pintu itu Dan melihat sosok tubuh Aiman.
"Tak nak breakfast dulu ke?" Soalnya. Suara masih dengan nada tegas
Kepala digeleng beberapa kali sebelum aku kembali mengeluarkan suara "awak breakfast lah dulu, saya nak mandi sekejap"
Pintu bilik air kembali ditutup
Bersambung..
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
RandomSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...