Asap rokok dihembus ke udara. Denis meraup wajahnya dengan kasar. Rambut serabainya ditolak kebelakang agar tidak terkena pada wajah. Lamunannya terhenti apabila dia menyedari seseorang sedang berjalan menghampirinya.
"Denis,kau ok tak ni? Aku risau tengok kau. Macam makin tak teratur je hidup" Soal Aiman sambil mencapai bantal bantal yang berteraburan di lantai.
"Aku risau kan dia.." Balas Denis perlahan. Jelas jejaka ini takut kehilangan seseorang. Dia menekup wajahnya dengan kedua tapak tangan.
"Ucucucucu drama apa pagi pagi buta ni ,cintahku" soal Ariff selamba. Mukanya dipenuhi timun. Mendengar saja apa yang dikata Ariff, Aiman terus menepuk belakang tubuh adiknya.
"Diam lah sengal" Ujarnya kasar. Apalah nasib dapat adik terencat akal. Bisik isi hatinya. Dia meletakkan tapak tangan dimuka. Penat melayan perangai Ariff.
"Aku bagitahu Ica kau panggil aku sengal" dia mula berlari anak ke dapur. Baru saja Aiman ingin mengejar, langkahnya terhenti saat melihat sosok tubuh yang berdiri dihadapannya. Danial.
"Ah sudah, sekor lagi terlepas.." Dia melepaskan keluhan berat. Sungguh tidak sanggup untuk duduk didalam rumah ini lagi. Dia ingin keluar. Langkahnya mati apabila Danial menahan lengan sasa miliknya.
"Relax la bro, aku datang jauh jauh sebab nak tengok kau tau. Aku sanggup tinggalkan kekasih aku demi tengok muka kau yang tak seberapa tu" Danial mula mengusap usap pipi Aiman. Mengucap jejaka itu dibuatnya.
"Aku straight lah bodoh! Aku dah ada bini dah pun" Aiman menepis kasar tangan jejaka itu yang sedang mengusap pipinya. Tidak dapat ditahan lagi tawa Danial tersembur.
"Aku pun straight, aku dah ada kekasih hati dah pun. Kau jangan risau. Kalau aku gay sekali pun, mesti aku cari yang handsome. Takkan lah aku nak dekat lelaki muka jamban macam kau" Aiman menggenggam tangannya menjadi penumbuk. Kalau kena tumbuk siap siap jadi Danial penyek dia dekat sini.
"Suka hati you je cakap muka husband I macam jamban! Kalau muka dia macam jamban, tak adanya I kahwin dengan dia" Sampukku. Danial moneleh kearahku sebelum senyuman sinis mula terukir dibibir merahnya.
"Nial? Bila kau sampai?"Soal Ariff. Dia menepuk bahu Danial hingga jejaka itu menjerit kecil. Pandangan maut diberikan kepada Ariff.
"Entahlah, aku pun tak sedar bila aku sampai. Tup tup dalam rumah kau" Selamba Danial menjawap. Nampaknya perang akan bermula aku pantas melangkah kearah dapur.
"Cantik ek bini kau, makin lawa dia sekarang" Ujar Danial sambil tersenyum sinis. Aiman hanya diam. Diam diam dia sedang menyorokkan penumbuknya. Ni kalau sekali tumbuk ni.. jadi ayam penyek kau,Danial.
"Ye la,orang berbadan dua memang lawa bro. Tau la single, sibuk tengok bini orang pula" Balas Ariff. Suka hati aje tengok kakak ipar orang. Danial memutarkan bola matanya.
"Aku cakap dengan Aiman, bukan kau. Lagi pun siapa kata aku single? I dah ada girlfriend" Ucap Danial dengan nada bangga. Bangga? Sudah semestinya.
"Ha baguslah tu, bangga lah dengan pasangan haram kau tu. Aku tak kesah pun" Selamba Ariff berkata. Ariff jika Danial muncul, bagai anjing dan kucing. Mereka tidak pernah penat untuk bergaduh. Danial diam. Dia memuncungkan bibirnya lalu memeluk lengan sasa Denis.
"Ninis! Tengok Ariff! Dia ejek I!" Adu Danial manja. Dia melekapkan wajahnya dilengan sasa itu. Dengan kasar Denizs menarik lengannya.
"Kau jangan jadi pondan boleh? Geli geliman aku dibuatnya." Ucap Ariff. Danial menjelingnya sebelum tergelak sendiri.
"Kalau I pondan, you apa? Bapuk?" Soalnya sinis. Danial paling tidak suka akan jejaka bernama Hans Ariff. Bukan benci tapi annoying!
"Sedap mulut kau aje!" Ariff menggenggam tangannya dihadapan muka Danial. Bagi dia nampak yang Ariff sedang menahan emosi.
"Cayang mommy!" Ariff memeluk erat pingang si ibu yang sedang sibuk membaca majalah. Tersembur air kopi yang hampir ditelan oleh Sofie apabila Ariff dengan tiba tiba memeluk pinggangnya.Air kopi yang berada di muka dilap menggunakan baju si ibu. "Mommy kenapa? Mommy dah tak sayang rifrif ke? Kenapa mommy semburkan air kopi kat muka rifrif? Huwaaaa!" Ariff mula berpura pura mengesat air mata.
"Kenapa Ariff tiba tiba peluk mommy? Terkejut taw" Ucap si ibu. Ariff hanya balas dengan senyuman innocent nya. Dia melihat kedalam mata Sofie. Tidak muak merenung wajah cantik itu.
"Ariff rindu Erina.." Sofie terdiam buat seketika. Satu saat dia mendiamkan diri..dua saat, tiga, empat. Apabila dia cuba untuk buka mulut, Ariff pantas memotong.
"Tapi Ariff suka tengok Erina bahagia, Ariff tak nak amik dia dari Haris. Mommy jangan risau." Ujarnya pantas. Sofie mengangguk kepala tanda mengerti.
"Mommy, do you think I'm pregnant?" Sekali lagi air kopi yang baru disuap ke mulut tersembur pada wajah tampan milik Hans Ariff. Membulat mata Sofie apabila mendengar soalan itu.
"Why you ask stupid question Hans Ariff?!" Marah Sofie. Mengarut betul anaknya yang seorang ini. Pasti ikut perangai si ayah. Ariff mengusap perutnya.
"Perut Ariff nampak makin bulat" Ujarnya selamba. Aiman yang baru tiba menepuk kepala adiknya dari belakang. Bengong betul pergi Tanya soalan begitu pada ibu.
"Perut kau makin bulat sebab kau tak habis habis rembat makanan abang kau ni ha, bukan sebab pregnant ngek. Tak yah layan dia ni mommy, makin dibiar makin bodoh budak ni" Sampuk Aiman. Ariff menggosok belakang kepalanya.
"Ouch! Mommy! Aiman pukul I!" Adu Ariff. Dia meletakkan wajahnya di paha si ibu. Sofie perlahan lahan mengusap rambut serabai anaknya. Macam macam Hal budak dua orang ni.
"Aiman, kenapa pukul adik you macam tu? You nak adik you cacat ke? You nak otak adik you senget?" Muncung terus bibir Ariff. Dia menggangguk kepalanya tanda setuju dengan apa yang Sofie katakan.
"Sejak bila adik I normal?" Balas Aiman selamba. Nak tersembur tawanya melihat reaksi si adik. Ariff cuba untuk memukul Aiman tapi dengan pantas jejaka itu mengelak.
"Where is Elicaca??" Soal Ariff geram. Dia ingin mengadukan perbuatan keji Aiman terhadap dirinya. Kesian dia didera oleh abang sendiri.
"Who tf is that?"
"Your wife!"
"Berapa banyak nama kau nak bagi kat bini aku?! She is my wife not your wife! Kau hanya boleh panggil dia Elisya. No more baby, princess, Elicaca, sya, bunny or what ever!Muktamad!" Garang Aiman memberi amaran. Namun, Ariff langsung tidak mempedulikannya.
"So? Suka hati aku lah nak panggil akak ipar aku macam mana pun! Eleh jealous kee? Mesti dia lagi sayang aku dari kau, sebab tu kau jealous kan? Kan? Hahaha! This is Ariff, Everyone will fall in love with me!" Ucap Ariff sambil mengibaskan rambut pendeknya.
Bersambung..
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
De TodoSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...