Kuali yang berada di dapur diambil lalu diketuk pada kepala Ariff yang sedang dibuai lena. Dengan segera mata itu terbuka luas lalu dia melompat dari atas sofa. Muka bengang Hanan dipandang lama sebelum dia menyengetkan sedikit kepalanya. Pahal adik aku jadi gorilla petang petang ni?
"Kau dah kenapa, baby?" Nada suaranya ditahan agar kedengaran seperti menengking. Dia tahu adiknya seorang yang berhati tisu, pantang ditengking, pasti nangis. Malas ingin memejuk.
"Siapa yang teraburkan dapur?" Soal Hanan garang. Ariff menggaru kepala sebelum menunjuk kearah bilik Aiman. Melihat jari telunjuk Ariff pergi kesitu, Hanan kembali mengangkat kuali itu.
"Jangan tipu! Man mana ada dekat rumah!" Marah Hanan apabila abangnya kembarnya itu masih keras kepala. Ariff tersenyum seperti kerang busuk sebelum mengaku salanya. Dia hanya mampu menunduk pandang kearah lantai sambil mendengar omelan Hanan. Tak padan dengan kecik, ni kalau kena jetik mesti terbang. Ujar isi kepalanya.
"Baby, boleh bernanah telinga aku kalau kau tak berhenti membebel. Dah la cakap menyembur, dah macam hujan. Nasib baik tak banjir, baik kau stop sekarang sebelum banjir." Ucapan Ariff membuatkan Hanan semakin bengang. Dia memberi jelingan maut kepadang abang kembarnya itu.
"Kau jangan nak bagi alasan ye! Sebelum aku naik hantu baik-" belum sempat ayatnya dihabiskan, seorang jejaka telah memberi salam sambil mengetuk pintu. Hanan mencapai tudung yang berada di atas kerusi. Dia pasti bukan Aiman. Ariff berjalan kearah pintu sebelum pintu rumah dibuka. Wajah loya dipamerkan.
"E-ehm.. Assalamualaikum abang..saya.. saya datang nak jumpa Hanan.." Ujar lelaki itu. Ariff menghembus nafas berat sebelum dia memutarkan bola matanya. Balik balik muka jantan ni, macam mana lah adik aku pernah suka mamat macam ni?
"Baliklah, adik tak nak jumpa kau, you don't deserve her. Kau masalalu dia, masa dia buat silap." Ujar Ariff selamba. Dia langsung tidak memperdulikan lelaki itu. Jika lelaki itu pernah melukai hati adiknya, jangan harap dia akan berbaik dengan lelaki itu.
"Saya nak jumpa Hanan..saya nak minta maaf dekat dia..tolonglah bang.." rayu lelaki bernama Ahmad itu. Ariff melepaskan keluhan sebelum kepalanya dijatuhkan sekali. Ariff memberi ruang kepada Ahmad dan Hanan untuk berbicara.
"Kau nak apa lagi?" Soal Hanan kasar. Tangan Hanan yang berada di sisi sofa disentuh lembut sebelum dia mengusap tangan itu. Hanan cuba untuk menarik tangannya namun, Ahmad langsung tidak mahu melepaskan genggaman.
"Listen to me first." Tegas Ahmad berkata. Hanan masih cuba untuk menarik tangannya sendiri. Hanan menggigit tangan Ahmad agar dapat melarikan diri. Ahmad menjerit sebelum dia mengangkat tangannya untuk menampar wajah Hanan.
Dengan pantas Ariff menahan tangan lelaki itu. Tatapan tajam diberikan kepada Ahmad. Wajah Ariff tegang kerana menahan amarah. Berani beraninya lelaki itu ingin menampar wajah adik kembarnya. Ahmad menarik tangannya semula sebelum melangkah keluar dari rumah itu tanpa berkata apa apa.
"Haish, apa lagi jantan durjana tu nak??" Kasar Ariff bertanya. Mengapa adiknya masih berlembut dengan lelaki seperti itu. Gila.. wajah adiknya dipandang lama. Muka dah elok, tapi nak dekat laki yang macam tu. Keluhan berat dilepaskan.
"Hanan tak tahu, dia tiba tiba pegang tangan Hanan.." Hanan sudah menundukkan wajahnya kebawah. Takut untuk menatap wajah tegang abang kembarnya itu. "Lepastu kau bagi je dia sentuh kau?" Soal Ariff garang. Hanan menggeleng kepalanya.
"Take care of yourself" Pesan Ariff sebelum melangkah keluar dari rumah, dia ingin pergi menenangkan fikirannya. Semenjak dua menjak ini, fikirannya sering terganggu.
"Abanggggggg"
"Darling? Darling kenapa?? Apa jadi???" Soalnya panik. Dia berlari keluar dari bilik air apabila mendengar aku memanggilnya dari dapur. Rambutnya masih basah, belum dikeringkan. Aiman melihat kearahku yang sedang terduduk diatas meja.
"Abang!!! Lipas!!!" Jeritku. Aiman pantas berjalan kearahku sebelum dia tergelak kecil. "Lipas je ke? Abang ingat apalah tadi, ingatkan anak kita dah terkeluar.. Ni darling kenapa duduk atas meja ni? Dah macam kura kura tau tak" soalan Aiman dibalas dengan jelingan tajam.
"Kan sya dah cakap ada lipas! Abang pekak ke? Suka hati aje panggil orang kura kura, habis abang tu apa? Badak sumbu.." balasku. Membulat mata Aiman mendengar kata kata ku. Wah! Bini siapa lah ni? Makin menjadi jadi sejak bawak bola ujar isi hati Aiman.
"Ha! Kenapa diam? Mesti mengumpat sya dalam hatikan?" Soalku. Aiman tersenyum seperti kerang busuk. Dia menggeleng kepalanya. Aku masih menjeling suamiku. Dia fikir aku senang digula gulakan? Aku tahu la dia tengah mengumpat aku dalam hati, aku selalu buat, mesti lah aku tahu!
"Amboiii mata tu, jeling orang sampai nak terkeluar biji mata" Usik Aiman lagi. Dia mendukungku seperti bayi. Dia berjalan kearah ruang tamu kemudian meletakkan ku perlahan lahan disofa.
"Baby ucuk acam duduk sini, biar abang bunuh lipastu ya?" Aiman berjalan kearah dapur, sosok tubuhnya perlahan lahan menghilang. Dia yang baby ucuk acam, aku wangi! Remote TV di capai lalu aku mula menonton cerita Doraemon itu.
Setengah jam aku duduk diatas sofa itu. Dahi dikerutkan apabila aku mula tersedar sesuatu. "Mana dia ni? Kenapa lama sangat?" Aku perlahan lahan turun dari sofa lalu berjalan kedapur. Aiman sedang menuang speghetti kedalam pinggan untuk dihidangkan.
"Eh? Abang masak ke? Sya suruh abang bunuh lipas je, Sya nak masak tadi" Soalku kehairanan. Dia masak untuk diri sendiri saja ke? Nampak macam sedikit aje makanan yang ada. "Oh, abang masak untuk abang je eh?" Soalku perlahan. Aiman memandang kearahku, dia menjongketkan sebelah keningnya.
"Mana ada, ni sya punya" Dia mencapai speghetti yang berada di sebelah pinggannya. Macam mana aku boleh tak perasan ni? Aku mengambil pinggan yang berada di tangan Aiman sebelum pinggan itu dipandang.
"Banyaknya, abang. Sya rasa sya tak boleh habiskan lah, abang ambil lag sedikit, banyak sangat ni" Suruhku. Aiman menggeleng sedikit "Sya makan dulu, tak habis baru bagi abang. Sya boleh habiskan tu, abang tau" balas Aiman lembut. Dia menuangkan mineral kedalam dua cawan.
"Takkan lah sya nak bagi abang makanan sisa?" Soalku. Takkanlah Aiman nak makan makanan sisa? Baik ambil je sekarang, aku yakin aku tak akan habis.
"Tak apa lah, sisa isteri abang, bukan orang lain" Ucap Aiman sebelum merangkul pinggangku untuk berjalan ke ruang makan. Aku hanya mengikuti dia. Kami duduk diatas kerusi sebelum mula menikmati hidangan.
"Sedapnya abang masak!" Ujarku teruja. Aiman hanya tertawa kecil sambil melihat gelagatku. Sedar tak sedar, makanan didalam pinggangku sudah habis. Wah! Tak cukup ni! Aiman menjongketkan sebelah keningnya sebelum tersenyum sinis kearahku.
"See? Abang dah cakap sya boleh habiskan" Ujar Aiman. Aku tersenyum seperti kerang busuk sebelum menggangguk perlahan. Aiman lap hujung bibirku menggunakan jarinya. "Comotlah isteri abang nii" Ucapnya sebelum mencium lembut dahiku.
Bersambung..
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
RandomSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...