"Bye Hanan..nanti kita jumpa lagi ya, akak balik dulu" Aku memeluk tubuh Hanan dengan erat. Berat hati ni nak tinggalkan dia
"Akak tak singgah rumah mommy dulu ke? Terus balik? Rumah kita bukannya jauh sangat pun..setakat Johor dengan Melaka.." Soal Hanan
"Akak nk singgah rumah ibu akak,Hanan pujuk lah abang Man..dia yang bawak kereta" aku terus tergelak kecil
"Pujuk bang Man? Ala malas lah! Dia tu..orang pujuk bukan nak layan pun!" Ujar Hanan
Ariff terus berjalan mendekati kami. Aku melihat kearahnya
"Baby, dah masuk kan barang dalam kereta ke belum?" Soal Ariff pada Hanan. Hanan mengangukkan kepalanya
Dia kini memandang kearahku. Dia menghadiahkan aku senyuman manis
"Bye Elichacha, jaga diri.." Ujar Ariff. Ariff ni memang laki yang lembut dengan wanita. Aku dah kenal dia dari sekolah menengah, sempat jugak tercrush kat dia
"Pelik pelik je awak ni rif.." Balasku
"Kalau ada masalah..bagi tahu saya..I'm always here for you" Ucap Ariff. Seperti mendapat dejà vu bila dia berkata begitu
"Signora? Awak ada masalah ke? Kalau ada masalah, jangan pendam..tak elok..awak cerita je dekat saya.. I'm always here for you..
Kata kata itu..sama seperti..
Baru saja aku cuba untuk mengingat orang itu. Aiman datang menghampiri aku
"Yang? Dah masuk kan barang dalam kereta?" Soal Aiman. Aku mengangukkan kepala
"Dah..barang semua dah masuk dalam kereta" balasku
"Man, Riff, Nial,Mika! Tolong lah aku angkat meja meja ni! Dah lah banyak" ujar Harris. Mereka terus berjalan kearah Harris
Sorang angkat satu meja. Mereka mengangkat meja itu kebelakang rumah. Pandai guna pandai lah simpan
"Senangnya dalam hati.. kalau beristeri dua~" sempat pula Aiman menyanyi
"Kau isteri satu pun tak boleh jaga, nak tambah isteri buat apa.." Ujar Ariff
"HAHAHA sabar Riff sabar!" Ucap Harris
"Tak boleh jaga?" Soal Aiman
"Kalau kau tak nak bini kau tu, bagi aku je.." Ujar Ariff. Kata katanya membuatkan Aiman semakin bengang
"What do you mean!?" Soal Aiman bengang
"Toksei gaduh gaduh" Ucap Danial
"Be---" belum sempat Mikhael berkata. Ariff terus memotongnya laju
"Diam lah Mika sayang! Aku tak accept kau jadi adik ipar karang" Ujar Ariff selamba
"Nak tercabut bulu roma aku.." Balas Mikhael
"What the-" Ayat Danial terpotong saat melihat isterinya
"What the apa bang?..abang jangan nak carut carut eh! Rissa potong lidah tu karang!" Ujar Nurissa
"Eh mana ada! Abang nak cakap what..what.. what the dog doing.." Balas Danial. Nurissa memberinya jelingan tajam. Fuhh ngeri!
"Man?" Panggil ku
"Sya.." dia memuncungkan bibirnya sebelum meletakkan mukanya pada bahuku
"Allah..kenapa ni?" Soalku
Krik krik..masih lagi tiada jawapan darinya
"Dah lah tu..jom gerak sekarang. Balik rumah ibu dulu kan?" Soalku. Dia hanya mengangukkan kepalanya
Dia mula masuk kedalam kereta. Duduk di seat pemandu
Phone ku berdering. Menandakan seseorang telah menelphone ku. Aku mengangkat panggilan itu
"Ya Assalamualaikum ibu? Kenapa call? Ada apa apa ke?"
-Elisya"Tak ada, ibu nak tanya kamu dah gerak dari sana ke?"
-Ibu"baru nak gerak..kenapa? Ibu rindu ehh"
-Elisya"Aih memandai aje..ibu nak kirim strawberry"
-Ibu"Hmm iya..Sya belikan..takkan sya tak belikan"
-ElisyaIbu ku terus meletakkan panggilan telephone itu. Aiman memandang kearahku
"Siapa call?" Soalnya
"Ibu lah..siapa lagi?" Balasku. Mood murung dia dah kembali
"Oh" dia hanya meng'oh'kan saja
"Man..kita singgah kedai sekejap ya? Saya nak belikan ibu strawberry.." Aiman hanya mengangukkan kepala
"Nak plastic tak? Karang tak pasal pasal muntah lagi..jangan susah kan aku" Ujar Aiman. Aku menggeleng kepalaku
"Tak apa..sekejap lagi saya tidur je lah..jangan risau, saya tak akan susah kan awak. Saya tak suka susah kan awak" balasku
"Kau selalu susah kan aku" Ujarnya. Aku menghela nafas panjang
"Sorry.."
Beberapa minit kemudian dia menghentikan keretanya. Kami sudah tiba di Kea farm
"Dah sampai. Tak nak keluar ke?" Soal Aiman. Aku melihat kearahnya
"Awak tak keluar sekali?" Giliran aku yang menyoal. Dia menggeleng kepalanya
"Malas."
"Ok.." Aku terus keluar dari kereta itu. Aku melihat Hanan dan Ariff turut keluar dari kereta mereka
"Akak! We meet again!" Terkedek kedek Hanan menghampiri aku. Aku hanya ketawa kecil melihat gelagat comel Hanan
Ariff pula hanya bersandar pada pintu keretanya. Kaca mata hitam dipakai. Nampak macho!
Dia berjalan menghampiri aku dan Hanan. Aku memberinya senyuman manis
"Aiman tak keluar?" Soal Ariff. Aku menggeleng kepala
Bersambung..
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
RandomSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...