Aiman melihat Isac sedang berpelukkan dengan seorang gadis. Dia sangat mengenali gadis itu. Elisya Amani. Isteri sahnya. Jantungnya berhenti berdegup buat seketika.
Walaupun kaki terasa berat, dia tetap melangkah mendekati mereka berdua. Pandangannya menjadi kabur.
"E..Elisya?.." Panggilnya dengan suara yang bergetar. Perlahan lahan Elisya berhenti memeluk tubuh Isac. Mata membulat memandang Aiman.
"Aiman? Awak nak apa lagi?" Soal Elisya kasar. Langsung tiada senyuman yang terukir di bibir gadis itu. Riak wajah benci dan dendam.
"Elisya. Kau sedar tak apa kau buat?" Aiman sedaya upaya mengawal nada suaranya agar tidak meninggikan suara pada gadis yang bergelar isteri.
"I know what I do Aiman. Saya dah tak cintakan awak. Tolong lah faham. Saya nak awak ceraikan saya sekarang!" Tengking Elisya. Dengan cara percakapannya saja dapat menunjukkan bertapa bencinya dia pada Aiman.
"Elisya..listen please-" air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir. Sungguh sakit apabila melihat isterinya berpelukkan dengan sahabat sendiri.
"Isac is my last love."
Aiman tersentak apabila mendengar kata kata Elisya. Isac Denis? Sahabatnya sendiri? Elisya mencintai dia dan bukannya Aiman?
"I understand Elisya, after all what I do to you. I deserve this.." perlahan lahan kaki berjalan kebelakang.
ZAS!
Tubuh Aiman dilanggar oleh sebuah Lori apabila berjalan menjauh daripada rumah Elisya. Elisya terdiam apabila melihat tubuh suaminya yang sudah terhempas di tepi jalan.
Tubuh Aiman dipenuhi cecair merah. Aiman menoleh kearah Elisya. Riak kosong. Elisya langsung tidak peduli dengan keadaannya sekarang. Matanya perlahan lahan ditutup.
PAK!
Aiman terus terbangun dari lena apabila bahunya dipukul oleh seseorang. Ariff.
"Kau nak apa sial? Tak nampak aku dah nak mampos ni?" Bengang Aiman dibuatnya. Orang susah mahu mati ada pula dia pergi tepuk bahu.
"Mati kepala hanguk kau lah ye? Kau elok hidup terbalik atas katil. Tidur bedengkur satu taman boleh dengar! Kau cakap dah nak mati?" Kini mukanya ditepuk oleh bantal.
Tangan Aiman mula meraba raba mukanya. Tiada luka.
"Ha tu lah kau, tidur tak tahu nak baca doa! Kan dah mimpi bukan bukan"
"Ish! Diam lah kau!"
"OH! Kau mesti mimpi fasal Elisya kan? Ala, dia dah bahagia dah dengan jantan lain. Redha aje lah" Ariff kembali bermain dengan phonenya.
"Kau diam eh pondan." Kasar Aiman berkata. Tangan ariff terhenti apabila mendengar panggilan yang diberikan.
"Excuse me? I ni masih ada telo elok sikit bahasa"
"Ala kau, diam lah. Malas aku nak layan kau" Aiman mula bangun dari katil. Dia berjalan menuju ke bilik air.
"Hans Aiman bin Han Eric!" Langkah Aiman terhenti apabila nama penuhnya disebut oleh Ariff. Sebelah kening dinaikkan tanda 'apa?'.
"Nak money"
"Banyak lah kau"
"Boleh lah! U kan sugar brother I" kedua jari telunjuk dirapatkan. Dia mula memuncungkan bibir.
"Tak comel. Buruk nak mati" Bag duit dari atas meja di ambil lalu diberikan pada Ariff. Dia kembali berjalan menuju ke bilik air.
"Tak comel pun dapat duit jugak" Senyuman Ariff melebar. Dia terus mengatur langkah pergi dari situ. Jacket hitam diambil lalu disarungkan ketubuh sasanya.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
RandomSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...