Selesai saja makan, kami berencana untuk terus pulang kerumah
"Huhu bye ibu.."tubuh ibuku dipeluk dengan lembut. Tak sanggup nak tinggalkan dia sendirian
Mata kini tertuju pada ayahku. Aku berhenti memeluk ibu. Tangan ayah didalam sebelum cepat cepat aku keluar dari rumah.
"Salam lah ayah betul betul. Dia ayah kau kan. Orang yang jaga kau dari kecil" Ujar Aiman sambil berjalan disebelahku. Aku menghentikan langkah
"Awak tak tahu apa apa pun pasal dia. Awak tak tahu apa apa pasal keluarga saya. Awak orang luar. Takkan faham masalah saya"Balasku sedikit kasar.
"Kau nak tunggu ayah kau mati baru nak peluk cium dia ke?" Dia memberiku tatapan tajam
"Kau untung masih dapat kasih sayang seorang ayah. Sekurang kurangnya, Ayah kau dah tolong azan kan kau masa lahir." Sambungnya lagi
"Aiman! Awak tak tahu apa apa pasal saya. Awak hanya seorang lelaki yang terpaksa berkahwin dengan saya. Saya pun tahu awak tak cintakan saya. Jangan masuk campur urusan keluarga saya" Balasku
"Tak kesah lah aku cintakan kau ke tak. Tapi, selagi aku tak keluarkan talak dekat kau. Kau masih lagi dibawah jagakan aku. Dosa kau aku yang tanggung. Faham tak Elisya Amani? Kau menjawap lagi memang aku kerat lidah kau" Aiman kembali berjalan. Meninggalkan aku
Tanpa aku sedar. Senyuman manis terukir dibibirku
"Awak! Tunggu lah!" Aku mengejar langkah Aiman
"Terkedek kedek..cepat lah sikit, lambat lah" Balas Aiman.
"Kau tahu tak aku sibuk hari ni?" Sambungnya. Aku menjulingkan mataku keatas.
"Yelah yelah, pergi lah jalan laju laju." Aku menghentikan langkahku
Aiman turut menghentikan langkahnya.
"Haish cepat lah! Kau takyah nak merajuk sangat!" Dia memandang kearahku dengan pandangan maut
"Hehe..tahu pun sayang" aku kembali berjalan kearahnya
"Tak cakap pun aku sayang kau. Perempuan macam kau tak layak dapat merasai kasih sayang." Dia terus masuk kedalam kereta
'heleh jantan ni, kejap ok kejap tak. Sekel kepala kau karang' ujar isi hatiku. Dah lama pendam
Aku turut masuk kedalam kereta
"Awakk" panggil ku
"APAAAAAAAA?" Balas Aiman tidak ikhlas
"Awak ni. Kejap ok kejap tak. Ada masalah ke apa?" Soalku. Tudung dibetulkan
"Bising lah kau. Aku tekup muka kau nanti baru kau tahu nak diam" Aiman mulakan perjalanan
"Nanti masuk berita. Viral, lelaki menekup wajah isterinya kerana hampir gila."
"Apalah nasib dapat bini memekak" Ucap Aiman
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
Ngẫu nhiênSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...