LONDON.
"Man! Ada motor! Jom naik. Ngueng ngueng" ujar Ariff sambil membuat gaya sedang membawa motor. Aiman menundukkan kepala apabila orang sekeliling memandang kearah mereka.
"Diam bodoh. Orang pandang." Tegas Aiman berkata. Ariff yang buat, dia yang malu.
"Eleh kau, tahu pulak malu-" kata katanya terhenti apabila melihat seorang anak kecil memegang patung beruang. Comelnya!
Bukan budak, tapi patung.
"Man aku nak tu! Aku nak tu!" Ujar Ariff sambil menarik narik tangan Aiman. Lain yang ditunjuk lain yang dipandang. Aiman melihat kearah gadis kecil itu.
"Kau nak anak? Buat lah sendiri" Balas Aiman selamba. Mata Aiman sedikit membulat. Teruja Dan terkejut.
"Anak tu kemudian. Aku nak tuuuu" sekali lagi dia menunjukkan patung yang dipegang oleh gadis itu. Ibu kepada anak kecil itu melihat Ariff sedang menunjuk nunjuk ke arah anaknya. Dengan pantas dia mengangkat anaknya lalu pergi dari situ
Aiman hanya menggaru kepala. Dia masih tidak tahu apa yang dinginkan oleh Ariff
"Kau nak apa setan? Cakap je lah! Nak tu nak tu. Macam aku tahu tu, tu apa?" Bebel Aiman. Ariff mula memuncungkan bibir. Muka merajuk.
"Buruk" Komen Aiman.
"Tak tanya!"
Mereka mula bertengkat di situ. Lain yang dirancang. Lain pula yang mereka buat. Betul betul bazir masa!
"Eh Elisya!" Jerit Ariff. Dia berjalan kearah seorang gadis yang memakai tudung berwarna putih. Gadis itu sedang memegang bunga sambil memegang tanganku seorang lelaki.
Membulat mata Aiman apabila mendengar nama Elisya. Jantungnya berhenti berdegup apabila melihat gadis itu sedang memegang tangan lelaki lain. Dia mula mengahampiri gadis itu.
Muka gadis itu ditenung sesaat.
"Salah orang lah bodoh!" Satu pukulan diberikan dibelakang kepala Ariff. Gadis itu hanya memandang mereka berdua dengan hairan.
"Adu auntie! Sorry. Salah orang" Ariff menundukkan kepalanya sedikit. Kali ni muka gadis itu bertukar merah. Malu ke? Tengok muka aku handsome sangat. Blushing kut. Ujar Ariff di dalam hati
"Auntie?! Excuse me!!?"
"Sabar sayang sabar" si suami sedaya upaya menahan isterinya daripada menjadi gunung berapi di tempat awam.
"Yang nak emo sangat dah kenapa?" Soal Ariff selamba. Dia hanya memanggil gadis itu dengan gelaran auntie saja, bukannya nenek.
"I baru umur 20! U buta ke?"
"Dua puluh? Ingat empat puluh, sorry lah-" Tanpa membuang banyak masa, Aiman terus menarik tangan Ariff pergi dari situ. Maaf sempat diucapkan sebelum kelibat pasangan itu menghilang.
"Bodoh ke?" Soal Aiman kasar. Ariff mengeluarkan rokok dari kocek seluarnya. Kepada diangguk Dan digeleng. Tidak tahu mana jawapan.
"Haish. sabar je lah. Penat aku nak jaga budak akal putus macam kau" Ujar Aiman geram. Memalukan keturunan H.A
"Eleh, kau kecik kecik lagi terencat" balas Ariff. Dia masih ingat di saat Aiman memanjat pokok kepala semata mata untuk mengambil layang layangnya.
"Diam lah kau, buat malu aku je" Aiman menekup mukanya menggunakan kedua tapak tangan
"Ala relax lah. Itu membe lama, dia je tak ingat aku" senyuman misteri mula terukir di bibir Ariff. Mungkin benar gadis itu tidak mengenalinya. Ariff sudah berubah. Tidak lagi memakai cermin mata seperti di University.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
RandomSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...