Dua tahun Elisya meninggalkan Aiman. Dia tahun itu jugalah hidup aiman menjadi sengsara. Dia mengakui ini semua memang salahnya
Ariff berjalan kearah Aiman yang sedang merenung keluar tingkap. Diluar hujan. Dia masih memikirkan tentang keadaan Elisya, apa yang terjadi pada gadis itu, sihat atau tidak. Semuanya bermain di fikiran Aiman saat ini
"Man.." panggil Ariff sayu. Lamunan Aiman sebentar tadi terhenti. Dia melihat kearah Ariff. Wajah jejaka itu pucat.
"Kau kenapa?" Soal Aiman. Perasaan risau cuba disorokkan. Dia harus tetap menjadi dingin apabila bercakap dengan adiknya
"Aku pening lah man.." Ariff memegang kepalanya. Membuat gaya seperti sakit kepala. kini perasaan risau didalam diri Aiman tidak dapat ditahan lagi. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan kearah Ariff
"Kau tak sihat ke?" Tapak tangan diletakkan didahi Ariff. Suhunya normal saja. Mungkin hanya sakit biasa
"Aku pregnant kut.." Buk! Satu pukulan sudah mendarat dibelakang kepalanya. Siapa suruh merapu, kan sudah mendapat. Ariff mencebikkan mulutnya.
"Apa? Betul lah!" Ujar Ariff tidak berpuasa hati apabila dipukul oleh abang sulungnya. Sakit nok! Bergegar otak. Aiman memberi telingan tajam pada Ariff. Tidak boleh serius!
"Kalau kau pregnant, kau bagitahu aku. Jantan mana yang buat kau? Hah?" Ucap Aiman sedaya upaya menahan amarah. Nasib kau lah man dapat adik gila..
"Hehe jangan lah marah, campai ati u nak marah dekat I tomel ni" Ariff meletakkan kedua tapak tangan dipipi. Membuat gaya comel. Hampir saja satu pukulan diberikan pada kepala Ariff, tiba tiba satu suara memasuki kedalam telinga. Suara yang sangat mereka kenali. Isac Denis
"Eh Anis! Kau dari mana?" Soal Ariff. Denis mengetap rahangnya dengan erat apabila mendengar nama yang keluar dari mulut Ariff. Ya. Anis. Kenapa anis? Isac Denis (A-Nis). Suka hati saja dia menukar nama jejaka itu kepada nama gegirl.
"Shut up." Bengang Denis dibuatnya. Ariff mula berdrama. Dia memuncungkan bibirnya kedepan. Dah macam itik pun ada
"Aku baru balik daripada lawat Aisyah" Ok kali ni Ariff terdiam. Dia tidak mahu membuat perasaan sedih Denis menjadi membuak buak. Aisyah Nur Zahra. Seorang gadis yang sangat baik dan pemurah. Tidak kira haiwan atau manusia, dia akan menolong semua. Tidak hairan jikalau Isac yang jahil tu pun boleh jatuh hati
"Aisyah macam mana?" Aiman mula menyampuk perbualan mereka. Kini pandangan Denis beralih pada Aiman
"Masih tidak sedarkan diri.." Semakin lama suara Denis semakin perlahan. Dia sedaya upaya menahan rasa sebak yang ada di dada. Siapakan Aisyah bagi Denis? Tunang? Isteri? Kekasih? Atau hanya teman?
"Sabar ya Nis, ini semua ujian. Allah tidak akan uji hambanya melebihi kemampuan" ujar Ariff. Dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Aisyah.
Aiman berdehem sekali.
"Isac, kau masih tak ada apa apa info tentang wife aku ke?" Soalan lain dilontarkan kepada Isac. Dari dua tahun yang lalu dia tidak pernah berhenti menanyakan keadaan Elisya kepada Isac
"Man, aku tak boleh rahsia kan benda ni lagi. Elisya sekarang berada di London." Bagaikan sebuah batu gergasi menghempap dada Aiman saat ini. Dadanya sesak. Jauh sekali Elisya menghilangkan diri.
"Bila dia nak-"
"Man cepat! Packing baju kau! Aku otw London sekarang! Vroom vroom" Ariff berlari naik keatas. Menuju kebiliknya untuk mengemas pakaian. Sudah lama dia tidak melancong ke London
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
RandomSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...