"Sayang! Nak ice cream?" Soal Aiman dengan teruja. Daripada tadi senyuman gembira terukir di bibir merahnya. Aku menjeling dia sekali. Dah berapa kali dia tanya soalan tu.
"Kan saya dah kata tadi. Tak nak! Kalau awak nak,awak beli lah sendiri. Saya tak nak." Balasku. Masih di nada suara yang biasa. Aiman melihat kebawah sambil memuncungkan bibirnya
"Ha! Orang cakap sikit nak merajuk! Orang cakap sikit nak merajuk! Kata anak jantan" ujarku apabila bibir Aiman yang sudah dimuncungkan. Manja!
"Ya sayang..salah abang, abang minta maaf ya" Balas Aiman. Dia berhenti memuncungkan bibir agar dia kelihatan lebih gagah.
"Ha macam tu lah baru anak jantan" Ujarku sambil menepuk nepuk bahu Aiman. Dia tersenyum gembira.
"Mana Ariff?" Soalan yang dilontarkan membuatkan pandangan Aiman bertukar gelap. Aku juga tidak pasti sebabnya. Takkan lah sebab tanya fasal Ariff, dia jadi begini? Adiknya sendiri kut.
"With one girl, abang pun tak kenal siapa perempuan tu" Sebelah keningku ternaik apabila mendengar kata kata Aiman. Perempuan mana pula ni?
"Abang tak kenal?" Tanpa aku sedar aku telah menggelarnya 'abang'. Aiman tersenyum manis sambil mengangguk kepalanya. Dia berlagak seperti tiada apa apa yang berlaku.
"Ya, abang tak kenal dia. Mungkin kawan dia yang abang tak kenal" balas Aiman dengan santai. Senyum di bibir masih tidak hilang.
"Awak ni kenapa? Tersengih sengih" Senyuman Aiman terus hilang apabila panggil abag tadi hilang. Muka kecewa.
"Call me abang."
"You not my abang. Sya tak ada abang" Muka Aiman bertukar tegas. Dia memberiku tatapan maut. Aku memandang matanya dengan berani.
"Berdosa jika ingkar arahan suami" Aku melepaskan keluhan panjang apabila mendengar apa yang Aiman katakan. Benar apa yang dikata. Berdosa!
"Yela! Whatever, abang"
"Macam tu lah baru isteri mithali. You make me fall for you even more,Sya" Aww manisnya lah mulut dia! Mana tak cair kalau macam gini? Kalau macam ni perempuan lain pun boleh cair!
"Ya? Habis selama ni abang sayang kan Sya sikit je lah? Ooooooooooo" Mulut dimuncungkan. Aiman menaikkan sebelah keningnya keatas. Hairan.
"Apa yang sikit? Maksud abang, sya buat abang jatuh cinta lagiiiiii banyakkkkk dekat sya. Cinta abang dekat sya bertambah tambah. 50 Kali Ganda! Eh tak! 100 Kali Ganda!" Sekarang aku faham maksud dia.
"Oh, baru faham. Ingat abang tak sayangkan sya selama ni..but you not really love me before, right? Only Aleesya in your heart. Before" Aku melihat Aiman mengerutkan dahi.
"No! I hate that damn girl since she push you! You don't understand sya! Abang dah minta maaf pada sya! Kenapa sya nak kena ungkit benda tu? Sya tak boleh terima abang ke?" Soal Aiman penuh emosi. Aku memandang kearahnya, keluhan berat dilepaskan.
"Bukan Sya tak boleh terima abang.."Aku mengusap belakang Aiman. Tak nak dia mengamuk dekat tengah alam ni.
"I love you sya.."
"LU"
"Lu?"
"Love you lah! Blur betul!" Aiman meggaru kepala. Masih tidak mengerti. Mengapa harus 'LU' sedangkan boleh berkata 'i love you' sekali lagi dia menggaru kepalanya.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
RandomSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...