EPISODE 36

901 27 0
                                    


"Ya Allah, akak okay tak ni? Akak yakin akak okay?" Soal Hanan kerisauan apabila melihat wajah pucatku. Aku mengangguk sekali. Peningnya Ya Allah. Kepalaku di pegang oleh tangan kanan.

"Hanan call abang Man ya? Boleh suruh dia bawakan akak ke klinik. Risau pula Hanan tengok akak macam ini." Ujarnya lembut. Kini kepala digeleng beberapa kali. Aku tidak mahu menyusahkan Aiman, kebelakangan ini jejaka itu sangat sibuk dengan kerjanya.

"Alaa! Akak jangan lah macam ni..Hanan risau lah.." Rengek Hanan kerisauan. Aku melepaskan ketawa halus.

"Hanan ni caring sangat! Hanan jangan risau, akak okay je..pening sikit" Balasku lembut. Senyuman nipis ditayangkan kepada Hanan.

"Wahai hamba Allah sekalian.. bisakah kalian merendahkan suara apabila ingin berkata kata? Anak patik sudah tidur, jikalau dia terbangun. Patik bakal dibunuh oleh permaisuri patik, jadi..harap kalian dapat merendahkan nada percakapan kalian" Ujar Harris dengan penuh dramatic. Aku ketawa kecil.

"Diam aa kau,biar je permaisuri kau tu bunuh kau. Aku lagi suka" Ujar Hanan. Membulat mataku saat mendengar dia berkata begitu. Sebelum ini aku tidak pernah mendengar Hanan kata begitu, Hanan yang ku kenal sangat berbudi bahasa. Hanan dah berubah! Hahaha.

"Biadap lah kau, patutlah single sampai tua!" Ujar Harris tidak puas hati. Kini mula lah peperangan antara dua makhluk ini. Malas mahu melayan, sudahlah kepala ku pening. Aku melangkah masuk kedalam bilik tidur. Lambatnya suami aku nak balik.

Beberapa saat selepas mataku tertutup, aku mendengar seseorang mengetuk pintu dari luar. Mataku kembali terbuka. Siapa yang kacau ni Ya Allah!! Aku berjalan kearah pintu sebelum tombol pintu itu diputarkan. Terpapar wajah tampan Ariff dihadapan pintu. Ariff memberiku senyuman manis.

"Isya, bang Man suruh bawa kan you ke klinik. Hanan cakap you tak sihat?" Soal Ariff prihatin. Dia menunjukkan kepalanya untuk melihat ke wajahku. Maklumlah, aku ni tinggi 158 je. Keluarga ni pulak tinggi macam tiang lampu"

"Eh! Haah! You nampak pucat!"

"I rasa pening sikit je, you jangan risau" Ujarku perlahan. Ariff mengecilkan mata tidak percaya. Dia melepaskan keluhan berat.

"You jangan degil please, Aiman akan bunuh I kalau I tak bawa you pergi klinik sekarang." Ucap Ariff tegas. Aku mengeluh sebelum menggangguk tanda setuju.

"Fine..bagi I masa 30 puluh minit nak siap" membulat mata Ariff saat mendengar masa yang aku kata. 30 minit?! Mak ai! Ariff bercekak pinggang.

"30? You ingat I nak bawa you pergi mall ke? I nak bawa you pergi klinik je Elisya oi. I curious gila..you ni pregnant ke?" Kini mataku yang membulat. P-pregnant? Tak mungkin!

"M-Mana ada! Kenapa you fikir macam tu? I nampak macam tengah pregnant ke?" Soalku. Aku rasa aku langsung tak kelihatan seperti ibu hamil. Ariff mengoyakkan senyuman smirk.

"Ya, you nampak macam orang pregnant. I tengok pun dah tahu. Jadi jangan lah membuang masa, mari I bawa you ke klinik" Ucap Ariff. Aku menggunak tanda setuju. Ya Allah, entah kenapa aku rasa teruja. Jika benar apa yang Ariff kata kan.. aku sangat gembira!

"Aik, terus happy ya? Nampak sangat you teringin nak anak" Kata Ariff sambil tergelak halus. Aku lebar masih terukir dibibirku.

"Siapa je tak happy kalau nak dapat anak? Hihihi" Aku terus menutup pintu bilik bersiap untuk pergi ke klinik. Ariff berjalan keruang tamu. Setia menungguku disitu.

Dia memegang gambar seorang gadis lalu mengusap usap wajah yang ada didalam gambar itu. Wait for me.

Pulang saja dari klinik, aku langsung tidak berhenti senyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pulang saja dari klinik, aku langsung tidak berhenti senyum. Sesekali Ariff mengerling kearahku. Dia menggigit bibirnya sedaya upaya menahan tawa.

"Ha dah sampai. Jemput keluar tuan puteri" Sambut Ariff dengan prihatin. Ariff yang melihat aku masih tersenyum lebar dari klinik, terus melepaskan tawa kecil.

"I can't wait to tell him!" Ujarku dengan teruja. Aiman pasti akan gembira jikalau dia tahu tentang berita ini. Ariff senyum tipis.

Ting! Lampu didalam otak kecil Ariff mula menyala. Dia tersenyum jahat. "I ada idea!" Dia mula membisikkan idea jahatnya kepada ku. Mendengar idea gilanya, tawa ku terus pecah.

Langit bertukar menjadi jingga. Sungguh cantik permandangan diluar. Indah sungguh ciptaan tuhan. Akhirnya Aiman pulang kerumah. Aku duduk didalam bilik sambil mengintai kearah ruang tamu. Ingin menanti reaksi Aiman. Ariff sudah merancang sesuatu untuknya.

Aiman terus melangkah kedalam. Senyumannya melebar apabila melihat seseorang yang sedang duduk di atas sofa. Dia melihat kearah tv. Cerita baby shark! Confirm isteri tercinta.

"Baby, I'm home" Dia mencium lembut pipi orang yang dikira isteri itu. Ariff menampar pipi abangnya apabila merasa pipinya dicium. "Astagfirullah Al Azim" Ujar Ariff.

Membulat mata Aiman saat melihat orang yang telah dia cium. Jijik pula rasanya. "Ya Allah! Ni bukan baby, ni bab1" Ariff mengesat pipinya dengan kasar. Tak fasal fasal kena cium. Trauma pula dia.

"Mana bini aku?!" Jerkah Aiman sedaya upaya menahan diri untuk mencederakan Ariff. Dia sudah insaf sejak isterinya kembali bersama dengannya.

Aku yang melihat kejadian itu terus tergelak terbahak bahak. Pandangan Aiman bertukar gelap. Memang masuk neraka lah aku buat suami macam ni, tak apa. Sekejap lagi aku cium tangan dia minta ampun.

Aiman mengatur langkah kearahku. "Seronok memakan suami sendiri?" Soalnya lembut. Dia langsung tidak meninggikan suara tapi sebaliknya, suara Aiman menjadi lebih lembut bila berkata denganku

"Sorry abang, abang marah ke?" Soalku. Aiman tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Alhamdullilah dia tak marah.

"Sya minta maaf, sya ada surprise untuk abang.. abang nak tahu tak sya kan-" Ariff berlari kearah kami. Cuba untuk hentikan kata kata ku. Aiman yang melihat Ariff berbuat demikian kembali menahan amarah.

"Jangan. Kacau." Ujarnya kasar. Ariff hanya tersenyum seperti kerang busuk sebelum membuka mulut. "U jangan lah bagitahu dulu! Tak surprise! Kita belikan baju baby then letak dalam almari lah! Baru surprise yang u tu pregnant-"  Ariff menutup mulutnya apabila sedar yang dia sudah terlepas cakap.

Aiman membeku. Dia jelas terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Ariff. Bagai dalam mimpi. Lututnya terasa longgar. Badan mula terasa ringan. Dia melihat kearahku.

"Sayang p-pregnant?" Soalnya perlahan. Kedengaran seperti berbisik angkara amat terkejut. Aku yang melihat Aiman seperti ingin pengsan, tidak mendapat tahan tawa. Aku tertawa kecil sambil menggangguk kepala.

"I am! Sya pregnant, abang" Ucapku lembut. Mata Aiman membulat sebelum jejaka itu memeluk tubuhku dengan erat. Dia mengangkat tubuh kecilku.

"Oh god, abang tak patut buat macam tu. Sayang tengah pregnant.." Aiman kembali meletakkan ku kebawah. Jelas takut jika dia menyakiti ku.

"I okay lah abang!" Balasku sambil menghadiahkan senyuman manis kepada Aiman.

Bersambung..

𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)Where stories live. Discover now