EPISODE 39

482 21 1
                                    

Setelah mengebumian selesai, Aiman mengajak aku pulang kerumah ibu mentuaku dahulu. Dia risau akan keadaan Ariff. Sejak dari tengah hari semalam Ariff memakan makanan. Hanya air kosong yang akan masuk ke dalam mulutnya.

"Sya! I want talk with you" Dayyan menarik lenganku keluar dari perkuburan. Saat ini Aiman sedang sibuk menenangkan adiknya, Ariff. Dayyan ambil peluang ini untuk bercakap denganku.

"Apa ni abang Yan? Jangan pegang sya!" Aku menarik lenganku dari genggaman Dayyan. Satu tamparan kecil diberikan di pipiku. Automatic mataku membulat tidak percaya. Dayyan tidak pernah memegangku, apalagi memukul.

"Awak kenapa?!" Soalku dalam geram. Pipi mula terasa pijar. Tiba tiba rasa nak pengsan. Dayyan memegang perut bulatku lalu ditanyakan soalan yang paling bodoh.

"Anak siapa dalam perut kau?!" Soal Dayyan kasar. Dia tidak pernah bersikap begini dahulu. Mataku menusuk tajam kedalam mata sepupu ku. Dayyan membalasnya dengan berani.

"Mestilah anak husband sya! Soalan bodoh apa yang abang tanya ni??" Tengkingku. Aku tidak lagi dapat menahan amarahku. Sekali lagi Dayyan menampar pipiku.

"Mana anak aku??" Soal Dayyan. Aku memandangnya hairan. Anak dia? Apa yang cuba dia sampaikan?

"Apa maksud abang?" Soalku semula. Jujur aku tidak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Dayyan. Dayyan memberi senyuman sinis kepadaku sebelum dia menjawap.

"Laki yang r*g0l kau tu, aku" Terangnya. Mataku membulat sebaik saja mendengar apa yang dikata oleh Dayyan. Hampir jatuh rahangku, hampir henti degupan jantungku. Apakah yang Dayyan katakan? Semuanya gurauan kan?

"Kau mesti tak percaya kan? Kau tak pernah fikir ke Sya! Aku ni cinta mati dengan kau! Aku sara hidup kau bila family kau buang kau! Sekarang senang senang je dorang nak kutip kau balik macam anjing tepi jalan?! Aku yang selamatkan hidup kau dari bunuh diri! Aku yang beli apa saja yang kau idamkan! Aku juga yang bantu kau masuk university! Kalau bukan sebab aku, kau hanya kucing jalanan yang tak tahu arah tujunya! Hidup merempat di tepi jalan!" Panjang lebar Dayyan berkata. Setiap yang keluar dari mulutnya, hatiku meretak satu persatu.

"Abang mungkin orang yang jadi penyelamat sya! Tapi dalam masa yang sama, abang lah penjahat dalam hidup sya! Abang tak selamatkan sya dari rasa nak bunuh diri! Malah, abanglah punca sya rasa nak bunuh diri! Abang buat sya jijik dengan diri sendiri! Abang buat sya trauma dan tiada siapa di sisi sya waktu tu! Semua orang pandang jijik pada sya!" Air mataku turun dengan lebat. Namun, kata kataku langsung tak memberi sebarang impak pada Dayyan.

"Hutang budi perlu di bayar budi" Dayyan cuba untuk menyentuhku tapi dengan pantas aku mengelak. Tubuhku di tolak kebelakang hingga jatuh di atas tanah sebelum ditindih oleh tubuh Dayyan. Aku menjerit meminta pertolongan. Mendengar jeritanku, Dayyan terus mengayunkan tangannya di pipiku.

Satu tamparan cukup membuatkan mataku perlahan lahan tertutup. Duniaku saat ini gelap gelita.

"Sya? Sya dah sedar?" Aku melihat Aiman menggenggam tanganku erat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sya? Sya dah sedar?" Aku melihat Aiman menggenggam tanganku erat. Aku perlahan lahan membuka mata lalu melihat wajah tampan suamiku. Dia tersenyum pahit.

"Abang.. kepala sya sakit.." aku memegang kepalaku yang tidak ditutup oleh tudung. Aiman meletakkan tangannya dikepalaku sebelum bantu aku untuk duduk.

"Sya okay?" Soalnya lembut. Aku hanya membalas dengan anggukan kecil. Belum sempat aku membuka mulut, Aiman terlebih dahulu sudah menanyakan soalan.

"Apa yang jadi?"

"Apa yang jadi apa?" Soalku kembali. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aiman memberi tatapan tajam. Mungkin dia marah?

"Apa yang jadi tadi? Macam mana sya boleh pengsan? Apa yang jadi diantara sya dengan Dayyan? Apa Dayyan buat dekat sya?" Soalan demi soalan delemparkan kepada aku, membuatkan kepalaku menjadi lebih sakit.

"Okay..sya rehat je dulu sekarang ni, nanti sya cerita dekat abang ya?" Aiman tidak mahu memaksa, dia tahu aku masih lagi tidak pulih sepenuhnya. Aku menggangguk kepala.

"Abang..jangan tinggalkan sya.." aku menahannya dari menapak keluar daripada bilik ini. Aiman menjongketkan sebelah keningnya tanda 'kenapa?'.

"Abang nak beli makanan, darling. Darling tak nak makan ke?" Soal Aiman lembut. Dia memberi ciuman lembut ke dahiku. Tangannya bermain dengan rambut panjang milik aku.

"No..sya tak nak makan, sya nak abang je.. jangan tinggalkan sya.." rayuku. Perasaan takut kembali muncul didalam diri. Mengapa semua ini jadi padaku?

"Sya tak kesian ke kat baby dalam tu? Abang kesian dekat sya, dekat baby.. nanti kalau tak makan, sakit pula" Satu keluhan kecil dilepaskan oleh Aiman. Penat nak layan aku lah tu!

"Abang penat ke nak layan sya?" Dengan pantas Aiman menggeleng kepalanya. Tangannya menyentuh pipiku. Diusap usap dengan lembut oleh Aiman.

"Tak, tapi abang nak sya makan. Abang marah ni. Hmph!" Dia memuncungkan bibirnya seperti anak kecil. Itu membuatkan tawaku terlepas. Haish tak strong la bro.

"Jangan macam tu, sya record nak?" Telefon bimbit yang berada diatas meja dicapai lalu aku membuat gaya seperti sedang merakamnya. Aiman memusingkan bola matanya lalu melepaskan tawa halus. Aku turun tertawa. Wajah tampan Aiman ditatap dengan penuh rasa cinta.

"Kenapa sayang? Tak puas ke tenung abang?" Soal Aiman sambil mengenyitkan matanya. Dia memberi senyuman miang kepadaku. Haish nasib suami! Kalau orang lain memang aku dah ketuk pakai kuali!

"Abang turun beli makan sekejap. Nanti bila abang dah sampai sini semula, abang nak sya ceritakan semuanya. Apa yang jadi." Tatapan cinta dari mata Aiman berubah menjadi tatapan tegas. Air liur diteguk payah. Aku masih belum bersedia untuk menceritakan apa yang terjadi. Namun, apa yang aku boleh lakukan jika Aiman sudah memberi pandangan maut kepadaku?

"I always by your side darling, you can share everything to me" terasa ciuman hangat mendarat di dahiku. Percubaan untuk lap dahi gagal apabila tanganku di pegang oleh Aiman. Tatapan tajam kini diberikan. Aku faham riak ni! Riak yang bermakna, 'kenapa nak lap?'.

"Air liur abang"  ucapku selamba. Sebelah kening Aiman dijongketkan. Dia membuat muka toya. Aku hanya mampu tersenyum seperti kerang busuk. "Air liur suami sendiri, bukannya air liur anjing" balas Aiman pedas. Aduh! Memang tak dinafikan. Tapi apa beza dia dengan anjing? Eh tak baik!

"Yelah abang, yelah, sya minta maaf sebab tak dapat jadi isteri terbaik! Air liur suami sendiri pun geli! Apalah sya ni! Padahal-" Aiman menekup mulutku. Satu keluhan kecil dilepaskan sebelum pipiku dicubit olehnya.

"Makin besar perut tu, makin berani menjawab ya? Bashee dia tuu! Nak kena babab ni" Aiman menepuk nepuk belakangku perlahan. langsung tidak sakit. Perut bulatku di pegang lalu aku mencebik bibir. Habislah anak aku bergegar!

"Jangan tepuk tepuklah abang! Kesian baby ni tak boleh tidur " Ucapku geram. Aiman tersenyum lucu. Satu ciuman ringkas hinggap di pipi merahku. Pandai aje dia nak cair kan hati aku! Bertambah cinta yang tak boleh dikira ni!

Bersambung..
Sorry lama ya y'all's saya busy dua tiga menjak

𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)Where stories live. Discover now