2 Minggu Elisya meninggalkan Aiman membuatkan hidupnya huru hara. Hampir gila lelaki itu akibat ditinggalkan oleh isterinya
"ARIFF!! MANA ELISYA?" Soalan yang sama ditanya setiap hari. Ariff mula muak. Muak apabila ditanya soalan yang sama setiap minit.
"Kau tanya aku? Dia isteri kau kan? Asal kau tak tahu dia kat mana? Dayus" sindir Ariff. Lelaki seperti Aiman memang tidak perlu beri muka. Lagi bagi lagi menjadi jadi.
Aiman melabuhkan punggungnya diatas sofa. Tak tenang hidupnya mengingatkan elisya. Kemana gadis itu sekarang? Apa khabar dia? Sihat atau tak? Dah jumpa pengganti ke? Soalan yang sama terus bermain di fikiran Aiman.
Dia kembali mengingat kejadian 2 minggu lalu.
Dia sudah bersiap sedia dengan bunga ditangan. Niat ingin memujuk gadis itu. Pelbagai cara dia lakukan untuk Elisya memaafkannya. Tiba saja didalam bilik hospital dia mendapati katil itu kosong. tidak berpenghuni. Kemana kah isterinya pergi?
"Nurse, kau tahu tak mana pesakit dari bilik ni pergi?" Soal Aiman pada salah seorang jururawat disitu.
"Oh, cik Elisya? Dia dah keluar semalam. Encik tak tahu ke?" Balasan dari nurse itu membuatkan kaki Aiman terasa longgar. Adakah ini hanya lawak jenaka? Elisya..meninggalkannya? Dia tidak sanggup kehilangan gadis itu
"Ariff..apa-..apa aku patut buat sekarang?" Soal Aiman pada Ariff. Ariff diam membisu. Dia tahu Aiman betul betul merisaukan Elisya.
"Baru sekarang kau nak menyesal?" Soalan berbalad soalan. Ini memang salah Aiman. Dia yang tidak tahu bagaimana cara menjaga Elisya.
"Ariff!" Bergema rumah itu akibat suara Aiman. Namun, Ariff masih berlagak selamba. Dia tidak peduli dengan pandangan tajam Aiman.
"Good luck man, Aku tak dapat beritahu kau kemana Elisya pergi. Aku sendiri pun tidak tahu kemana dia pergi" ujar Ariff. Dia menepuk nepuk bahu Aiman sebelum berjalan meninggalkan Aiman sendirian
"Mana bini aku!?" Sekali lagi Aiman menyoal. Dia tidak percayakan Ariff. Pasti Ariff tahu kemana isterinya pergi.
"Aku cakap aku tak tahu." Kaki mula diatur kearah bilik tidur. Aiman diam. Dia melihat Ariff berjalan meninggalkannya sendirian. Ya Allah.. kemanakah isterinya pergi? Elisya hanya meletakkan surat penceraian di atas meja. Surat itu masih belum ditanda tangani oleh Aiman. Jadi mereka masih dalam status suami isteri.
Aiman tidak berhenti menggosok mata dan kepalanya. Semalaman dia tidak tidur. Masih lagi mencari tahu kemana isterinya pergi
"Man, kamu tak nak tidur? Dah lewat ni?" Datar suara Sofie berkata. Semenjak Elisya meninggal kan keluarga ini. Sofie langsung tidak mahu bercakap dengan Aiman. Dia akan mendiamkan dirinya apabila kelibat Aiman muncul
"Man nak cari sya." Phone bimbit dari dalam pocket seluar dikeluarkan. Dia mula menelfon seseorang. Yup sudah tentu itu orang upahan nya. Aliff.
"Cari bini aku sampai jumpa, aku tak kesah kau nak berapa. Janji kau bawa pulang isteri aku dengan selamat." Kasar suara Aiman berkata pada phone bimbitnya. Tanpa menunggu jawapan Aliff. Aiman terus mematikan panggilan
Sekali lagi belakang kepala digaru. Mengapa Elisya meninggalkan dia? Dia sendiri tidak pasti. Terlalu banyak salah yang telah dia lakukan.
Argh serabut!
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
De TodoSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...