"A-awak?" Terdiam lalu terkedu untuk beberapa minit. Bagai mimpi. Tidak percaya dengan semua ini. Orang yang berada di hadapanku saat ini ialah Aiman. Ni mimpi buruk!
"Elisya? Is that you?" Soalnya sayu. Dalam diam aku menjulingkan mataku. Cih, serabut dengan jantan ni. Dia buat orang, dia yang sedih. Malas mahu melayan Aiman, cepat cepat aku balas soalannya.
"Sorry? I'm not Elisya.." dia menundukkan kepalanya. Memandang tepat kearahku. Wajahnya sayu. Matanya juga berkaca akibat menahan air mata.
"It's you..I miss you darling.." Air mata jantannya mula jatuh membahasi rumput yang hijau. Aku memandang kearah lain. Tidak ingin menatap wjah sayunya.
"Lupakan saya. Saya nak awak ceraikan saya." Balasku dengan berani dan penuh keyakinan. Walaupun mulut terasa berat ingin mengatakan tentang hal ini.
"Never! What's mine will forever be mine." Air mata Aiman tiba tiba terhenti. Sifat tegas seorang Hans Aiman telah keluar.
"Aiman, kalau berkahwin tanpa cinta apa gunanya?" Soalku. Aiman terdiam untuk beberapa saat. Air liur ditelan dengan payah.
"Siapa kata aku tak cinta kau?"
"Tak ada guna kalau mulut kata cinta, tetapi hati dipenuhi ego." Sekali lagi Aiman terdiam. Dia memandang kearah tanah. Kehilangan kata kata.
Elisya 2, Aiman 0
"Please give me a chance. Everyone deserves a second chance.." second chance? Cis, silap silap esok lusa kena bagi five chance. Kena tabur air zamzam kat muka baru nak taubat ke apa?
"But you don't deserve it"
"What?.."
"Just kidding" Balasku dengan wajah selamba.
"Tak lawak tau sayang " membulat mataku. Aik sejak bila Mak dia ikut sekali? Tak akan nak kena belakon kali kedua kot..
Bagaikan dapat membaca fikiranku. Aiman terus berkata "Kali ni aku tak berlakon, aku memang nak panggil kau sayang" sebelah bibirnya ternaik sedikit.
Saya maafkan awak.." senyuman Aiman melebar. Tidak sangka permohonan maafnya diterima. Maaf tetapi masih belum melupakan apa yang Aiman telah lakukan beberapa tahun dahulu. Caci makiannya masih melekat didalam kepalaku.
"Tapi saya masih tak nak duduk serumah dengan awak. Tak nak balik Malaysia dengan awak. Tak nak awak tahu saya stay mana. Tak nak bagitahu apa apa. Memaafkan tak semudah melupakan" Aku tidak mahu membuat Aiman sedih, tetapi aku tidak boleh juga membuat hatiku terluka kembali. Memilih jalan yang salah.
"I understand.." kepalanya dijatuhkan sekali. Dia menghadiahkan ku senyuman tawar. "Salah aku sebab buat kau kecewa.." Aku memandang Aiman. Rasa kosong. Langsung tiada rasa ingin menerima Aiman semula.
Kaki perlahan lahan beredar dari situ. Tidak mahu berlama lama. Takut orang fikir bukan bukan. Sudah lah kami telah bercerai. Tetapi baru saja selangkah aku mahu. Lenganku sudah di tarik oleh seseorang.
"Aku tak pernah setujuh dengan surat yang kau bagi..kita belum bercerai sayang" aku terdiam. Belum? Apa maksud dia belum?
"Belum?" Aiman menggeleng kepala. Sekali lagi aku terdiam. Perlahan lahan aku menolak tangan Aiman supaya tidak menyentuhku.
"Ariff!" Panggil seseorang dari belakang. Apabila mendengar namanya dipanggil, dia terus menolehkan kepala ke belakang."Eh, Cik A?" Gadis itu memusingkan bola matanya keatas. Ariff hanya ketawa kecil melihat tingkah laju gadis itu.
"Miss A." Balasnya. Dia tidak suka apa bila orang memanggilnya dengan panggilan 'Cik'. Ariff berdehem lalu menghadiahkan senyuman lebar kepada gadis yang digelar 'Miss A' itu.
"U pun jalan jalan kat sini ke? And..kenapa u selalu pakai topeng hodoh ni?" Soal Ariff selamba. Dalam diam gadis itu memaki Ariff di dalam hat.
"Ya, saya jalan sini." Senyuman sinis terukir di bibir merah gadis itu. Tetapi Ariff tidak dapat melihatnya kerana di halang oleh topeng yang dipakai.
"Jom main osom! I dah penat tunggu abang I tak sampai sampai, beli kan kebab ke ngorat abang jual kebab, I pun tak tahu. Tch, jahanam punya abang-" Ariff berhenti bercakap apabila mendengar tawa yang keluar dari topeng gadis itu. Dia tidak pernah mendengar gadis itu tertawa.
"Saya balik dulu" Kaki diangkat lalu dia berjalan pergi dari situ. Ariff memuncungkan bibirnya kedepan apabila gadis itu menolak tawarannya untuk bermain bersama. Haish apalah nasib jadi terlalu kacak. Kan orang dah malu malu nak main. Ujarnya didalam hati.
"Ariff." Ok ni suara yang dia benci. Dah datang dah..Dia menoleh kebelakang. Wajah Aiman dititatap bosan. Kenapalah abangnya harus muncul disaat dia sedang mengalami broken yang teruk?
"Kau nak apa shetan? I tengah broken ni. Berlarit larut~
Berpura pura sempurna~" Aiman mengeluh apabila melihat sikap adiknya. Mahu saja dia acukan pisau pada Ariff. Namun apakah daya, membe pun tengah broken."Kau fikir kau sorang jelah?" Aiman memandang kearah tanah. Nak nanis. Huwaa mamaa. Ariff melihat abangnya lalu tersenyum puas. Dia tahu mengapa abangnya menjadi begini. Tak ada sebab lain kecuali Elisya.
"Yes! Elisya single lah sekarangkan? Aku nak try lamar dia, mana tahu tiba tiba kena terima" Ariff tersenyum bangga. Mendengar kata kata dari mulut Ariff, cukup membuatkan muka Aiman berubah merah.
Let it go~
Let it go~Dengar saja lagu frozen dari fonnya, dia cepat cepat menjawap panggilan itu. Mukanya berubah lebih merah akibat malu. Semua mata melihat kearahnya. Bodoh kau Aiman sebab tak tukar ringtone dari dulu.
"Ey shomel lah abang Elsa kita" pipi Aiman dipicit picit oleh Ariff. Nak maki, tapi tengah menjawap panggilan dari ibu. Jari Ariff yang sedang mencucuk cucuk pipinya di gigit.
"AGHHHHHH !!!"
"Diam bodoh" muka Ariff ditampar perlahan. Apabila tangan Aiman hinggap di pipi Ariff, dia terus menggosok kedua belah pipinya. Aiman menjulingkan mata. Satu yang ditampar, dua yang di gosok. Drama king.
"Aku tampar satu je eh" Baru saja tangan Aiman menaik sedikit untuk menampar pipi Ariff sekali lagi. Namun suara lembut ibunya menghentikan pergerakkannya. Aiman melihat ke arah phone.
"Aiman..jangan nak main tampar tampar dekat London eh" Tegur Sofie perlahan. Senyuman kecil terukir di bibir merah Aiman apabila mendengar cara Sofie menegurnya. Rindunya wanita tua itu..
"Ya mommy, Ariff ni yang cari fasal. Elok pipi putih jadi merah" Balas Aiman selamba. Ariff memuncungkan bibir lalu kedua jari telunjuknya dirapatkan. Gaya comel. Namun lain di mata Aiman. Kaya yang sangat hodoh, lebih membuatkan dia mahu menendang alat sulit Ariff.
"Kau takyah nak buat muka tu eh. Hodoh. Nak termuntah aku." Ujar Aiman kasar. Dia memukul kepala adiknya. Nasib Ariff,dapat abang main tangan. Jari tengah di tunjukkan pada abangnya. Dasar abang durjana. Tuih!
Bersambung..
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
RandomSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...