"Eh Daniel, baik kau bagitahu aku sebelum aku sepak muka kau. Mana kau sorok barang aku!" Tengking Ariff pada telefon bimbitnya. Dia sedang memarahi Daniel.
"Kau kenapa tengking tengking?? Bini aku tengah tidur. Baik kau matikan panggilan tu sebelum aku matikan kau." Kasar Aiman berkata. Patang sungguh jika ada orang yang mengganggu tidur isterinya.
"Daniel curi barang aku!" Adu Ariff. Matanya mula berair. Shit..dah mula dah! Tidak lain, tidak bukan pasti Ariff mahu menangis pada Aiman. Setapak Aiman mengundur kebelakang.
"Apa yang dia curi? Aku boleh belikan yang baru" Ucap Aiman. Dia tidak mahu bajunya basah kerana air mata Ariff. Ariff menggeleng kepala.
"Benda ni tak ada jual kat kedai.." Ujar Ariff sambil menjatuhkan kepalanya. Dia memandang ke arah lantai.
"Apa bendanya?" Soal Aiman. Tidak terjual dikedai? Barang antik ke? Atau barang peninggalan arwah daddy? Belakang kepalanya mula gatal.
"Patung gajah aku!" Rengek Ariff. Aiman memutarkan bola matanya. Memang taik punya adik. Bagi kaki baru kau tau.
"Patung gajah yang kau tak basuh 10 tahun tu? Patut lah Daniel curi, mesti dia buang patung tu. Dah bau kepam. Semua bau ada kat situ" Ariff terus memberi tatapan maut kepada Aiman.
"Anak dajjal"
"Astagfirullah Al Azim, mengucap woi" Aiman menepuk nepuk bahagian belakang adiknya apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Ariff.
"Astagfirullah Al Azim, Astagfirullah Al Azim.." Ariff mengusap usap dadanya. Tak sengaja.
"Mana bini kau?" Soal Ariff. Selalunya Aiman akan berkepit dengan isterinya, Elisya. Hairan hari ini dia tidak bersama isterinya.
"Emosi dia tengah tak stabil. Aku tak nak kacau, baik aku keluar bilik sebelum kena hempuk dengan buku novel dia tu." Terang Aiman. Ariff mengangguk angguk tanda faham.
"Oo, nampak gaya macam kau kena tidur luar hari ni HAHAHA" Ariff terus berlari meninggalkan abangnya seorang diri. Aiman sudah mengetap rahangnya dengan erat.
Perlahan lahan langkah cuba diatur dibilik tidur. Pintu bilik diketuk sebelum dia buka. Kelihatan wajah tegang isterinya. Elisya sedang membaca Novel.
"Sayang.."
"Apa???"
"Oh tak ada apa, abang cuba nak tanya..sayang ada nak abang buat apa apa? Urut ke..kemas bilik ke??.." lembut suara Aiman menyoal. GTB (Geng takut bini)
"Belikan ais" Mendengar arahan Elisya, Aiman terus menggaru kepalanya. Ais?
"Ais nak buat apa? Nak letak dekat perut ke?" Soalnya. Elisya menjeling pada Aiman.
"Mana ada orang period letak ais dekat perut! Orang letak air panas bukan ais. Ais tu sya nak makan. Haish" Ujarnya. Aiman menggaguk sekali. Sebelum dia menggeleng.
"Eh, mana boleh makan ais. Nanti sayang jadi lagi sakit macam mana?" Aiman amat risau jika Elisya mendapat penyakit.
"Tak apa. Tak sakit, saya dah selalu makan ais" Aiman mengambil dompet dan kunci mobilnya sebelum kaki melangkah kearah pintu rumah.
Elisya kembali membaca buku yang berada didalam genggamannya. Lagi dibaca, lagi rasa nak baling! Ada orang ketika! Gadis itu mengingat kannya pada seseorang. Tak lain tak bukan..
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)
De TodoSTORY KEDUA 𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 || 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐄𝐥𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐢 [ON GOING] { secret ending } Selain kisah tentang Aiman dan Elisya, di sini juga mempunyai 3 kisah tentang sahabat Aiman, iaitu Ariff adik kepada Aiman, Daniel Dan Isac kawan ra...