PROLOG

40 5 1
                                    

"Weh, goodluck tau dekat sana! Kitorang tak ada dengan kau nanti." ujar Irdina yang datang tiba-tiba sambil membawa air extrajoss kesukaannya.

"Ye weh. Buat betul-betul. Kitorang tahu kau boleh menang! Kau kan power syarahan ni." kata Amirah pula untuk memberi semangat yang lebih kepada Maisarah. Mereka tahu yang Maisarah ni memang suka bersyarahan ni jadi memang akan menanglah dia. Tambah-tambah pula Maisarah dah jadi juara syarahan peringkat sekolah. Semestinya dia mesti jadi juara peringkat zon pula.

"Aku tak rasa aku akan menanglah. Weh, ramai lagi yang hebat dari aku. Takdenya aku menang hm." ujar Maisarah sambil membuat mimik muka yang sedikit sedih. Betul apa yang dia kata. Ramai lagi yang hebat. Dia ni, setakat hebat sekolah saja. Tak ada lah hebat mana. Masih banyak lagi kekurangan.

"Tak apa, kau buat je yang terbaik. Jangan risau, Sasa kan ada kat sana. Kau, jaga dia elok-elok Tau!" tersedak Nafeesah yang sedang sedap makan kuih seri muka itu.

"Apa?"

"Jaga-"

"Ye ye, aku dengar. Jangan risau. Aku jaga dia eeelookkk-elokkkkk" katanya sambil menyengih jahat. Irdina sekadar menjeling Nafeesah lalu sambung minum airnya.

"Malam ni, teman aku praktis tauu. Aku nak cuba set masa lepasni nak cuba buat gaya. Tapi itulah, lain yang dibuat, lain yang ditunjukkan depan orang ramai nanti." kata Maisarah lalu ketawa kecil.

"Berehhh." serentak mereka bertiga mengangguk.

Merekalah kawan rapatnya. Kawan yang sentiasa ada dengannya.

































Bismillahirrahmanirrahim...

I'm back with my new story. Saya minta maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan terhadap cerita saya pada Kali ini.

Saya tak mahu berjanji apa-apa. In shaa Allah jika tiada kekangan, akan di end cepat.

Harap semua support this new story, comment and vote yah!

Luv you guys !

Arash.
16.2.2024
22:08 p.m.

FI AMANILLAH Where stories live. Discover now