PB 1 - Hospital

3.3K 37 2
                                    

“Bangun, bang. Dah pukul enam pagi,” panggil isteriku Maznah, memecah kesunyian pagi. Lantas aku menggeliat di atas katil, terasa cukup berat untuk membukakan mata.

“Ya, dah bangunlah ni,” aku menjawab dengan suara yang berat serta mata yang masih lagi tertutup.

Namaku Rosli, berumur 45 tahun. Cerita kehidupanku? Tidak banyak yang dapat aku katakan, kerana ianya begitu membosankan. Setiap hari melakukan perkara yang sama – bangun, pergi kerja, pulang ke rumah, makan malam bersama keluarga, tidur dan ulang lagi.

Aku mempunyai empat orang anak, kesemuanya masih lagi kecil. Biarpun umurku sudah mencecah 45 tahun, anakku yang paling sulung baru berumur tujuh tahun.

Aku dan isteri berkahwin agak lewat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku dan isteri berkahwin agak lewat. Oleh kerana rakan-rakan sekolah dan IPT masing-masing telah mendirikan rumah tangga, aku tidak mempunyai apa-apa pilihan selain mencari jodoh melalui laman web mencari jodoh. Di dalam tempoh hampir setahun, aku akhirnya bertemu dengan Maznah, lalu memperisterikannya.

Isteriku bekerja di dalam kilang sejak kami belum berkahwin lagi. Keluar lebih awal tetapi pulang lewat, kerana perlu bekerja selama 12 jam setiap hari tidak termasuk OT.

Awal-awal kahwin dulu memang terpikat habis, maklumlah minah kilang, kan? Tengok dia datang keluar makan pakai uniform kilang, dengan peluh penat bekerja pun dah buat rasa macam nak terkam.

Tetapi kebelakangan ini, kami mengalami kesukaran untuk melakukan hubungan seks. Selepas anak pertama, kami perlu pandai mencuri masa. Lebih sukar lagi selepas anak kedua dan ketiga. Masa kami menjadi terlalu terhad, tambahan pula Maznah hanya ada waktu berbaki 12 jam sahaja termasuk waktu tidur.

Tetapi, nak buat macam mana? Jika harapkan gajiku seorang sahaja, memang tidak akan cukup. Harga barang semakin meningkat dan tidak mungkin menurun.

Selepas anak keempat, kami seperti sudah tidak peduli lagi. Badan masing-masing pun sudah seperti ibu bapa yang mempunyai anak-anak di institut pengajian tinggi.

Bukan sahaja sukar untuk melakukan seks dengan isteri, malah mahu tembak dinding pun tak sempat kerana kami berenam tinggal menyewa di sebuah rumah flat kos rendah. Privasi dengan anak-anak sememangnya hampir tiada. Siti tidur di dalam bilik dengan anak-anak perempuan. Manakala, aku pula tidur di ruang tamu dengan anak sulung.

“Abah, saya nak roti bakar untuk sarapan,” kata anak yang sulung, Aiman.

“Kejap, nanti babah buatkan,” jawabku sambil mengusap rambutnya yang hitam bersinar.

Setiap hari, aku akan menyediakan sarapan untuk anak-anak. Roti, telur, susu – menu yang lebih kurang sama setiap hari.

Pekerjaanku? Apa lagi? Mestilah kerja yang memerlukan aku untuk duduk di hadapan meja dari pagi ke petang, menatap skrin komputer yang memaparkan laporan yang perlu disiapkan. Menaip, menghantar emel, mencetak, membuat salinan dan simpankan di dalam fail – semuanya membosankan. Tidak ada yang baru, tidak ada apa yang menarik.

“Rosli, saya perlukan laporan jualan bulanan sebelum pukul 5 petang,” kata orang atasanku, Encik Jaafar.

“Baik, Encik Jaafar. Saya akan siapkan segera,” aku menjawab dengan nada yang mendatar.

Pulang kerja, aku perlu mengambil anak-anak dari pusat jagaan, lalu menguruskan mereka. Membantu mereka dengan kerja sekolah, memandikan mereka, membaca buku cerita sebelum tidur.

“Babah, saya tak faham soalan Matematik ni,” kata Aiman sambil menunjukkan buku latihannya kepadaku.

Permintaannya itu adakalanya membuatkan aku resah. Kerja sekolah generasi kini jauh berbeza denganku dahulu. Haha. Aku rasa lebih mudah lagi sekiranya aku mengulangi apa yang biasa aku katakan ketika di bangku sekolah dahulu, “kerja sekolah? Ada ke kerja sekolah?”

Tetapi tidak mungkin aku mahu anak-anakku mengulangi kesilapan yang sama. Mahu tidak mahu, aku terpaksa menemani Aiman belajar. Sekurang-kurangnya aku boleh mempelajari sesuatu sebelum tiba giliran adik-adiknya pula nanti.

Setelah puas berhempas-pulas menguruskan anak-anak, akhirnya tiba juga waktu makan malam. Mengikut kebiasaan, sekiranya sempat, isteriku akan memasak. Tetapi biasanya dia akan siap bungkus lauk-pauk lebihan dari kantin kilangnya.

Biarpun serba sederhana, tetapi waktu makan malam dengan keluarga adalah satu-satunya masa di mana aku dapat merasakan keseronokan meluangkan masa dan berbual bersama isteri dan anak-anak. Kami makan, kami bercakap tentang hari kami, dan seterusnya bersiap untuk tidur.

Walaupun kehidupanku nampak begitu membosankan, aku tetap bersyukur kerana mempunyai keluarga dan pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan tetap setiap bulan.

Namun, sedikit pun tidak aku ketahui, kehidupan yang membosankan ini akan berubah di dalam jarak masa yang begitu singkat...

Segala-galanya bermula ketika aku menerima satu panggilan telefon daripada guru taska Aqila, iaitu anakku yang ketiga.

“Hello, Encik Rosli? Saya sudah cuba beberapa kali menelefon isteri encik tetapi tidak ada jawapan,” ucap guru taska tersebut di dalam nada resah.

“Ada apa ya, Cikgu Syazila?” tanyaku yang masih tidak mengesyaki apa-apa ketika ini.

“Anak encik, Aqila. Tadi dia muntah-muntah...”

Sekelip mata, jalan cerita kehidupan kami yang begitu membosankan tadi, telah berubah. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di wad kecemasan. Mataku memerhatikan sahaja di sekelilingku sambil memangku tubuh anakku yang terbaring lemah.

Jauh di sana, kelihatan seorang mak cik meraung kesakitan di atas kerusi roda. Ketika ini, salah seorang doktor pelatih sedang menyucukkan jarum pada lengannya untuk mengambil darah. Terdapat juga pesakit yang sedang meraung kesakitan dengan tubuh berlumuran darah kerana kemalangan. Di dalam masa yang sama, terdapat dua petugas kesihatan yang sedang bergegas menolak katilnya.

Tidak begitu lama kemudian, muncul pula seorang pemuda berjalan sambil memegang beg plastik berwarna kuning dengan kedua-dua tangannya dan hampir beberapa kali mahu termuntah. Manakala, di kiri dan kanannya terdapat dua orang rakan yang sedang memimpinnya berjalan.

“Encik, saya baru mendapat laporan ujian darah...nampaknya, kami terpaksa memasukkan anak encik ke dalam wad kerana bacaan jangkitan di dalam darah agak tinggi,” beritahu seorang doktor lelaki berbangsa India.

‘Aduh, masuk wad? Siapa pula yang nak kena jaga Aqila nanti? Bini aku sudah tentu susah nak dapat cuti...’ hatiku mula resah.

Setelah membuat pendaftaran dan dimasukkan ke dalam bilik wad, barulah isteriku dapat menghubungiku. Ketika waktu kerja, pekerja-pekerja kilang dilarang membawa telefon dan perlu menyimpannya di dalam loker masing-masing. Itu apa yang pernah diberitahu kepadaku dahulu.

“Alamak, macam mana? Dahlah bos baru beritahu yang cuti kena freeze buat sementara waktu sebab nak kejar target production,” beritahu Maznah.

Dari nada suaranya, jelas dia di dalam keadaan yang sukar. Takkanlah dia mahu berhenti kerja secara tiba-tiba pula sekiranya orang atasannya tidak mahu memberikan cuti. Pernah dahulu isteriku bercerita tentang salah seorang pekerja yang terpaksa mengambil cuti dengan agak lama untuk menjaga bapa yang uzur. Itupun pihak atasan kilang sudah bising dengan mengatakan mereka bukannya badan kebajikan amal yang boleh memberi cuti sebegitu lama.

Setelah mempertimbangkan keadaan dan juga anak-anak yang lain. Aku membuat keputusan, “tak apa, biar abang yang ambil sabbatical leave buat sementara ni.”

Permulaan Baharu [Complete]Where stories live. Discover now