PB 12 - Motor Rosak

685 24 1
                                    

“Saya nak bercerai,” ucap isteriku secara tiba-tiba.

Dadaku berdebar-debar, fikiranku cuba cuba meneka sama ada dia telah mengetahui hubungan sulitku bersama dengan salah seorang guru taska, iaitu Syazila. Wajahnya dilihat begitu nekad sekali meminta perceraian, borangnya juga sudah siap diisikan dan diletakkan di atas meja.

Biarpun merasa takut untuk bertanyakan, namun aku perlu juga tahu, “kenapa? Abang ada buat apa-apa salah ke?”

Tidak mungkinlah aku mengaku bodoh sahaja yang selama ini aku sudah berkali-kali berlaku curang di belakang isteriku. Setakat ini juga, tidak ada lagi jiran-jiran yang terserempak aku keluar ‘dating’ bersama dengan Syazila.

Ya, kami sudah beberapa kali keluar bersama. Aku juga telah beberapa kali mengambil cuti secara senyap-senyap dan mengambil kesempatan tersebut untuk berehat di pangkuan riba Syazila setelah penat berjalan-jalan dengannya.

“Entahlah, abang…saya rasa kita ni tak lebih dari sekadar rakan serumah,” Maznah membuka bicara.

Kemudian dia mula meluahkan ketidakpuasan hati, “saya dah penat…hidup macam roda, pergi kerja, balik kerja. Duit tak pernah cukup, anak sakit hari tu pun nasib baik ada hospital kerajaan. Kalau tak?”

“Kita berdua pun dah lama tak bersama…hidup kita ni tak ubah seperti rakan serumah saja…” sambung Maznah.

“Lama tak bersama? Kalau macam tu, jom…” kataku bersedia mahu membuka baju.

Tetapi tangan isteriku telah menghalang, “sekarang kita nak buat sebab apa? Sebab apa yang saya cakap tadi? Jadi meaningless sex…awak kena sedar, kita sebenarnya dah tak berselera dekat antara satu sama lain. Jadi, ini keputusan yang terbaik untuk kita.”

Aku mengeluh panjang. Lapan tahun lebih, itulah sahaja tempoh hubungan kami berdua mampu bertahan. Sama ada satu tempoh yang panjang atau pendek, ianya subjektif dan tertakluk kepada individu. Apa yang lebih aku risaukan kini hanyalah nasib anak-anak kami berdua, mereka masih kecil serta memerlukan perhatian sepenuhnya.

“Anak-anak macam mana?” aku bertanya meminta pendapatnya.

Gilirannya pula mengeluh sebelum meminta aku untuk menjaga mereka di sini seperti biasa.

“Awak tahulah kerja saya macam mana, saya mungkin akan pindah tinggal di tempat lain buat sementara waktu. Jadi saya boleh dapat gaji yang lebih sedikit, lepas tu kita fikir macam mana,” beritahu Maznah.

Di dalam erti kata yang lain, tiada apa yang perlu berubah. Aku menjaga anak-anak seperti sebelumnya, cuma bezanya kali ini aku berseorangan dengan anak-anak sentiasa bertanya di mana ibu mereka. Mujur ada yang membantu, iaitu Syazila. Dia selalu menyiapkan bekal makan malam untuk aku dan anak-anak hampir setiap hari. Pernah juga aku menyampaikan hasratku untuk memperisterikannya, tetapi permintaanku telah ditolak.

‘Hmmm…mungkin dia mahukan lelaki yang lebih muda?’ tekaku di dalam hati, berjalan pulang membawa perasaan hampa.

Sudahlah baru mendapat tahu bahawa dia akan berpindah ke cawangan lain tidak lama lagi. Motosikalku pula rosak, mahu tidak mahu terpaksalah aku menapak dengan agak jauh bersama hati yang hampa. Nasib baik isteriku…eh, bekas isteri. Urusan kami berdua di mahkamah telah pun selesai dengan begitu lancar sekali. Seterusnya dia telah membawa anak-anak pulang ke kampung sempena cuti sekolah. Sekiranya tidak, pasti aku akan risau meninggalkan mereka sebegini lewat.

Sambil termenung, aku berkata di dalam hati. Untunglah masih ada rumah keluarga untuk kembali. Aku ini ibu bapa sudah tiada, adik-beradik pula ramai yang menetap di luar negara. Takkanlah aku mahu melawat rumah mereka di luar negara pula? Tak pasal-pasal aku terpaksa isytiharkan diriku sendiri muflis kerana berhutang semata-mata mahu membeli tiket kapal terbang.

Preng! Preeenggg!!

‘Siapa pulak press, press motor ni?’ tanyaku di dalam hati sebelum melihat seorang gadis menghentikan motosikalnya betul-betul di hadapanku.

“Motor rosak ke bang?” tegur gadis tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Motor rosak ke bang?” tegur gadis tersebut.

Aku menjawab dengan nada sarkastik, “tak adalah…saja nak jimat minyak.”

Gadis itu tergelak berkata, “alalalala…marah ke? Marilah saya tolong tolak.”

“Ada lagi ke bengkel yang bukak?”

“Saya tahulah mana lagi yang buka.”

Sejurus kemudian dia membawaku ke sebuah bengkel yang terletak agak jauh dari rumah. Aku mengikut sahaja memandangkan hari pun sudah begitu lewat. Tentang bayarannya pula, gadis itu pula yang beria-ia menolong aku mendapatkan diskaun.

“Esok baru boleh siap, bang,” beritahu mekanik bengkel tersebut.

“Kalau esok pun tak apalah. Nak buat macam mana,” kataku kepadanya. Nasib baik juga esok cuti hujung minggu.

“Macam ni lah, bang…apa kata aku bawak kau naik motor aku. Oh ya, nama aku Nelly,” cadang gadis tadi sambil menghulurkan tangan memperkenalkan diri.

“Oh, saya Rosli,” kataku menyambut tangannya.

Preng! Preeenggg!!

Nelly memulas throttle sebelum berkata kepadaku, “peluk kuat-kuat, bang. Takkan segan peluk awek rempit?”

“Tak apa…”

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Nelly tiba-tiba sahaja memecut motosikalnya. Mahu tidak mahu terpaksalah tanganku memeluk tubuhnya bagi mengelakkan daripada terjatuh. Secara tidak sengaja sebelah tanganku telah berpaut pada buah dadanya. Nelly hanya tersenyum melihat aku kembali membetulkan tangan.

Tidak lama kemudian, kami akhirnya tiba di pusat bandar.

“Kita nak buat apa dekat sini? Bukan nak hantar saya balik ke?” tanyaku kepada Nelly.

“Eh, bila masa aku cakap nak hantar balik? Aku ajak ikut je...kenapa, bang? Takkan takut lepak dengan budak-budak rempit macam aku ni?” jawabnya sambil tertawa.

Ah, bukan masalah takut lepak dengan budak-budak rempit. Tetapi sememangnya tidak pernah terfikir yang suatu hari aku akan berada di dalam ‘scene’ sebegini. Sudahlah umurku menghampiri 50 tahun. Sedangkan selama ini aku berada jauh dari radar penguatkuasa. Melihat motosikal cabuk dan mukaku, itu sahaja sudah cukup membuatkan mereka hilang selera untuk menahanku.

“Oi, Nelly. Tahulah kau ni ada ‘daddy issue’, takkanlah balak pun taraf bapak kau?” tegur seorang gadis yang mengenali Nelly.

“Woi, mulut baik sikit eh? Nanti aku sumbat piston kat mulut bawah kau nanti, baru kau tahu,” balas Nelly.

Seorang lagi gadis meletakkan siku pada bahuku serta bertanya, “bang, kenapa macam cuak je kau ni? Takut kitorang kekah kau ke?”

Kata-katanya telah membuatkan Nelly dan kawan-kawannya tergelak besar. Kemudian mereka masing-masing memperkenalkan diri mereka kepadaku, tetapi dengan nama gelaran sahaja seperti Nox, Betty, Pam dan juga Avil. Kesemuanya perempuan dan mereka tidak kisah dilabel minah rempit kerana itu sememangnya diri mereka yang sebenarnya.

Permulaan Baharu [Complete]Where stories live. Discover now